Saturday, July 26, 2014

Bila Raya Bakal Menjelma...



Lusa dah raya wei...Setiap kali menjelang raya berita sepertini memang tak pernah takder, wajib ada hehe...tercedera kena mercun dan jalan jem sewaktu pulang ke kampong...Yang cedera pasal kena mercun tu aku tak faham..saban tahun ditunjukkan mangsa menjadi cacat, Ada putus tangan, buta mata, hilang telinga dsb tapi masih ramai tak serik dan ambil iktibar..Dah tahu bahaya , tetap terlebih cerdik mengambil risiko...Elok dihantar ke medan perang orang yang berjiwa begini.. Disalurkan keberanian disaluran yang betul.. Masalahnya mercun mudah diperolehi..Mercun kategori tidak bahaya  berlambak di mana- mana.. pasaraya, pasar malam....Mereka yang tercedera terlebih kreatif lagi inovatif..Kebanyakannya terkena mercun buatan sendiri yang diadun dari mercun yang disangka tidak bahaya tadi. Mercun bahaya dan tak bahaya seludup pun  mudah diperolehi .

Undang-undang ada tapi penguatkuasaan sambil lewa. Kita bertindak bermusim..Bila ada musibah besar baru bertindak.. Dinilai dari dentuman bunyi mercun dimusim raya , terasa seolah tiada penguatkuasaan langsung... Aku tak fikir mercun ini dari kategori tidak bahaya..Tak percaya tunggulah ketika raya nanti..akan berdetum dentamlah bunyi mercun....Sekarang ni pantang raya..tak kiralah raya melayu cina atau india..pasti bingit dengan bunyi mercun...Kalau Tahun baru cina lagi lah..tak berhenti bunyi mercun seolah  kini memang dibolehkan bermain mercun...

Jalan jem dan cuti memang dah sinonim.. Sekarang tak payah tunggu raya.., pantang ada cuti panjang jalanraya pasti jem...Jalanraya yang dilebarkan mampu bertahan 2-3 tahun saja..sesudah itu keadaan kembali normal..jem lagi .. Apakah cara untuk mengurangkan kesesakan.. ? Naikkan harga kenderaan..? tingkatkan tol ? nanti orangramai bising atau tambah jalan baru lagi..? tambah jalan baru akan wujud lagi penempatan baru, lambat laun akan jem juga. Tingkatkan kemudahan awam..? Yea terdapat usaha ke arah itu, tapi peningkatan kemudahan awam ini nampaknya lebih tertumpu di bandar- bandar besar..Masalah yang dihadapi sekarang adalah jem bermusim..musim cuti panjang sahaja..

Aku berpendapat elok

1.Wujudkan rangkaian sistem keretapi sederhana laju dan laju menghubungkan setiap bandar juga ibu negeri, utara selatan , timur dan barat....Jadikan sistem keretapi ini sebagai pengangkutan awam utama dengan tambang yang mampu beli.

2. Banyakkan jalanraya baru

3. Naikkan harga kenderaan persendirian..

4. Naikkan tol

Kalau berlaku juga jem dengan pendekatan diatas ermm tak dapatlah  nak menolong..Salahkan diri sendiri saja  kerana tidak merancang perjalanan dengan betol untuk ke destinasi masing masing hehe..

Selamat hari raya maaf Zahir batin..


Thursday, July 24, 2014

Kunjungan Silaturahim Pulau Carey, Telok Panglima Garang Selangor

20/7/2014 Ahad
Lanjutan dari kunjungan Pulau Ketam. harini Ahad kami ke Pulau Carey, Telok Panglima Garang pula. Tidak sebagaimana kunjungan Pulau Ketam yang terpaksa menaiki feri, kunjungan Pulau Carey tidak dirasakan berkunjung ke pulau  kerana pulau hanya dipisahkan oleh sungai yang dihubungkan de
ngan jambatan. Jika di Pulau Ketam persekitaran dipenuhi dengan hutan bakau, disini pula penuh dengan hutan kelapa sawit milik Sime Darby, maka bertambah hilanglah  sausana berada dipulau..



Ini juga kunjungan Pulau Carey aku yang pertama  walaupun sering mendengar nama dan banyak kali berkunjung kawasan berhampiran.  Adat berkunjung ke pulau mesti cuba mengelilingi pulau melalui jalan persisiran pantai, tapi disini tiada prasarana sedemikian, jadi dapat berkunjung sehingga penghujung jalan ditepi pantai itu sudah memadai, haha barulah merasai betul betul berada di pulau...


Kunjungan harini tertumpu kepada perkampungan orang asli suku Mehmeri yang  terdapat ramai di sini, Dua suku utama orang asli di Selangor  adalah suku Mehmeri yang tinggal berhampiran dengan laut, manakala satu lagi adalah suku Temuan yang lebih banyak mendiami kawasan pendalaman darat . Difahamkan masyarakat Mehmeri di Pulau Ketam adalah dari kelompok Pulau Carey ini  dan  masih mempunyai talian keluarga. Maaf jika fakta   tidak begitu tepat.




Pusat kebudayaan turut dibina di Kg Sg Bumbun untuk menonjolkan kebudayaan masyarakat orang asli setempat kepada masyarakat luar termasuk pelancong asing. Cuma  tak pasti  bilamasa sausana disini meriah, melihatkan tiada  aktiviti sedang berjalan walaupun dihujung minggu begini.


Aku berpeluang meronda dari kampung ke kampung untuk melihat sendiri sausana perkampongan orang asli di sini. Ternyata tiada perbezaan ketara antara kampong orang asli dengan perkampungan tradisional masyarakat melayu yang lain.. Bezanya di sini terdapat anjing anjing belaan yang berkeliaran di bawah-bawah rumah atau kawasan persekitaran. Jika di pendalaman mungkin boleh juga ditemui babi-babi peliharaan..

Rekabentuk rumah lebihkurang sama walaupun saiz mungkin berbeza. Kini banyak rumah-rumah batu dibina menggantikan rumah-rumah kayu. Binaan  baru sebagaimana diperkampongan tradisional melayu lain,  kini dibina terus di atas tanah berbanding dahulu yang didirikan di atas tiang-tiang.  Pada aku ini trend yang tidak bagus. Rumah bertiang memberikan pengudaraan baik persekitaran rumah, selain mengelakkan banjir menengelami rumah  dan lagi binatang melata boleh bergerak bebas di bawah rumah. Binaan agung rumpun melayu dulu begitu menitik beratkan  ciri ciri mesra alam sebegini.


Kami bertandang ke Kg Kepau Laut yang dihuni  kurang dari 10 keluarga orang asli. Penempatan terbesar adalah di Sg Judah yang terletak tidak jauh dari sini.. Di sana terdapat lebihkurang 50 keluarga. Perkampungan lain antaranya di Sg Bumbun. Difahamkan terdapat lebihkurang 80 keluarga masyarakat orang asli di Pulau Carey. 30 keluarga telah kembali kepada fitrah islam.


Untuk orang pertama kali bertandang memang sedikit sukar membezakan masyarakat orang asli kerana sebahagiannya telah berkahwin diluar lingkungan suku mereka. Namun terdapat ciri unik, kebanyakan mereka berambut kerinting. Ramai  yang berkahwin dengan masyarakat melayu . Di sana terdapat juga perkampongan melayu . Yang berkahwin dengan orang cina pun ada..


Kunjungan santai sambil berkongsi juadah sebegini sudah memadai untuk menambat semangat silaturahim dikalangan masyarakat islam setempat dan luar.. Tidak perlu kata-kata bombastik.. Sapaan dan pergaulan mesra itu lebih meninggalkan kesan yang mendalam dihati mereka.

Ole-ole sumbangan ahli kariah masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang Selangor yang akan diagihkan kepada tetamu yang hadir


Pagawai mewakili pihak JAKIM, MAIS dan JAIS turut ditempatkan diperkampongan orang asli . Kami berpeluang bersoaljawab dengan mereka untuk mengetahui pelbagai maklumat. Bagus juga menempatkan pegawai muda untuk mengemudi dan memantau aktiviti saudara baru di perkampungan orang asli..Mereka lebih memahami perasaan generasi muda. Berbanding warga tua, generasi ini lebih berpotensi untuk kembali kepada fitrah islam. Cuma cabarannya sedikit hebat ujarnya. Masyarakat yang dilahirkan sebagai muslim sering menjadi teladan tidak elok malah dijadikan alasan masyarakat bukan islam untuk menjauhi  fitrah islam...Adooi..


Tak mengapalah dengan cabaran itu..Kita berusaha sekadar termampu. Selainnya serahkan kepada Allah.. Dia yang memberi hidayah.


Majlis silaturahim berlanjutan sehingga ke solat terawih. Dalam 11 malam kami meninggalkan Pulau Carey dengan pelbagai kenangan...

Monday, July 21, 2014

Kunjungan Silaturahim Pulau Ketam...

19 Julai 2014 Sabtu


Seramai lebih kurang 70  ahli kariah Masjid Cahaya Iman (MCI) Bdr Country Homes telah membuat kunjungan silaturahim ke Pulau Ketam Daerah Klang Selangor. Feri meninggalkan jeti Pelabuhan Klang Selatan jam 5 petang dan tiba di Pulau Ketam dalam jam 6 petang. Kunjungan untuk menyantuni penduduk islam dan masyarakat orang asli suku MehMeri di sana yang agak terasing dari penduduk luar.. Kunjungan kami disambut oleh Ketua balai polis Pulau Ketam Tuan Jamal. Beliau  nyata terharu menyambut kehadiran kami, sebak ketika membuat ucapan alu-aluan.



Berdasarkan maklumat yang disampaikan keluasan Pulau Ketam adalah 65 km persegi, asalnya dihuni lebih 10 ribu penduduk , disebabkan penghijrahan generasi muda  kini tinggal lebih kurang 6000 penduduk yang tertumpu di  3 lokasi  utama..., penempatan Sg Lima , Sg Dua dan di tempat kunjungan kami ini.. Masyarakat di sana bermajoritikan masyarakat cina melebihi 95 peratus..Sebahagian lagi terdiri dari masyarakat orang asli, pekerja kelong ikan  dari indonesia dalam 400 orang   dan 30 pemastautin penjawat awam yang berkhidmat di balai polis, sekolah juga kelinik kesihatan. Terdapat juga cawangan mini  Maybank.


                       Kelong ikan yang banyak di persisiran pantai...

                         


 Sebahagian masyarakat orang asli- Terdapat 5 keluarga orang asli suku MehMeri...Meh bermakna orang dan Meri bermaksud hutan...

Masyarakat islam terdiri dari 5 keluarga saudara baru dan sebahagian besar 30  penjawat awam di atas. Kebanyakan penjawat awam hanya berada di sana ketika minggu berkerja dan akan kembali ke tanah besar di hari kelepasan am dan hujung minggu. Walaupun pekerja islam indonesia agak ramai tetapi mereka sepenuh masa berselerak  dikelong luar persisiran pantai dan terpisah dari aktiviti masyarakat setempat.


Basikal yang boleh disewa denngan kadar RM5 sehari...


Hanya basikal atau kenderaan berenjin elektrik.dibenarkan.. Bagus..tiada  pencemaran udara dan bunyi  



Pencemaran udara atau bising tiada tapi pencemaran alam melalui sampah yang dibuang merata sangat berleluasa...

Keseluruhan pulau adalah kawasan paya bakau, jadi tiada penempatan darat ..Prasarana awam dan binaan bangunan dibina bertiang dipersisiran  pantai, sebagaimana penempatan di kampung air. Mode pengangkutan menggunakan basikal dan motor elektrik. Ingin  merasai pengalaman di tempat baru, aku berkesempatan meronda di kawasan kunjungan dengan menyewa basikal dari pihak hotel/ rumah tumpangan.untuk melihat sausana dan aktiviti masyarakat setempat. Sebahagian besar penduduk adalah nelayan. Sausana pekan sebagaimana di pekan-pekan kecil tempat lain tapi aktiviti perniagaan lebih terarah kepada perniagaan makanan dan restoran...Toleh kiri kanan kedai makan, depan kedai makan .., di merata tempat melihat orang makan..haha .. Lagipun kehidupan di pulau, bukannya sebagaimana penduduk di tanah besar yang terpaksa membelanjakan pendapatan untuk pelbagai perkara remeh, beli rumah, beli rumah lagi .., beli kereta , beli kereta lagi..baiki rumah rumah .., baiki kereta kereta, bersedekah di tol plaza dan pelbagai perbelanjaan terpaksa lain ..Bagi mereka apalah sangat yang boleh dibelanjakan wang yang diperolehi selain makan, makan dan makan...juga berhibur di pub dan pusat-pusat karoake..





Hasil rondaan aku mendapati, sebagaimana kehidupan di pulau-pulau kecil lain, masalah pembuangan sampah adalah kronik..Tiada tempat pelupusan sampah sempurna..Sampah dibuang begitu saja dimana -mana  dan sangat mencacatkan pemandangan lagi menyakitkan hati. Selain itu masalah air..Walaupun hidup dikelilingi air, mereka bermasalah mendapatkan air bersih . Air bersih  diperolehi dari tanah besar melalui paip air dasar laut sering mengalami keputusan bekalan.. Penduduk mengadu telah hampir sebulan tidak mendapat bekalan air sempurna kerana paip utama mengalami kebocoran serius. Air diperolehi dari tangki-tangki yang disediakan oleh pihak SYABAS ataupun pembekal persendirian.., namun tidak cukup untuk menampung keperluan.



Penduduk orang asli menikmati juadah berbuka..




Hidangan utama berbuka di Pulau Ketam semestinya ketammm...

Majlis sumbangan duit raya dan hamper..



 Wa tatau ..wa tatau cakap..haha Mohamad Ho Abdullah ketika diminta memberi sepatah dua kata...

                        
Penduduk asli juga menerima sumbangan..

Malam itu kami bersama beberapa penduduk islam setempat berbuka puasa bersama-sama dan kemudiannya sembahyang  magrib  isya dan terawih berjemaah.. Majlis diadakan di Balai Islam pulau ini yang digunakan untuk aktiviti penduduk islam setempat..Tapi sedia maklum disebabkan kekurangan jamaah, aktiviti sangat terbatas.. Dimaklumkan baru kali kedua pogram meriah sebegini diadakan di sini sepanjang bulan ramadhan ini. Kami turut menjemput masyarakat orang asli untuk turut bersama majlis berbuka puasa walaupun mereka mulanya malu-malu untuk turut serta..Kami tidak islam ujarnya...


Majlis tamat jam 11 malam dan rombongan kembali semula ke tanah besar menaiki feri yang disewa khas.. Jam 12 malam tiba semula di Jeti Pelabuhan Klang...Walaupun ringkas diharap kunjungan ini dapat memberi impak besar kepada masyarkat islam disana..Semoga sinar islam terus bercahaya di pulau itu..Jomlah rakan-rakan, kita turut menyertai pogram-pogram sebegini untuk menyemarakkan semangat ukuhwah dikalangan masyarakat islam ditempat-tempat terpencil begini..Jom jom geng...!




Thursday, July 17, 2014

Jom main kawin kawin..hehe




Ramai yang cakap tidak punyai masa...Padahal setiap seorang mempunyai masa yang sama 24jam..Mungkin keutamaan kot..Sesetengah orang menganggap berkebun di persekitaran rumah ini membuang masa manakala sesetengah yang lain mengganggap aktiviti ini adalah riadah dan  terapi ..Aku pilih yang kedua hehe .. Lagipun takderlah mengambil masa banyak sangat, setiap pagi jika memperuntukkan setengah-sejam di laman rumah, aku rasa banyak perkara boleh dilakukan...Baik juga untuk mata apabila merenung dedaun yang hijau..

Hari ini jom berteman dengan pokok bunga lagi...Tak sangka pokok yang ditanam melalui kaedah tanaman batang begitu galak mengeluarkan tunas dan membesar . Melihat hasil percubaan melalui kaedah ini berjaya, terasa rugi pulak membiarkan dahan pokok bunga kertas besar yang ditebang dulu dibuang begitu saja. Kalau membeli pokok yang telah berbatang besar punyalah mahal..



Tengoklah tunas pokok ini seolah tak menyabar nak membesar..Terbit idea  mengawinkan tunas ini dengan spesis berlainan warna pula. Ini juga percubaan pertama kali..Menjadi ok tak menjadi pun ok..Kalau tak dicuba manalah tau menjadi ker tak..

 Pilih-pilih tunas potong saja tunas yang gemok..hehe tandanya sihat ler tu...


Kemudian belah pucuk tersebut..Sebaiknya dibelah ditengah-tengahlah kot .. Yang ini tak begitu ditengah..Aku cantas dan buat lagi sekali supaya terbelah ditengah-tengah...


Haha ini tunas pokok spesis berlainan yang aku ambik dari rumah jiran..Pagi sangat jiran tak bangun lagi Aku rembat jer dulu...Tapi aku tau dia mesti ok..Dah bangun nanti aku bagitau  la aku dah ambik dia punya pucuk pokok ...Takkan marah kot...

Pangkal tunas dipotong tirus dalam setengah inci untuk disisipkan ditunas pokok yang ingin dikahwinkan..


Sisipkan tunas tadi ke belahan tunas pokok induk dan balutlah dengan selotep...ermm tengok dah siap tercantum..

Aku dulu pun tertanya-tanya mengapa tunas yang dikahwinkan perlu diserkupkan dengan plastik lutsinar begini..Rakan fb menjawab untuk mengekalkan kelembapan ...Owwhh bila dibungkus pemelwapan berlaku jadi dapat  mengekalkan kelembapan persekitaran dan tunas yang dicantum taklah mudah layu...Gitu..Maka ikutilah pedoman yang diberikan...

Ermm takderlah susah mana rupanya ..Tak sampai pun setengah jam dah siap semua proses diatas..Haha Harap-harap menjadilah...

Apa lagi jomlah bertanam bunga...hehe

Wednesday, July 16, 2014

Kemalangan Hangat Peugeot CDM25...Rileks laa

Dah tengok klip video kemalangan kecil melibatkan kenderaan Peugeot CDM25 ?  haha.. Bukan main mengamuk lagi wanita tersebut..Secara tepatnya siapa betul atau salah tak beranilah komen sebab kita tiada disitu..Namun berdasarkan butiran maki hamun dan jawapan balas rasanya apik tu mengaku tergesel kereta pompuan tersebut. Yang menjadikan video clip ini viral adalah kerana aksi terlampau wanita tersebut..Kalau lelaki mungkin viral juga tapi tak seviral yang ini..Stigma masyarakat mengaitkan wanita dengan kelembutan..Tak sangka pula wanita tersebut boleh histeria...hoho..

Andaikata kemalangan ini melibatkan sesama lelaki ada dua kemungkinan yang berlaku..

Kemungkinan Pertama..

Kes ini diselesaikan secara aman...samada setel saja di tempat kejadian dengan menganggarkan nilai kerosakan  atau jika teruk buat saja laporan polis untuk tuntutan insuran. Apa susah . Aku dulu pun pernah mengalami peristiwa disondol dan menyondol..Dalam dua -dua kes masalah selesai di tempat kejadian. Apasal nak gaduh gaduh. Kes tidak menjadi viral sebab mangsa dan pemangsa adalah lelaki...hehe lelaki kan cool ..  Pembaca perempuan jangan marah pulak..

Dalam kes disondol, kereta aku  kemek tapi taklah  teruk dan yang melanggar pun lebih kurang juga..Undang-undang tak tertulis, yang melanggar dari belakang dikira bersalah walaupun mungkin yang dilanggar punyai kesilapan..Dalam kes ini, barangkali pemandu belakang tersilap perkiraan menyangka aku terus memandu  sewaktu di bulatan.memandangkan trafik ketika itu tidaklah begitu sibuk. Untuk penyelesaian kami ke bengkel  menaksir kerosakan dan pemandu belakang membayarlah.. Setel

Dalam kes kedua, aku yang tersondol bas awam sewaktu menyusuri masuk di persimpangan...Driver marah marah dan menuntut sejumlah wang..Isshh kalau kereta atau bas baru mungkinlah kot aku turut rasa bersalah, tapi yang ini dahlah bas agak uzur dan terdapat banyak kesan kemik ditempat lain adahati memberitahu nanti syarikat marah sebab terdapat kesan kemik dan calar...dah tu pulak kereta aku yang  terkemik lagi teruk. Aku merasakan pemandu itu sengaja ingin mengambil kesempatan dari kemalangan yang terjadi...Argh malaslah nak melayan. Aku beritahu jika tak puashati jom buat lapuran polis untuk menuntut insuran..Apa susah... selama ini kita membayar insuran kenderaan jadi inilah peluang untuk membuat tuntutan...Pemandu pun malas memanjangkan kes...Sebab pemandu lelaki kot haha..Kes setel..Aku yang terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki kemik pada kenderaan sendiri..tak berbaloi untuk menuntut insuran...


Kemungkinan kedua

Akan berlaku pertempuran hebat antara dua pemandu melihat kepada reaksi melampau mangsa..hehe Kita pun tak tau mungkin ada faktor sampingan lain yang menyebabkan mangsa begitu hangin...Mujur dalam kes di atas yang mengamuk itu perempuan..Yang dipukul hanya kenderaan ..tapi jika lelaki aku ingat pecah kepala pihak yang menyondol menilai kepada tahap kemarahan mangsa ketika itu..Pompuan tu pun bernasib baik sebab lelaki itu tidak turut hilang akal barangkali mengambil kira yang menyerangnya adalah seorang wanita..tapi jika lelaki  Jangan....! harus keluar  stereng kereta menyambut provokasi penyerang...Bukankah  pernah menjadi viral  juga di media sosial kes pergaduhan melibatkan  dua pemandu lelaki disebabkan kemalangan yang hampir sama..? Tapi kes tidaklah menjadi begitu  sensasi sebegini walaupun kesan pergaduhan ternyata lebih dahsyat..hehe itulah nasib seorang wanita..Resam hidup beb...

Apapun kita sebagai pengguna jalanraya bertolak ansurlah..Kemalangan boleh terjadi dimana mana dan bila bila. Janganlah jadikan perkara kecil begini  menyebabkan kita stress tak tentu pasal.. Rileks la.. Haha

Tuesday, July 15, 2014

Nak Senang Bukan Senang Nak Susah Bukan Susah...

Bukannya senang nak senang...Zahir kelihatan senang tak semestinya betul betul senang..Hanya tuan punya badan yang lebih arif samada diri betul-betul senang. Berpinar kepala hotak mencari penyelesaian masalah yang datang..Haha berbelit belit pembuka kata ini..Aku nak tulis pasal kedai gunting aku sebenarnya...Peluang ada, pasaran ada, tempat pun ada pendek kata serba serbi cukup dah...Kedai pun bukan tipikal kedai gunting biasa..taraf salon luas dan selesa walaupun caj setara kedai gunting biasa. Pelanggan pun dari hari ke sehari nampaknya  terdapat peningkatan..Maklumlah kawasan sedang membangun..Banyak taman perumahan baru muncul dikawasan persekitaran....

Kelebihan kedai ini  adalah satu satunya kedai gunting muslim di kawasan ini. Yang  pening bukan masalah pelanggan tapi bagaimana nak mengekalkan tukang gunting yang sama...Seingat aku dah lebih 5 orang tukang gunting bersilih ganti...Dan lecehnya amat sukar untuk mendapatkan pengganti. Mula-mula buka dulu punca utama mereka angkat kaki adalah kekurangan pelanggan..Kita fahamlah kedai baru.. Pekerja berkerja demi duit..jika pelanggan kurang bermakna duit masuk pun kurang...tapi  kebelakangan ini  perselisihan faham sesama mereka sering menjadi punca utama kenapa mereka meninggalkan kami...adooi...

Bila kedai tidak dapat mengekalkan pekerja yang sama, akibatnya pelanggan lari...Ini yang leceh..Susah payah menarik pelanggan, kesudahannya hilang juga...Setengah pelanggan ni cerewet..bila sudah berkenan dengan seseorang tukang gunting mereka lebih rela menunggu daripada digunting tukang gunting lain...Apabila pelanggan menunggu terlebih ramai, yang setia mungkin terus menunggu atau menangguhkan hasrat bergunting atau datang kembali dihari lain, tapi yang tak berapa kesah  akan  beralih arah ke tempat lain pula. Sekarang cuma tinggal seorang. Dialah tukang gunting yang setia sejak dari mula kedai dibuka...Harap2 dia tabah..Zahirnya nampak ok. Income pun boleh tahan..Namun selaku pemilik kedai kita tidak boleh  mengharap dari seorang saja tukang gunting .. Tak boleh cari makan beb..

Aku jeles dengan kedai gunting India..semua kerusi dikebanyakan kedai mereka sentiasa  penuh dengan pelanggan...Selang dua pintu kedai aku pun kedai gunting india juga ..Aku tak salahkan mereka.. Kami bersaing secara sihat..Siapa menawarkan servis terbaik akan dapat memenangi hati pelanggan. Cuma sayang kami tidak dapat memanfaatkan  kelebihan penduduk majoriti muslim disini  menggunakan khidmat kami gara-gara ketiadaan tukang gunting yang mencukupi. Tukang gunting mereka memang didatangkan khas dari India..Mula datang disitu sehinggalah habis tempoh kontrak masih kekal disitu .Datang sini semata-mata ingin mencari duit, makan minum dan kerja disitu...Tidak terdedah dengan dunia luar..berbanding dengan pekerja kami...Mereka punyai pilihan.. Tidak selesa dengan persekitaran, dengan mudah angkat kaki  kerana diluar sana banyak peluang terhidang dikedai-kedai lain yang turut menghadapi masalah kekurangan pekerja yang sama..

Sekarang ni raya bakal menjelang..Lagilah aku risau jika kekurangan tukang gunting..Pelanggan ramai..Tak terlayan tukang gunting walaupun disesetengah tempat menyediakan  tukang gunting yang ramai...Dek kerana berdiri sepanjang hari kekadang sampai demam tukang gunting dan terpaksa bercuti keesokan hari. Akan menalifon lah pelanggan setia bertanyakan mengapa kedai ditutup..Tapi Alhamdullilah tukang gunting baru kami akan melapor diri harini ini..Sempena lebaran ini nampaknya bolehlah kot menceriakan sedikit pelanggan yang bertandang dengan tidak payah menunggu begitu lama.. Aku pun tak tahu berapa lama beliau boleh bertahan nanti..Harap harap setialah..hehe

Ermm nilah kot yang dikatakan nak senang bukan senang nk susah bukan susah...

Friday, July 11, 2014

Dahlah pandai.. beragama pula...Baguslah..


6/7/2014 Ahad

Peluang sebegini memang aku cari..Berada diluar waktu kebiasaan di premis sekolah.. Mengikuti serba sedikit pogram pelajar-pelajar asrama. Kebetulan menghantar anak kembali ke asrama 6/7/14 Ahad berpeluang mengikuti solat isya dan terawih di surau asrama MRSM Trolak. Melihat kepada sahsiah pelajar pelajar, aku kagum dengan usaha pihak sekolah boleh mengawal displin pelajar. Sikit -sikit bermasalah itu biasa, namun secara keseluruhannya thumb up..!

20hb Jun 2014 lepas kami juga berpeluang tidur di premis sekolah SMS Muar sempena perjumpaan bekas pelajar 1983/84. Melihat mereka menjalani kehidupan di asrama penuh harmoni lagi tertib,  alangkah bagusnya jika sekolah-sekolah berasrama sebegini diperbanyakkan lagi. Elok dikumpulkan pelajar-pelajar lelaki  walaupun mungkin keputusan peperiksaan tidak begitu cemerlang sebagaimana pelajar perempuan supaya senang dididik dan diserlahkan kebolehan masing-masing. Lagipun apabila sausana kondusif akan lebih mudah mentarbiah pelajar. Sayang pelajar yang punyai potensi tetapi terdedah dengan sausana yang sedikit kurang kondusif di sekolah-sekolah harian biasa.

Bukan memperlekehkan sekolah-sekolah biasa, cuma masalah displin lebih ketara disana disebabkan kehadiran pelajar berlatarbelakangkan pelbagai yang kekadang hadir ke sekolah kerana terpaksa..Minat belajar tiada.. jadi fokus lebih terarah mengguggat keharmonian sekolah...

Solat dipimpin oleh ustaz warden..dibantu oleh bilal pelajar...

Sejuk hati melihat pelajar mengikuti pogram dengan penuh displin. Penerapan nilai-nilai agama sebegini yang akan membentuk peribadi pelajar setelah keluar nanti. Pemerhatian umum aku mendapati pelajar-pelajar lepasan sekolah berasrama lebih menghayati nilai-nilai agama berbanding rakan dari sekolah-sekolah harian.

Dahlah pandai.. beragama pula...Baguslah..

Wednesday, July 9, 2014

Piala Dunia Brazil Lwn Jerman...Bola itu bulat.

Bila manusia terlebih kreatif..Mentang-mentang bolos 7 gol..hehe

Dalam sesatu perlawanan bola atau apa saja sukan, kemenangan hanya ada satu.  Hanya yang menang  mendapat mata. Melainkan dalam permainan liga, seri masih boleh peroleh mata, namun bila tiba ke satu peringkat untuk menentukan pasukan yang layak merebut tempat selanjutnya hanya kemenangan yang diambil kira. Jika keputusan terikat ..kemenangan tetap akan ditentukan..kalau bolasepak melalui sepakan penalti.

Disebabkan hanya ada satu slot kemenangan, pihak yang menang pastinya gembira dan yang kalah akan berduka.. Harini berita hangat pasal bola pastinya berkenaan Piala Dunia Brazil lawan Jerman..Walaupun kekalahan boleh diterima tetapi kekalahan Brazil semalam memang sukar  diterima oleh pasukan dan penyokong pasukan..7-1 pergh...Jumlah jaringan tak mengambarkan kejohanan bertaraf dunia langsung. Kalau permainan hoki memang betol.,.gawang mudah dibolosi sebab bola kecil..Ini bermain bola yang kekadang hendak menyumbat sebiji bola sikit punya perit. Walaupun sukar diterima tetapi itulah hakikatnya.

Jika penyokong negara sendiri  fahamlah keterujaan atau kedukaan yang terpaksa dihadapi setiap keputusan perlawanan.. atas dasar patriotik..Tapi kalau penyokong  negara luar, pada aku apa untungnya terlalu fanatik terhadap sesatu pasukan. Apa faedah secara langsung atau tidak yang diperolehi..meraikan lebih lebih jika menang atau berduka yang amat jika kalah. Kesian tengok gelagat penyokong fanatik meluahkan perasaan seolah tidak boleh menerima kekalahan pasukan yang disanjung sebagaimana kekalahan pasukan Brazil pagi tadi.. Aku juga penyokong Brazil..

Pada aku rileks la kita sokong suka-suka jer...Kalah pasukan yang ini,  pilih saja pasukan  lain yang masih mempunyai harapan untuk menang. Tapi itulah manusia.. pelik.. kalau dah suka walau diberi pelbagai pilihan untuk memilih lagi ..pasukan  diminati itu juga yang tetap dipuja..jadi pastinya  terkesan jika terjadi kekalahan tak dijangka sebegini berlaku. Ermm  tak taulah..Kekadang yang terlebih berduka atau tergembira   tu bukan penyokong tegar pun tapi lebih kepada meraikan atau meratapi disebabkan kalah atau menang dalam pertaruhan. Mereka ini yang kekadang terlebih emosional...Dan keputusan perlawanan pagi tadi harus ada yang hilang akal...hehe






Wednesday, July 2, 2014

Syiling ohh Syiling...



Kalau dah takda rezeki, makanan  di dalam perut pun boleh termuntah semula.. Begitulah dengan duit tabungan aku dulu..Hampir 2 tahun memasukkan syiling, samada baki membeli barang atau tersepak di jalanan atau mengutip di tepi-tepi mesin basuh, di celah-celah lantai kereta, dalam bekas abu rokok kereta dll. Seingat aku tabung buloh yang dibeli sewaktu kembara bermotorsikal ke sempadan Thailand/ Myanmar  bersaiz 7 in diameter x sekaki setengah tinggi, hanya tinggal seinchi untuk penuh, Ikut congakan adalah  dalam ribuan juga... Kawan -kawan  pakat gelak semasa aku membeli tabung besar itu..Aku pun tak tau, belian  itu rupanya mempunyai hikmah tersendiri..


Tabung kena rembat orang, semasa mereka memecah masuk rumah hujung tahun lepas...Dah bukan rezeki , nak buat macamana.. Andaiannya duit itu milik kita, rupanya orang punya.. Tapi alhamdulillah ..mujur juga ada duit syiling itu..mana tau kalau tak terjumpa apa-apa mereka akan bertambah marah . Jadi jangan perlekehkan duit syiling...Betapa besarnya nilai  syiling 5 sen, sepuluh sen dsb ketika itu...Teringat kesah sang penceruboh kembali semula ke rumah mangsa setelah mendapati barang kemas yang diambil adalah barang kemas tiruan..Mengamuk sakan mereka kepada tuan rumah..Pergh macam ini pun ada...



Persediaan menghadapi perkara sama aku ganti tabung dengan yang lebih besar lagi..Kali ini aku beli tong seramik dkt Ayer Hitam Johor. Kecik sikit dari tempayan haha.. Tidaklah mengharap penceroboh masuk, namun andaikata terjadi lagi perkara sama, diharap tabungan duit syiling itu dapat mengembirakan mereka. Yang penting tidak diusik yang lain terutamanya  melibatkan jiwa.  Dan  biarlah kejadian terjadi  sewaktu kami tiada di rumah sebagaimana sebelum sebelum ini.. Trauma beb mendengar kesah tuan rumah diperlakukan teruk untuk mendapatkan barangan berharga.

Aku suka ulang balik perihal duit syiling...Walaupun nampak remeh. Mentang-mentang lah kurang bernilai, memasing buat hirau tak hirau bila menjumpainya. Cuba beri anak-anak yang bertandang duit syiling semasa hari lebaran nanti..ermm pelbagai gelaran akan diberi kepada tuan rumah. Padahal bila dikumpul,  yang sikit akan menjadi banyak...yang dirasakan tidak bernilai akan menjadi tidak ternilai..Macam tabung aku itu..

Apa lagi jomlah kutip duit syiling...!