Friday, December 30, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Royal Balloon, Cappadocia

Seawal jam 6 pagi krew Royal Ballon telah datang menjemput kami dihotel. Hanya kami berlima yang akan menaiki belon panas. Awal-awal telah diberitahu kami perlu memakai pakaian tebal..cuaca diluar sangat dingin dibawah 10 darjah, bila berada di udara nanti ditambah sausana berangin akan bertambah sejuk lagi..Bila sausana sejuk, sekejap-sekejap nak pergi tandas buang air kecil..janganlah semasa diatas nanti terasa nak pergi tandas..sebagai persediaan awal masing-masing menuju tandas lebih kerap..tak boleh keluar pun cuba bagi keluar juga..ha ha..


Pertama kali naik belon panas memang teruja...walaupun mahal kami gagahkan juga...sekali seumur hidup apa salahnya merasa...mujur kami datang bertiga, kalau bawa semua anak-anak, rasanya tak naik kami, dapat tengok belon saja  le gamaknya...tak berbaloilah nak membayar semua, lebih baik  naik kapal terbang ke negara lain pulak yea tak..bayangkan sorang 250 USD x 7 orang sudah 1750 USD.....pergh banyak negara menarik lain boleh pergi dengan jumlah duit itu...
Terdapat 30 pengendali belon panas di sini. Kami dimaklumkan tapak di Cappadocia ini merupakan antara 3 lokasi terbaik pengendalian belon panas di dunia..! Disini juga pernah dianjurkan perlumbaan belon panas sedunia..
Tauke belon yang masih muda...beliau turut memiliki hotel butik...

Haba ini turut menghangatkan anggota badan kami yang kesejukan...brrrr


Tetiba je kami telah melayang diangkasa...entah macam tak terasa apa-apa pun..aku rasa lebih mengujakan masa naik kereta kabel...bila kereta kabel berenjut, berayun di awangan terasa gayat juga...naik belon panas ni, ish macam duduk bangunan tinggi je aku rasa   walhal kami berada lebih 1000 kaki dari bumi...

Bagi yang gayat, gerun juga kot bila memandang ke bawah...pilot kami bercerita pengalaman lucu  pasangan suami isteri Mat Salleh yang gayat berada di tempat tinggi..yang gayat bukan isteri..tetapi suami. dari mula naik belon sehingga selesai selama sejam, si suami hanya bercangkung dibakul sambil menekup muka..he he..dia hanya menaiki belon untuk menemankan isterinya...pasangan baru katakan...

Beribu-ribu tahun dahulu kawasan sini  merupakan kawasan gunung berapi yang pernah memuntahkan segala isi bumi...Setelah beribu tahun mengalami hakisan angin, air, ais dsb kawasan yang dahulunya dataran telah menghasilkan puncak-puncak berbentuk kon disamping pelbagai bentuk arca lain  . Keajiaban alam  semula jadi  ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco untuk tatapan generasi kini dan akan datang...


Antara pengunjung dari Malaysia yang telah mencatatkan nama dibuku pelawat tapak warisan dunia Unesco..he he..

Pengunjung dari Japan..kerana kapasiti adalah padat didalam bakul, nak ambil gambar peserta pun sukar...

Pelbagai bentuk arca terbina dengan sendiri...semakin banyak arca boleh dikesan sekiranya anda membayangkan menurut daya imaginasi anda...Bentuk unta, bentuk cendawan dll...Dulu manusia  terawal membina gua dan menjadikan kon-kon ini sebagai penempatan mereka.  juga sebagai sarang burung merpati. Najis merpati merupakan komoditi penting orang terdahulu dan kini yang digunakan sebagai baja organik.., Kini gua-gua tinggalan sudah mula dikomersilkan kerana kedapatan hotel yang dibina digua-gua tinggalan ini untuk pelancong merasai pengalaman orang dulu-dulu.


Pengunjung dari penghuni cuaca tropika...hebat tak hebat kami, aiskrim pun kami bedal...ada orang berjual maka ada le pembeli...tapi bukan dari ais salji ni ok...


Dua dari kiri adalah pasangan doktor muda yang berkhidmat di Hospital Tentera Wangsamaju... Aku dah mintak dia tolong rekomenkan anak aku yang sulong supaya berkhidmat dihospital tentera jugak nanti..he he..doktor lain sibuk melayan pesakit dihospital awam atau swasta , doktor ni asyik terbang sana, terbang sini...

Penganugerahan kalongan medal kerana  berjaya menaiki belon panas...penerbangan hanya sekali saja sehari, dah cukup buat duit kot..kapasiti bakul adalah 11 orang dalam sesatu masa...boleh tahan jugak bisness ini...dalam trip kami kebetulan sekapal dengan 4 penumpang Malaysia lain dari Sarawak...



Kalau ditanya perasaan aku pengalaman  naik belon panas pertama kali..jawapan aku..."Kureng..!' ha ha ..


Kembara Turki 2011-Mevlana...




Lepas makan sambung perjalanan....pemandangan yang hampir sama...patut pun disana makanan ruji adalah roti sebab gandum mudah di tanam sebagaimana padi mudah ditanam ditempat kita...Elok juga makanan ruji berbeza setiap bangsa dunia. Makan, makanan yang mudah ditanam di benua masing-masing.. kalau makan serupa tak ke naya nak memenuhi keperluan makanan  dunia..sebagaimana sesetengah negara di Afrika makanan utama mereka adalah pisang..Aku ingat diorang campak batang pisang tup-tup dua , 3 bulan lepas tu dah boleh tuai lagi..ha ha..aku agak je sebab tak pernah pergi sana...teringin jugak aku ke sana.



Penempatan di pinggiran kota...masih banyak lagi ruang kosong....


Membuat lawatan Tapak Warisan Dunia UNESCO muzium dan perkuburan maulana sufi. Di sana Maulana disebut mevlana..Aku berpendapat, elok rasanya membuat sedikit pembacaan sebelum melawat tempat dilawati barulah boleh menjiwai dan faham kenapa tempat bersejarah ini begitu penting terhadap peradaban dunia sehingga diberi pengiktirafan unesco. Pelancong bersesak-sesak membuat lawatan ke sini walaupun hanya melihat dereten kubur dan peninggalan peribadi maulana dan ahli keluarga lain seperti pakaian, peralatan muzik dll... mesti ada sesuatu yang istimewa..Kalau main redah saja macam kami lakukan, entah aku pun tak tau apa seronoknya ke tempat sebegini...ataupun mungkin sebab berbayar, kalau free tak ramai yang datang kot...ha ha..biasa la manusia..


Sebelum memasuki muzium kasut kena dipakaikan stokin,,idea yang baik, masa keluar perlu dipulangkan untuk pengunjung berikutnya memakai... tapi aku rasa tanggal  kasut dan dimasukkan dalam plastik lagi bagus...aku pun tak sedar entah bila sarung kasut aku tertanggal..

Ok sedikit sebanyak maklumat dari pemandu pelancong kami mengenai daerah ini, Daerah ini dahulunya terkenal dengan seorang ulamak sufi yang mengembangkan fahamannya yang unik mengenai kecintaannya kepada Allah melalui zikir-zikir yang diiringi dengan alunan alat-alat  muzik serunai dan tarian yang berpusing..Semakin laju putaran tarian  makin mengerbang kostume yang dipakai dan makin mengasyikkan pemikiran .., meditasi begini mudah lah mencapai  tahap kecintaan Tuhan yang agung...lebih kurang macam konsep yoga lah kot...sebelah malam pengunjung berpeluang menyaksikan teater zikir tarian ini di panggung teater dengan bayaran 50 lire atau RM 90...


Banyak le cenderahati yang dijual seperti replika magnet, cd alunan muzik iringan zikir dll...kami yang tak tau apa-apa pasal maulana ni pun turut membeli..terikut-ikut dengan orang lain yang turut membeli...



Satu lagi Tapak warisan dunia UNESCO Kerevanarray..senang cakap R n R persinggahan pedagang dulu yang membawa barang-barang dagangan seperti sutera, rempah ratus dll merentasi benua asia dan eropah..Laluan ini dikenali sebagai Laluan Sutera...laluan ini adalah penghubung jalan darat antara benua Asia/eropah yang kekal penting sehingga kini. Pengembara kenderaan / motorsikal pasti turut melintasi kawasan ini untuk pergi atau balik dari benua eropah dan asia...

Semasa di sana sengaja aku sms kawan bermotor aku..." jom kita ronda Turki terus ke eropah..."

'Jom...!" pergh simple je jawapan tapi serius beb..


Korang nampak ke apa yang aku nampak..? he..ehe..


Binaan dulu sememangnya majestik, manusia moden kini masih pening mancari jawapan bagaimana manusia terdahulu tanpa dibantu peralatan canggih mampu membina binaan hebat dunia...


Kami bermalam di Cappodicia selama 2 malam sebab banyak lawatan tempat bersejarah di sini...elok juga duduk dua malam, tak le kami terkejar-kejar masa mengemas , mengusung turun naik bas/hotel beg-beg yang semakin membuncit...sebelum-sebelum ini kami hanya bermalam semalaman di lokasi lawatan...letih beb...

Esok kami akan melawat lagi Tapak warisan dunia Unesco . kali ini meninjau lokasi dengan menaiki belon panas...walaupun kena bayaran  USD 250 sekepala, kami pergi juga...sesekali perabih biar habis....tak pe lepas ni ikat perut..ha ha..

Tunggu....

Wednesday, December 28, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Perjalanan ke Konya



Bila dah lebih 3 hari menghadap makanan yang sama saja, tekak mula le buat hal...di sana hidangan di mana-mana lebih kurang macam nilah, yang dimakan bersama sup dal, roti dan kekadang nasi ..mujur sup Turki rasa berempah ala-ala makanan arab/india pakistan , dapat la tekak menerima...kalau sup dia lebih menghala rasa ala-ala makanan eropah akan kembang tekak untuk menerimanya. Makanan salad dan jeruk-jeruk dah menjadi menu wajib..,patutlah orang Turki kulit cantik-cantik...!

Walaupun jalan lengang , ada juga trailer terbalik

Perjalanan dari Pamukalae ke Konya melalui lebuhraya yang lengang...kiri kanan jalan  adalah gondol semula jadi..tak banyak yang nak diperhati..peserta ramai yang membuta dari memandang pemandangan yang
kosong...

Singgah makan setelah 3 jam perjalanan, menikmati hidangan yang hampir serupa tapi kali ini mendapat menu tambahan pizza..ok..not bad rasanya...




Tempat kami berhenti makan merupakan kawasan yang popular dengan cerita rakyat Nasretin Hoca..menurut  cerita Nasretin Hoca seorang ulamak dizamannya terpaksa menonggang keldai secara terbalik, kerana semasa berjual barangan dagangan, keldai beliau sentiasa mengajukkan setiap patah perkataan yang dilaungkan...Kalau disini serupa macam cerita rakyat Pak Pandir dll lah kot..ha ha...kita pun sepatutnya memasyhurkan lagi cerita-cerita rakyatversi tempatan  kepada pelancong asing

Kalau orang Malaysia masuk tender membuat pembersihan tapak tanpa terlebih dulu melawat tapak di Turki dengan menganggap nak bersihkan tapak macam kat Malaysia yang berhutan .. tentu masuk mahal giler ..sah tak dapat..he he..disana kebanyakkan tempat, tanah lapang selapang lapang kecuali bila menghala ke utara baru la berjumpa kawasan hutan pokok pine..


Sesetengah kawasan gondol berbatu..

Sesekali berselisih la dengan kenderaan...Sungguh luas bumi Turki. Pengembaraan kami hanya mencakupi kawasan di sebelah barat sahaja. itupun hanya suku dari keluasan keseluruhan Turki..Penduduk Turki lebih tertumpu di sebelah barat ..disebelah timur permukan bumi lebih bergunung ganang dan kurang berpendudukan... penghuni agak banyak dikawasan yang bersepadan dengan negara-negara lain seperti Iran, Iraq dll


Dah lebih 5 jam di atas bas dan hanya memandang kawasan yang kosong , baru la memasuki bandar yang ke 4 terpadat di Turki iaitu Konya di daerah Cappodicia...

Bersambung...


Tuesday, December 27, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Pamukalae

Selepas membuat lawatan masjid di Bursa, kami meneruskan perjalanan ke Pamukalle...10 jam perjalanan ...pergh, mujur bas luas, sebahagian jalan masih dua lorong agak sempit dan berliku..walaupun grup kami hanya 27 orang termasuk pemandu pelancong, tapi kapasiti bas adalah 46 orang..banyak tempat kosong..nak berbaring pun boleh...kalau sempit macam naik kapalterbang mesti sengal segala sendi

Pemandang kiri kanan jalan lebih kurang macam nilah...tanah lapang saujana mata memandang..kelihatan juga kincir-kincir angin untunk menjana tenaga elektrik...walaupun berbukit bukau tapi tak nampak pulak pokok-pokok..hanya banyak rumput, pokok zaitun, epal , kapas atau tanaman meditranean lain..memandangkan sekarang musim sejuk kebanyakan pepohon mentogelkan daun..kalau di Malaysia atau negara tropika lain kiri kanan jalan penuh dengan pohon menghijau samada hutan, belukar, kelapa sawit, getah atau tanaman lain,  ...ajaib pembahagian rezeki Allah...Kalau kita nak lawan dengan dia menternak haiwan kambing, lembu atau bebiri sah kita tewas, tapi jom la kita lawan tanam kelapa sawit..ha ha...


Penat berada diatas bas, singgah sebentar di gedung textile..menjual pelbagai barangan pakaian dari kapas atau wool..semua buatan tempatan, memandangkan Turki merupakan antara pengeluar utama kapas dan wool dunia...belek harga saja..harga tak berbaloi membeli, mahal amat...argh kita melawat sana bukannya nak bershopping, barangan di negara sendiri jauh lebih murah..dapat menjamu mata sambil belek-belek harga sudah le...daripada aku perabih duit beli barangan dan bikin berat beg, lebih baik simpan dan kumpul duit..leh ronda ke negara lain pulak nanti...

Inilah kehebatan pohon zaitun, pokok lain dah togel, tapi dia masih mampu bertahan..pokok zaitun adalah tanaman yang boleh hidup sehingga beribu tahun..mesti ada keistemewaan tersendiri sehingga buah zaitun di sebut secara spesifik didalam Al Quran... WatTinni wa zaitun..

'Sister..sister..like this.."  dia memujuk supaya berposing semasa di restoran hotel...klik..klik..klik...orang lelaki tak pulak disuruh berposing, dia tau kot orang jantan ni liat nak keluar duit membeli foto yang dia tangkap...ha ha..15 USD beb utk foto CD nih...

Teringin jugak aku tahu apa ke bende kompartmen yang menempek dibelakang van mercedes nih..takkan tayar kot,,dapat beli sebijik cantik nih...

Lagi Tapak warisan dunia UNESCO...batu kapur terbina berpunca dari mendapan garam galian kalsium karbonat dari air  mataair  panas bawah tanah...dari kejauhan seperti keputihan salji

Dimana ada punca air, disitu akan ada penempatan..Penempatan purba ini terletak di puncak bukit batu kapur...dikawasan ini ditemui tinggalan sejarah penempatan purba yang dibina oleh orang-orang Greek..Gempabumi meranapkan penempatan mereka. Barangkalai Tuhan telah menghukum mereka kot...sejarah kan banyak menceritakan bagaimana tamadun manusia banyak yang ranap gara-gara manusia melampaui batas mengingkari perintah tuhan...entah-entah disembah bukit batu kapor ni dulu...wallahualam..

Struktur ini adalah peninggalan purba..walaupun struktur lain banyak yang rebah, tapi pintu gerbang ini masih kekal utuh...main susun-susun batu pun boleh kuat....handal jurutera dulu-dulu...

Kawah-kawah bertingkat tu adalah keajiaban alam semula jadi...Allah maha pencipta...


Tak putus-putus air matair mengalir menuju kolam buatan ini..berendam boleh, diminum air jangan..susah kencing nanti...ha ha..takut jadi batu karang wei...ramai pelancong Korea dan Jepun kini melawat Turki, peningkatan mendadak selepas Turki mara ke separuh akhir Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun...

Monday, December 26, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Melawat Masjid Merah dan Masjid Hijau Bursa



Bersiap sedia memulakan lawatan di hari ke dua di Bursa...

  

Terus menuju ke Ulucami yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan..Ulucami yang bermaksud Grand Mosque dibina pada tahun 1399, mempunyai 20 dome dan 2 menara. Dibina atas arahan Sultan Bayezid 1, di permulaan zaman Ottoman Empayar. Mengapa masjid ini memiliki 20 dome boleh dirujuk di wikipedia dengan menaip Ulucami, Turkie .akan keluar le segala maklumat yang ingin diketahui

Masih utuh, walaupun Bursa pernah mengalami gempabumi, hanya menara yang mengalami sedikit kerosakan dan telah dibina semula..bila kejadian gempa lupa pulak aku ingat..memang jurupandu kami ada menyebutnya, tapi biasalah dia sibuk beri penerangan, kita sibuk melilau pandang kiri kanan..

Bahagian dalam Masjid yang sangat indah, masih mengekalkan rekabentuk asal sejak kurun ke 14..tapi masih belum dapat ditandingi kehalusan dan keunikan ukirannya sehingga kini...

Sungguh indah..tapi maaf le gambar aku tak berapa jelas sebab gambar diamb il hanya menggunakan kamera handphone..mudah dan ringkas....kalau anda ingin menikmati gambar yang lebih cantik sila lah layari diinternet...gambar macam poskad wa cakap lu...


Sausana pagi dijalanan Bursa yang tenang...di sini jalan takdelah sesesak  di Istanbul..kalau disana pergh, boleh tahan jugak orang Turki main hon, pantang silap ambil laluan Tennn..tennn...!


Berposing lagi...


Gambar  ni berlatarbelakangkan Yesil Camii, Yesil tu maknanya hijau, cami pula dalah masjid jadi Masjid Hijau...Hijau kerana kubahnya berwarna hijau. Masjid ditutup kerana dalam proses naik taraf..Masjid dibina pada tahun 1412-1419...

Dapat bersiar-siar diperkarangan masjid saja..

Makam Diraja dimana Sultan Beyazid dan keluarganya disemadikan disini..Tempat orang kubur pun dijadikan produk pelancongan..,pandai diorang menjual sejarah.. Di Turki pelancongan merupakan antara sumber pendapatan utama negara... Pemandu pelancong kami memberitahu kedatangan pelancong adalah seramai 25 juta orang setahun..ergh takdalah ramai sangat..kehadiran pelancongan ke Melaka pun sudah mencecah 11 juta orang setahun

Pemandangan indah yang mendamaikan walaupun hanya berlatar belakangkan bangunan lama dan jalan lengang.. Persekitaran yang bersih dan barangkali kedinginan lebih membangkitkan sausana keindahan dan kedamaian...tapi yang pasti semua ini tak akan dapat dinikmati sekiranya persekitaran  dipenuhi sampah.. menyesakkan nafas dan kepala hotak aku kira...bersih dan indah bergerak seiring...kalau tak bersih maka tak indah..jika kita ingin menjadikan Malaysia indah, formula sama juga mesti diguna..MESTI bersih..

Kehadiran pelancong di musim sejuk tak le seramai di musim lain..walaupun demikian dikawasan tumpuan berpusu-pusu jugak pelancong, bayangkan masa musim puncak ketibaan pelancong...bahu bersentuh bahu..Cenderahati boleh dibeli menggunakan Lire Turki atau USD..tapi biasa le cenderahati kalau tak di belek betul-betul maka dapat le barangan China...Lawat China barang China, lawat selain China pun dapat barang China..issshhh...Nampaknya sampah RFC berada merata-rata diseluruh dunia...