Saturday, March 29, 2014

Riadah Sabtu...


Tarikh : 29hb Mac 2014
Bdr Country Homes- Bt Arang- Tasik Puteri- Pekan Kundang- Bdr Country Homes
Anggaran jarak: 30km. 

Berikut gambar-gambar yang dapat diambil sepanjang laluan kayohan...


Kebakaran hutan simpan ketika musim kemarau sekarang ...



Mercutanda Pekan Batu Arang


Kesan tinggalan jambatan keretapi...? Lokasi kini kandang kambing...

Kawasan ternakan ikan berhampiran Pekan Kundang


 Hasil tuaian sungguh lumayan...

Besar-besar.. Sebesar lengan ...Tapi bila tengok tong-tong makanan yang penuh dengan bangkai-bangkai ayam... gulp...hilang selera beb..


Hujung minggu memang saat sesuai untuk beriadah...

Menyeringai beb...Ngeri kalau menerkam nih...! hehe

Friday, March 28, 2014

Riadah lagi...

 Tarikh : 28 Hb Mac 2014, Jumaat

 Jarak : 15km..

Kekadang ketidakcekapan memakai kasut berklip menyumbang kepada kemalangan. Pagi tadi terjatuh lagi akibat lambat melepaskan klip di pedal. Terjatuh betul-betul di simpang berlampu isyarat. Mujur kenderaan lain perlahan dan sempat memberhentikan kenderaan. Tiada kecederaaan...







Nampaknya semangat untuk melayan laluan off road berbukit sedikit goyah..Trauma kemalangan masih menghantui kayuhan. Sementara ni layan laluan on road sajalah...

Kenderaan terbalik lagi...

Tarikh: 26 Hb Mac 2014
Lokasi : Berhampiran Tol Plaza Jalan Duta Arah Selatan





Menurut saksi, kejadian dipercayai berpunca dari tayar pecah. Kenderaan terbalik lalu terbakar. Mujur pembekal pemadam api lalu ketika kejadian. Kebakaran berjaya dipadamkan. Pemandu seorang wanita berbaju biru. Tiada kecederaan dilaporkan.


Sunday, March 23, 2014

Lori Terbalikk Di Depan Mata...

Tarikh: 21/3/2014
Lokasi : PLUS Hiway arah selatan antara Pedas dan Simpang Empat



Berderau bila terserempak kemalangan sebegini. Terbayang ketika kemalangan berlaku ada pengguna jalanraya  mengekori rapat terutamanya penonggang motorsikal...Screeeet bedeboom...! pergh. Innalillahi wainnailaihi rojiun ler gayanya...

Kepada pengguna jalanraya, berhati-hati lah ketika dijalanraya..Sekarang ni musim cuti sekolah, jalan lebih sesak daripada biasa..

Wednesday, March 19, 2014

Aku Rasa Mengarut Kalau...

Ada ketika kita akan takjub dengan ciptaan disekeliling kita. Ciptaan Illahi tiada siapa boleh nafi akan kehebatannya. Tapi apa yang aku nak tulis adalah pasal ciptaan manusia. Ada ciptaan yang pada pandangan aku sangat hebat sehingga mengundang takjub dan sangat sukar untuk mengukur kehebatan itu melalui nilai wang ringgit..Harganya mahal..., memang layak. Tapi ada juga ciptaan yang kekadang taklah hebat  tapi bila diukur dalam bentuk nilai duit membuatkan aku termenung dan merasakan iayanya sangat mengarut...!

Aku merasakan sistem navigasi pesawat memang hebat...Bagaimana pesawat boleh membelah angkasa secara autopilot dengan tepat sungguh mengkagumkan aku..Sistem sekarang yang dicipta dengan bantuan pelbagai peralatan canggih mengundang rasa takjub..tapi sistem navigasi terdahulu semasa mula-mula dicipta dalam keadaan serba kekurangan pada aku lagi mengundang rasa takjub. Jadi bila harganya tersangat mahal aku berpendapat memang layak.

Begitu juga dengan kereta lumba F1, walaupun berkapasiti enjin kecil  1600cc tapi boleh memecut 0-100km/jam dalam hanya beberapa saat sehingga boleh mencapai kelajuan melebihi 300km/jam pada aku ciptaan itu memang hebat dan nilai wang yang mahal sepadanlah dengan teknologi yang dibawa.

Ada lagi yang aku takjub..jam tangan yang digerakkan secara mekanikal lebih-lebih lagi jam yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat berfungsi dengan tepat... Melihat kepada komponen yang tersangat halus, termenung aku memikirkan keajaiban pencipta jam itu dan selayaknyalah berharga mahal. Walaupun nilai jam itu yang kekadang mencecah ratusan ribu bahkan jutaan tak terlepas juga mengundang rasa mengarut.

Tapi bila peralatan asas yang tidak melibatkan pengunaan teknologi tinggi atau kalau pun ada penggunaannya tidak lah secara intensif, tapi dijual dengan harga yang tersangat mahal aku rasa memang betul-betul mengarut. Hehe panjang aku membebel.

Sebenarnya aku nak cerita pasal membeli alat ganti basikal dan motorsikal aku yang tersangat mahal...Giler..!



.Korang bayang komponen ini mencecah hampir 5 ribu...Takkan hebatnya ciptaan ini mengatasi kehebatan penciptaan sebuah motorsikal kapchai...?





Begitu juga nilai komponen basikal 'rim hub' ini ada yang berharga hampir 2 ribu bahkan lebih mahal pun ada,,! Termenong aku melihat senarai harga komponen-komponen basikal atau motorsikal. Tak masuk dek akal aku..Aku merasakan nilai barangan seperti ini mahal lebih ditentukan oleh manipulasi harga...

Adooi termenung memikirkan duit yang bakal terbang...




Thursday, March 13, 2014

Cyclomotion-Pusat Jualan dan Servis Basikal



12hb Mac 2014, Rabu
Lokasi: Wangsa Maju KL berdekatan Aeon Big
Per: Servis basikal keseluruhan. 
Kos: RM95 tidak termasuk alat gantian
Tempoh siap: 3 hari , Dijangka siap Sabtu atau dimaklumkan jika siap awal
Ulasan: Premis bersih, kemas dan diuruskan tenaga muda yang komited lagi dedikasi. Bangga lagi terharu, dikenalkan oleh rakan tempat menjual dan servis basikal yang diusahakan oleh orang kita .





Selamat Maju Jaya...Kembangkan kuasamu...

Wednesday, March 12, 2014

Hidup Ibarat Roda..Generasi lama dulu pun teruk juga...

Bila orangramai asyik menyalahkan anak-anak muda dalam banyak perkara sebenarnya kita harus berfikir dan merenung sejenak. Sebenarnya salah siapa...? Bolehkah seratus peratus kita menuding jari menyalahkan mereka..? Boleh dikatakan bila membincangkan isu semasa tidak akan terlepas dari menyentuh perihal anak -anak muda terutama dari segi sikap, moral dsb. Pada aku apa yang ditonjolkan oleh golongan muda sebenarnya cerminan golongan terdahulu., walaupun tidak  seratus peratus benar tapi umumnya aku berpendapat sedemikian. Budak-budak ni ibarat mesin pencetak...apa isyarat yang dihantar, itulah yang akan dicetak di muka surat. Adakah kita akan melenting jika isyarat SAMPAH yang kita hantar tapi mengharapkan BERLIAN yang keluar.?

Sekarang ni ramai yang  merungut bilamana mendapati anak-anak muda seolah tidak bersemangat atau tidak memiliki jati diri dalam mengharungi kehidupan seharian..terutama dialam kerjaya . Mereka ditakrifkan tidak memiliki daya juang, tidak kreatif dan pelbagai gelaran lagi... sebaliknya sering mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa..Pada aku masyarakat amnya dan ibubapa khususnya  harus juga dipersalahkan dalam hal ini...Budak -budak ini terbentuk hasil acuan mereka. Ibubapa terlalu melindungi anak-anak. Ibubapa dulu memberi lesen besar kepada warga pendidik untuk membentuk pelajar-pelajar..Sekarang...? pantang silap akan muncullah laporan polis didada-dada akhbar...

Ibubapa dulu memberi peluang untuk anak-anak berdikari sedari awal lagi.  Mereka diberi kepercayaan  untuk berulang alik ke sekolah, kolej dsb..pedulilah jauh ker panas ker, beg berat ker...Mungkin juga atas faktor keterbatasan ekonomi yang tidak memungkinkan  untuk berjemput atau berhantar.. hasilnya dek kerana terbiasa dengan kepayahan, wujudlah generasi yang menghargai kesenangan...Sekarang? bukan di alam persekolahan rendah atau menengah, hatta di pusat-pusat pengajian tinggi masih lagi ada ibubapa yang langsung tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk berdikari..bahkan diberi lagi dengan pelbagai kemudahan kerana tidak sampai hati memikirkan kepayahan yang bakal dihadapi anak-anak..Keadaan ini terbawa-bawa bilamana anak-anak mula menjejaki alam perkerjaan..bahkan di alam perkahwinan.. Jadi adakah kita terkejut jika hasilnya  generasi yang terlalu bergantung kepada bantuan luar dalam mengharungi kehidupan..?

Jika generasi terdahulu dalam serba kekurangan boleh saja berjaya aku percaya generasi sekarang yang ternyata lebih bijak dan terdedah dengan pelbagai maklumat, mereka boleh saja mencapai kejayaan lebih luar biasa sekiranya diberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan baik..Yang penting komited dan sabar..Sememanglah mereka mulanya teraba-raba menyesuaikan diri dalam penghidupan arus perdana, tapi percayalah bila tiba dilandasan yang betul golongan ini yang akan memecut kehadapan meninggalkan generasi lama. Banyak contoh contoh anak muda yang mencipta kejayaan luar biasa yang tidak terjangkau oleh generasi terdahulu...Golongan muda ini ibarat pemandu baru yang melalui jalan lama serba asing untuk menuju ke lebuhraya.. Andainya lebuhraya ditemui nescaya golongan ini yang akan membesit meninggalkan pemandu-pemandu tua...

Hidup ibarat roda..Bukankah golongan lama asalnya begitu juga dulu...? Bahkan mungkin lagi teruk lagi...Sabor jer ler...







Friday, March 7, 2014

Jom belajar Bahasa Al Quran

Tajuk. :               Kursus Intensif Memahami Bahasa Al Quraan
Tarikh:                1/3/2014-2/3/14 dan 8 dan 9 March 2014
Masa .                8.30pg-5 ptg

Jumlah Peserta:    30 orang, 20 wanita dan 10 lelaki
Pengajar :            Ustaz Dr Firdaus

Tujuan : Memahami  asas bahasa alQuran untuk menghayati kandongan alQuran dengan lebih baik

Bahasa Al Quran wajib dipelajari. Al Quran perlu difahami melalui ilmu bahasa asas, ilmu komunikasi, ilmu nahu, ilmu saraf juga  ilmu balaghah bermaksud memahami apa yang tersirat disebalik ayat diturunkan . Untuk permulaan ni ilmu asaslah kami pelajari. Ternyata kaedah pembelajaran sangat menyeronokkan. Setiap peserta diminta terlibat secara langsung untuk lebih memahami  apa yang dipelajari... Pembelajaran adalah melalui kaedah 5P

1. Istamiq- Pengelihatan
2. Unzur- Pendengaran
3. Raddid- Pengulangan
4. Isytarik- Perkongsian dan
 5. Alim- Pengajaran/ Menyampaikan

Berakhirnya sessi pertama ternyata sangat bermanfaat apa yang dipelajari..Sedikit sebanyak dapat menghayati pembacaan surah apabila mempunyai ilmu asas. 2 hari telah berlalu dan hujung minggu ini kami akan menyambong baki dua hari lagi untuk menghabiskan silibus ilmu asas. Habiskan dulu ilmu asas lah sebelum buat keputusan samada terus sambung mempelajari ilmu berikutnya atau KIV dulu. Tapi hati berat untuk sambung...

Kepada anda, jangan lepaskan peluang menyertai jika terdapat kursus seperti ini., walaupun dikenakan bayaran insyaAllah  duit yang dilaborkan sangat bermanfaat untuk saham akhirat. Wallualam