click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, January 26, 2011

Kalau hati dah berkenan...

Registered riders as at 24/1/11

1. khairaoul sanusi (tour mechanic) with vespa/T5/150 frm kangar
2. pak art with vespa/PX/200 (with wife as pillion rider) frm jitra
3. pak an with vespa/PX/150 frm kangar
4. fauzi with vespa/PX/200 frm jitra
5. atan with vespa/T5/200 frm alor setar
6. na'ei (the Maskot) frm kangar
7. faizal moorthy with vespa/PX/200 frm KL
8. latep with X9/evo/200 frm KL
9. izzam with X9/evo/200 frm KL
10. cikgu salleh with vespa/PX/200FL frm KL
11. ada sesapa nak join...?

(khabarnya cikgu salleh tlh mendapat pelepasan khas dr pihak pengetua beliau n PPD utk menyertai tour ini, dan rencana psl cikgu salleh bakal dicetak oleh pihak Berita Harian dlm akhbar edisi 28jan...)

Inilah senarai terkini peserta xpdc.

Kalau memang dah berkenaan walau datang rintangan tetap cuba diatasi. Aku pun nyaris terlepas ride kali ini sebab

1). Kawan setaman aku nikah pada 3hb Feb

2) Anak ke 2 aku kena daftar diri di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah pada 7hb Febuari

3) Anak ke 3 aku pun kena daftar Tgktn 4 di SBPI Tasik Puteri Rawang Selangor pada tarikh yang sama.

Kalau korang apa agaknya akan anda lakukan..? ha ha

Perkara 1 dan 3 tu aku tak berapa lorat sangat sebab dah bincang baik dengan kawan dan bini aku..tapi perkara 2 tu memang termenung panjang jugaklah aku..jauh tu nak suruh bini aku hantar...kalau suruh jugak mesti memuncung panjang boleh gantung lesung batu..he he . Kalau dari awal tahu kena daftar 7hb Feb 2011 aku rasa memang tak pergi xpdc nih, tapi sebab 24hb Januari baru tau, semangat berxpdc pulak sedang memuncak, perghh kenalah cari jalan bagi jadi jugak.

Kawan nikah aku datang raikan awal sebelum aku berxpdc..maaf yea geng.

Posted by Picasa


Anak ke 2, seharian panjat pejabat Mara pada 26hb merayu mintak tangguh pendaftaran sehingga 10 hb Febuari..he he baca la surat rayuan aku, mana tau nak tiru. Aku tak tipu apa..Kalau pegawai tu tau aku pergi berxpdc motor sah tak dapat kelulusan..ha ha ..

Anak ke 3 nampaknya bini aku le akan pergi hantar..sekolah tu dekat je tak sampai 20km dari rumah aku..

Nampaknya line clear...Doakan xpdc kami berjalan lancar ok..

Ini baru betul MPV...



Mingguan Malaysia Ahad 23hb ada artikel pasal sampah...Sampah yang dibuang oleh warga Malaysia jika dikumpulkan 5 hari boleh timbus satu Perlis...Ada juga artikel pasal usahawan sampah berpendapatan lebih tinggi dari pengurus kanan bank...yea lumayan sungguh...Gambar yang aku paparkan ini aku tangkap sebelum aku beli pon suratkhabar tu dan baca pasal artikel sampah tu..aku ingat brader ni mesti dah lama merasai nikmat hasil jadi usahawan sampah...cuma dia 'low profile' sebab tu pedulik apa orang mau cakap...yang penting masyuk lebat...

Tuesday, January 25, 2011

Persedian xpdc..sembang-sembang motor

Mail..bagi cun skuter aku ok..

Sebagai persediaan tambahan berxpdc aku tinggalkan skuter di Mail Motor untuk dia check keadaan keseluruhan kuda aku itu.

Kaburater, Bearing tayar belakang, cvt, bearing pam air, bearing handle dll...adalah servis tambahan yang aku buat terhadap skuter aku bagi persediaan jalan jauh nanti..

Sambil tunggu dalam bengkel dapat juga sembang-sembang dengan mamat motor lain..ada satu ni yang aku nak berkongsi dengan pembaca diluar sana...Anak muda nih baru berumur 28thn, sebelum ni bawak Yamaha R1...motor perang, memang lajulah..motor dia terputus dua gara gara terhimpit lori semasa mengambil selekoh jalan susur selepas tol plaza..dia terselamat sebab terpelanting jauh dari lori, kalau tak daging mesti lumat macam daging burger..dan tak dapatlah dia bercerita dengan aku..he he..tapi nampaknya tak serik cuma downgrade je motor ke Kawa sport 600..Pergh.. anak muda kann...bagus-bagus semangat yang kental..



Aku selalu jugak nampak mamat motor membesit semacam saja bila jumpa selekoh sedap macam ni...sesetengah tu ber 'T' shirt dan berseluar jean saja...Kalau terjatuh dan padam terus mungkin ok tak menyusahkan orang yang hidup, tapi kalau panjang nyawa tapi hilang upaya sampai nak berak kencing pun terpaksa dapatkan bantuan.. alahai kesihan kat keluarga yang terpaksa berkorban apa saja...

Ya Allah..selamatkan lah kami dan anugerahilah kami akal/pertimbangan yang waras semasa di jalanraya...Aminn..

Monday, January 24, 2011

Takda kerja cari kerja...

Preng..preng..preng.. geng scrambler mini...

Ini perlu lebih praktis,ha ha..jumpa bukit dah tolaak basikal..
ergh..ergh.. ergh.. orang muda pun mengah ke naik bukit.....apalaa..!



Bocor lagi...brader belakang tu terlupa nak tahan nafas, perut memburai..ha ha ..



Duda berpunya...4 hb Feb ni nak nikah...sorry aaa wa tak datang...





Bagi mamat yang suka berlumur losyen satu badan memang tak sesuai aktiviti ini untuk korang..panas beb...naik birat/berkarat muka ha ha...
Mahadi,rahim,zaki,ghazali..yang lain aku lupa...he he target nak ingat dua nama, dapat ingat lebih bonus lah tu..

Perancangan asal memang nak ke Serendah, tapi di saat akhir batal sebab ada jemputan akikah cucu sedara ha ha..dah mbah lanang aku wei..(mbah lanang-Atok lelaki) dan kebetulan juga kawan lain pun ada hal jadi kayuh je kat trek 'home ground'.

Seperti yang sudah-sudah,ride kali ni pun jumpa geng basikal baru yang kebetulan melayan trek yang sama. jiran setaman je..sebelum-sebelum ni mungkin pernah berlaga bahu kat pasar malam, masjid dsb tapi bila dah bersua semasa sama-sama berbasikal yang tak kenal pun boleh jadi mesra...dah bertambah geng basikal aku...ha ha..

Aku telek-telek geng baru ni erm sah aku jauh lagi senior...bagus adik-adik dari melepak tak tentu hala lebih baik beraktiviti berfaedah macam ni...Korang agak lah kalau anak anak muda tak beraktiviti macam ni agak-agak apa yang mereka buat di hujung minggu nih...aku rasa salah satunya adalah tidur, he he.. aku pun..selepas belek-belek surat khabar sambil baring sedar-sedar surat khabar dah menutup muka..bangun tidur pergi dapor cari makanan..membedal..ish-ish patut pun penyakit jantung dah mula menyerang orang-orang muda ...tapi kalu dah beriadah penyakit nak datang juga, apa nak buat..takdirr..

Sampai Sungai Buaya jumpa pulak gerombolan motor scrambler mini..pun nak melayan offroad..aku ingat ada 20 orang lebih. Anak-anak muda jugak..Pergh, preng..preng..preng! aku tegur dari mana, nak ke mana...group mana..,ha ha saja nak beramah mesra...tapi diorang tak kenal pun semua peserta..semua ni penangan berfacebook la..kenal kawan atas kawan..atas kawann...Elok dimanfaatkan kepada yang elok ok...wujudkan rangkaian kerjasama antaranya...

Minggu depan basikal aku rehat panjang sebab aku nak layan skuter pulak..ha ha..Thailand/Laos/Kemboja..! I'am Coming..
Alamak motor besar aku...! rehat panjang jugak..ish..ish..ish

Friday, January 21, 2011

Aircond pulak buat hal..ish..ish..

Mak aii tinggi ke mileage kereta aku ni...? Aku rasa rendah sebab kebiasaan purata setahun 30000km, aku punya separuh je dalam 15000km setahun...jadi boleh pakai paling kurang 11 tahun lagi..ha ha ..


Ni le rupa kompresor aircond yang rosak dan baru sesudah dipasang..bagi yang tak tau le..

he he..sambil aku tunggu pomen repair kereta, aku belek-belek burung olok-olok nih...boleh berkicau pulak bila aku petik jari...sedang elok beli dan bela daripada menyeksa kurong burung betul...yang pelsu pon pelsu lahh


Nak aku jual, kereta terpakai mana ada harga. Bank pun dah liat nak beri pinjaman bila kereta melebihi 10 tahun. Kejap lagi insuran pun silap-silap tak mau nak insured kereta tu. Kereta baru pulak kekadang tu bila beli boleh dapat duit lagi tak perlu keluar pendahuluan berbanding kereta terpakai..Pembeli baru sudah tentu pilih yang baru dan mudah. Masa nak membeli dulu biasalah jurujual akan gelembong yang indah-indah, tapi bila nak tolak balik..pergh...sejuklah, alatganti susahlah dan macam-macam lagi..jadi daripada tolak murah gila lebih baik simpan terus sampai jadi antik mana tau bila dah jadi barang antik harga boleh mencanak gila jugak nanti ha ha..Anak-anak aku pun dah membesar panjang, pantang lepa letak kunci ada saja yang nak membawa..lagipun kereta ni kalau rajin buat penjagaan selalunya jarang beri masaalah.

Fenomena sebegini sebenarnya bagus, bila kereta terpakai dah tak berapa ada permintaan, dah tentu harga akan jatuh merudum...jadi dapat le kita merasa kereta yang dulu harga gila ratus-ratus ribu tu..

Umur kereta aku kalau kanak-kanak dah masuk darjah 5..tapi walaupun berumur masih mampu membesit dekat 200km/jam ha ha.. kalau berani la. Harini masuk workshop sebab repair aircond ..hayat rosak dah tiba nak buat macamana...lepas 11 tahun baru rosak kira ok lah tuu..kalau elok tak rosak-rosak, tutup pulak kilang aircond nanti..pekerja pun nak cari makan jugak ish.ish. Dengan liat hati berpindah tangan lah rm1660 tukar kompresor aircond baru...kan aku dah bagitau dalam artikel terdahulu, bengkel kenderaan memang lubok emass...



Aku tulis ni untuk rekod servis aku sebenarnya, tapi kalau korang nak baca..bacalah...

Thursday, January 20, 2011

Patin pun habiss beb....!




Selangor cuti Thaipusam, tapi aku ada urusan kerja di Temerloh , Pahang jadi dapat le bawak motor beso aku jalan-jalan setelah seminggu berselubong dalam selimut. Perghh, sikit punya ramai mamat motor kat Temerloh harini. Sepanjang aku pergi memang ramai mamat motor dijalan raya..zoom..zoom.. zooom potong aku.. fuyo handal korang yea walaupun selekoh selamba je korang perah minyak . Ikut korang lah ..kalau konfiden nak layan koner sampai cecah telinga pun boleh aje..Sendiri buat, sendiri tanggung..Jangan sampai menyusahkan orang ramai sudah le..

Setelah selesai urusan, aku pun join sekaki diorang ni makan-makan di Pekan Temerloh..sebab tadi dapat bersembang sekejap dengan mamat motor ni semasa berhenti selepas tol Bentong...Aku kenal 3-4 orang nih..Aku ingat melihat cara mamat motor ni mentedarah, mau tak cukup ikan patin yang diorang masak untuk harini.. Itu belum campur untuk bedalan group terkemudian sebab dalam perjalanan balik selepas tol Temerloh terdapat segerombolan bikers dalam 30/40 orang yang aku rasa akan ke tempat ikan patin gak.

Pantang ada cuti umum kakimotor memang akan cari tempat makan. Bagi yang menghala ke timur, kalau tak Karak mesti Temerloh, yang ke selatan selalunya ke PD atau Air Keroh..ke Utara..Simpang Pulai/Cameron Highland..Jadi kepada AbgAbg Polis tunggu aje kat port nih kalau nak cari mamat motor yang takda lesen B Full.,buat macam kawan aku kena dulu suruh cari L sampai dapat untuk gantung kat motor..Ha ha..

Kepada pengguna jalanraya lain sorry lah yea kalau bunyi ekzos motor kami membingitkan telinga...

Wednesday, January 19, 2011

Kembara Laos,Kemboja-Dengan Scooter..?


View Larger Map
Kuala Lumpur-Hadyai-Huahin-Nakhon Pathom-Suphanburi-Singburi-Nakhon Sawan-Pithsanulok-Kon Kean-Mukdahan-Savanaketh(Laos)-Poipet(Kemboja)-Pattaya-Huahin-Hadyai-Kuala Lumpur.
Jarak perjalanan dijangka melebihi 5000km


Benar dengan skuter. Motor besar aku walaupun destinasi berbeza tapi dah pernah pergi jadi kali ini aku nak bawak skuter aku pulak..baru adil..ha ha..

Bermula pada 28 Jan - 8 Feb 2011. Setakat ini 7 orang telah mengesahkan penyertaan. 2 biji skuter x9 dan 5 biji skuter vespa.. sempena cuti panjang Tahun Baru Cina dan cuti hari wilayah, kami mengambil peluang berkelana ke negara orang, berjalan jauh dan meluaskan pemandangan. Aku harap ada manfaat yang akan kami perolehi sepanjang kunjungan kami..Sehingga artikel ini ditulis aku belum bersua lagi dengan peserta-peserta..aku tak kenal lagi pun, hanya berhubung melalui talifon dengan seorang peserta Izam yang aku kenal semasa ride ke Rembau tahun lepas...

Ride pada Oktober 2010 lepas adalah menjelajah daerah sebelah barat dan utara Thailand yang bersepadan dengan Myanmar dan Laos, ride kali ini kami beralih arah sebelah timur Thailand pulak..walaupun kunjungan main acah-acah daerah Laos dan Kemboja yang bersepadanan dengan Thailand, tapi kira ok lah untuk permulaan, mungkin akan datang menjelajah betul-betul daerah-daerah di negara tersebut.


Aku pasti check point Bukit Kayu Hitam/Sadao akan ramai dengan mamat motor yang berxpdc ke negara utara Malaysia nih..2,3 group yang aku kenal sudah pun mengesahkan akan ke sana. Oklah tu mula berxpdc ke negara jiran sebelum melebarkan lagi xpdc ke negara lebih jauh lagi nanti...

Inilah penyakit berxpdc...bila dah mula..destinasi akan semakin menjauh...Bila dah pergi jauh, pergi yang dekat dah rasa takda stim..Peergh..!

Jangan jemu ikuti perkembangan xpdc dalam post akan datang ok...

Tuesday, January 18, 2011

Malaysiaku Indah-Air terjun Serendah

Jambatan pun ada, aku tengok kat bawah jambatan pun dimanfaatkan untuk lepak-lepak sambil kaki rendam dalam air...ha ha
Air terjun yang tak berapa tinggi dan kolam yang tak berapa dalam, sesuai untuk mandi manda....kena pulak cuaca panas terik, fuyoo macam pekena ais kacang tengah-tengah hari buta la syoknya..
Kawan aku Mokhtar yang tinggal berdekatan kawasan rekreasi ini..di Taman Melor..Kalau nak layan basikal kereta boleh tumpang parking taman dia nih..

Alamak silap ambik gambar ke aku ..dah jadi macam nesan kubor cina pulak papan tanda tuu..

Lokasi kawasan rekreasi adalah berdekatan dengan pusat serenti Serendah Selangor. Aku ingat dah lebih lima tahun aku tak ke sini..patut pun persekitaran dah berubah..kemudahan telah dinaik taraf.. banyak wakaf, bilik persalinan, tandas juga tempat parking telah dibina.. sesuai untuk berrekreasi untuk anak-anak kecil kerana kawasan air terjun yang tidak dalam...

Sepanjang sungai terdapat trek off road., sangat sesuai untuk berbasikal. ,selepas penat berkayuh nanti boleh berkubang..Jom hujung minggu ni kita ke sana ha ha..

Peringatan untuk pengunjung...sampah-sampah tolong buang dalam tong sampah yang disediakan..alas suratkhabar yang korang guna tu jangan tinggalkan begitu saja. Pesan kat anak-anak..Kalau mak bapak yang buat, anak-anak tolong kasi sound elok-elok kat orang tua tu ok...

Monday, January 17, 2011

Malaysiaku Indah-Kuala Trengganu

Batu bersurat. Contoh replika yang perlu dibanyakkan dilokasi mudah pengunjung mengambil gambar...





River Cruising antara produk pelancongan yang mendapat sambutan hangat pengunjung...















Apa lagi yang kita kurang...? semuanya ada...perlu diserlahkan saja
keindahan yang sedia dimiliki..







Tapi yang sakit hati,mesti ada kutu yang suka campak sampah merata-rata...tengok lah kalau takda yang membersihkan, kunjungan berikut pasti dah jadi rumah sampah kawasan ni...





Walaupun bangunan lama, tapi jika dipulihara persekitaran mampu menyerlahkan keunikan tempat tersebut...




Yang ini memang aku tak berkenan...bangunan cantik tapi pasang awning zink janji pasang, menyemakkan pandangan...





Bazaar yang menarik...






Tapi pemandangan gerai pasang siap betul-betul kacau keindahan...
.


Kubah surau ni aku rasa pun macam tak berapa kena, lari dari tema la..kalau dapat seperti kubah masjid ni kan ok...



Masjid lama yang unik dan menarik..




Aku harap takdelah gerai pasang siap didirikan disini...akan merosakkan keindahan yang ada..





Ok jugak, ide unik...hanya terdapat di Trengganu..





Pujian patut diberi kepada kerajaan Trengganu kerana mengambil inisiatif mengindahkan Bandaraya Persisiran Pantai...Persekitaran Kedai Payang telah dinaik taraf., walaupun belum siap sepenuhnya tapi sudah terserlah keindahannya.. Pantai Batu Burok dan Dataran Shahbandar pun menarik...Cuma di Dataran Shahbandar keserabutan pandangan gerai pasang siap mencacatkan sausana..




Idea-idea pengindahan sebegini diperlukan untuk menarik pelancong...boleh menjana ekonomi negara pastinya...perlu lebih banyak menyediakan replika-replika, tugu atau apa apa gimik untuk pengunjung mengabadikan kenangan sewaktu membuat lawatan...


Keindahan semulajadi memang telah dimiliki...pantai,hutan,sungai dsb jadi perlu dieksploit dan dibuat promosi serta perlu ada budaya penjagaan keindahan dan kebersihan yang dibuat secara berkala..Dengar khabar negeri sekecil Melaka pun boleh menerima kunjungan lebih 10 juta pelancong setahun...apatah lagi Trengganu yang memiliki pelbagai kelebihan lain...

Kita sebagai rakyat Malaysia. Berbanggalah dan peliharalah keindahan dan kebersihan negara kita...

Saturday, January 15, 2011

Kematian sadis...


Siapa la yang langgar menatang nih..Kecik boleh le kena buli, cuba biawak besar macam kimondo di Indonesia tu..mesti terkejut beruk..silap-silap pusing balik tak mau lalu jalan tu..ha.. ha..

Friday, January 14, 2011

Huaa...kapchai hentam belakang treler pulaak..!


Peergh...mujur tak bersepai kepala




Ok syabas kepada pengguna jalanraya yang memberi bantuan dengan mengawal trafik
Brader yang terduduk ni kira oklah kot sebab masih boleh berhubung talifon lagi..





Alamak...kecut perut aku, 3 hari berturut-turut dah ni 12/1,13/1 dan harini 14/1 terserempak eksiden...aku ingatkan kesesakan biasa sebab hujan., jadi aku layan jelah lalu celah-celah kenderaan.,rupanya eksiden motor hentam belakang treler..

Aku solat Jumaat di masjid UM hari ni, sebab berjumpa geng motor ...lepas sembang dan makan masa nak balik puas aku raba poket,beg,jaket.,ruang topi keledar .alamak handphone aku tercicir kat mana pulaak...check balik tempat aku makan tadi pun takda...hilaang lagi, phone aku tu tak sampai pun sebulan aku guna...dah cari tak jumpa aku terus jelah pergi ke PNB sebab nak tambah sikit tabungan..he he ..tergerak hati pulak masa tiba tu nak test talifon guna talifon awam mana tau ada orang terjumpa...dan memang rezeki aku phone aku ada dengan orang masjid.. fuuh lega aku..aku dah terfikir dah sepanjang jalan tadi untuk beli phone hitam putih je kalu phone aku betul-betul hilang..pedulik lah apa orang cakap...habiss dah berapa banyak kali phone aku hilangg...alhamdulilah talifon aku dijumpai oleh adik sekolah agama dan diserah ke pihak masjid..

Selepas ambil phone tulah aku terserempak dengan eksiden ini..tempat kejadian selepas susur Jalan Bangsar menuju ke Jalan Tun Razak/Jln Duta..



Semoga kita selamat dari bahaya semasa di jalanraya...Aminn

Thursday, January 13, 2011

Kemalangan lagi dan lagii...

Kejadian harini..

Kedua-dua mangsa terselamat...masa ni hujan dah reda..

Pemandu bagitau tetiba je kenderaan hilang kawalan dan sedar-sedar sudah terbalik di tengah-tengah devider...terlanggar takungan air atas jalanraya barangkali...dia bagitau bawak tak laju, mungkin ada kebenarannya sebab waktu tu hujan sangat lebat...korang bayang kalau kenderaan tu melintang atas jalanraya..entah-entah aku pun turut merempuh kenderaan tu...Na'uzubillah..Aku bawak motor langsung tak dapat lihat jarak jauh...nak berhenti pun mana ada tempat berteduh di kawasan tu..

Kejadian semalam...



Alamaak..napa pulak jamm...masa ni aku naik kereta, bila tiba dilokasi kejadian, tu diaa.., pasukan bomba sedang bertungkus lumus dengan peralatan memotong untuk mengeluarkan mangsa tersepit...





Aku berhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menangkap gambar..ermm...tak sempat pun dah kena halau.. cuma ni je yang dapat tangkap..


Semalam terserempak kemalangan di km444.7 lebuhraya PLUS selepas jalan susur tol Rawang membabitkan lori langgar devider, harini pulak di km 19 Lebuhraya GCE menghala utara sebelum tol plaza Bkt Lagong, kenderaan Toyota Fortuner terperosok di tengah-tengah devider pulak..Pergh ngeri aku, 2 hari berturut-turut menyaksikan eksiden...

Semalam aku cuma sempat tangkap gambar ambulan dan trak bomba sahaja sebab kena halau dengan polis peronda. Harini pun nyaris terlepas tangkap gambar sebab hujan sangat lebat dah dekat baru perasan ada kemalangan. Aku berpatah balik sebelum tol keluar Rawang Selatan...ha ..ha dah jadi macam paparazi pulak aku...

Kepada pengguna jalanraya semoga berhati-hati. Malang tak berbau...

Wednesday, January 12, 2011

Homestay-Kenapa homestay...?

Murah

Berbanding dengan hotel atau rumah penginapan, homestay adalah lebih murah. Kebiasaan penghuni homestay adalah berkumpulan, jadi bayaran per kepala memang jauh lebih murah...

Mudah

Kebiasaan homestay berada diluar zon sesak., jadi mudah untuk keluar masuk. Booking homestay pun dah boleh dibuat secara online. Siapa cepat dia dapat la..

Nak mencuci kereta atau motor pun boleh, tapi patut-patutlah kalau sepuluh bijik kereta semua nak cuci, kesihan pada tuan rumah kena bayar bil air lebih..ha ha ..


Selesa

Kemudahan yang disediakan di homestay sekarang semakin baik. Homestay turut dilengkapi dengan peralatan dapur, boleh memasak bila-bila masa..

Tinggal di homestay adalah lebih santai. , dapat berkumpul dan bersembang bersama ahli rombongan.

Sesetengah homestay terdapat kawasan parking luas. Nak buat majlis pun boleh.

EP Homestay

EP Homestay selain menawarkan penginapan harian turut menawarkan tempat untuk pelbagai majlis.



Dataran kejat sebelah dalam sesuai untuk khemah.



Sesuai untuk pelbagai majlis..

Ruang parking berbumbung pelbagai guna...


Perkarangan jalan yang lengang untuk menempatkan khemah tambahan jika perlu..





Kawasan laman luas untuk pelbagai peralatan


Selalu kami mendapat pertanyaan pasal buat majlis disini...Majlis yang pernah dibuat di EP Homestay adalah majlis perkahwinan, majlis pertunangan , majlis reunion, majlis BBQ dsb..kalau kami nak menerima semua permintaan, kesihan kat jiran-jiran..selalu sangat buat majlis tapi tak jemput diorang..iyealah bukan majlis kami...jadi kami nak limitkan majlis sebanyak 3-4 kali sahaja setahun. awal, tengah dan hujung tahun. Jadi siapa cepat, dia dapat.

Kemudahan disediakan.

* Kemudahan homestay.

* 2 Parking berbumbung luas yang akan dikhususkan untuk kegunaan majlis, jimat sewa khemah RM700.

* Kawasan parking dan laman terbuka untuk menempatkan khemah dan peralatan lain (Khemah dan Peralatan penyewa sediakan sendiri)

* Perkarangan jalan lengang depan homestay cukup memuatkan 6 khemah.(Khemah dan Peralatan penyewa sediakan sendiri)

Caj yang rendah untuk pelbagai majlis

- Rm 700 sehari sahaja

Kepada teman-teman atau kenalan teman-teman sekiranya berminat Sila klik EP Homestay diruang sebelah kanan atas blog ini., untuk maklumat lanjut

atau berhubung terus dengan Pn Nor Samani/Pn Sharifah ditalian 0132305355/0360931378.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK