Saturday, September 26, 2015

KL- Hari Tanpa Kenderaan

Tarikh 20 September 2015

Lokasi : Taman Tasik Perdana dan Dataran Merdeka

Walaupun dah lama diperkenalkan ini kali pertama kami merasai sausana berbasikal di KL..

Impresi pertama, sangat teruja sambil mengharapkan semakin ramailah lagi wargakota akan  turut serta.. Riadah yang bagus bersama keluarga. Mengharapkan juga aktiviti ini diperluaskan dibandar bandar lain seluruh negara. .Walaupun waktu yang diperuntukkan hanya 2 jam, 7pg-9pg..Rasanya memadai.. Jika ingin meneruskan lagi beriadah bolehlah menuju ke taman-taman tasik yang berhampiran...









Syabas...Jika ada ditempat lain boleh lah berkunjung ke sana pula..

Monday, September 14, 2015

Jom Port Dickson dan Pantai Remis...

13 Sept 2015

Aktiviti sarapan pagi bersama geng motor di Pantai Port Dickson. Seperti biasa dihujung minggu jika ke utara R n R Rawang menjadi tumpuan.. Jika ke Timur BHP  sesudah Tol Gombak. Ke selatan Shell sesudah Tol Sg Besi. Waktu ini ramailah mat motor berkumpul dari sekecil kecil motor sehinggalah sebesar besar motor. Kelab kenderaan lain pun ramai...Tujuannya sama..bertemu rakan rakan sambil menuju ke sesatu destinasi.. Biasanya untuk makan-makan.

 

Barisan Mat motor tua...Jangan tak tahu peserta digambar  kanan berusia 58 tahun...


Kepada bukan kaki motor mesti pelik kenapa harus ke destinasi beratus kilometer semata-mata untuk makan-makan..Hehe mereka nak panaskan enjin...Sebahagian  motor hanya terperap digaraj dihari-hari biasa atas pelbagai alasan... Sekarang ni musim jerebu, jadi kuranglah bermotorsikal ke tempat kerja..Sebahagian lagi bermotorsikal hanyalah sebagai riadah..Hari kelepasan am atau hujung minggu memang ditunggu-tunggu


 Berpergian jika berpandukan gajet pandu arah..bersedialah untuk berpusing pusing tersalah masuk lorong sebelum tiba di destinasi.. Tak sangka Di Rasah Seremban jalanraya bersimpang siur sebegini...


 PD memanglah kawasan tumpuan... Walaupun berjerebu ramai juga pengunjung ke sana...Sambil makan-makan boleh mencuci mata memerhati gelagat orang ramai..

Jika pagi bersarapan di PD, petang.. makan malam di Pantai Remis Daerah Kuala Selangor.. Beginilah sindrom menuju warga emas..Anak-anak telah  membesar dan tidak tinggal bersama...Berbeza dengan pasangan muda yang sedang memulakan penghidupan..Ingin berpergian banyak faktor perlu diambil kira yang membantutkan rancangan..antaranya bersusah payah membuat persiapan anak-anak kecil dsb...

Warga emas tidak begitu.., tergerak hati start enjin terus jalan...hehe


Bacaan IPU di Kuala Selangor hampir 140..kedua terteruk di Selangor sesudah Pelabuhan Klang...Tahu maklumat ini semasa imam memberi penerangan ringkas solat hajat di masjid K. Selangor khusus untuk keselamatan jemaah haji di Mekah dan memohon dihindarkan malapetaka cuaca yang semakin teruk di tanahair..






 Makan makan ikan, sotong, udang kerang bakar dan mee kari saja...Walaupun ramai pelanggan servis ok cepat .. Harga sekitar RM70 menu untuk dua orang makan....



Sebagaimana ditulis diatas.. Seronok pergi ke kawasan tumpuan... Terhibur melihat gelagat orang ramai...Permainan buih ini disukai oleh segenap lapisan...tidak terkecuali anak-anak kecil... Atok atok pun seronok bermain dengan alasan melayan cucu...



Lagi tarikan terbaru di pantai ini berbanding kunjungan terdahulu... Sekarang ada live band...Sambil mendengar tu masukkan lah sikit sumbangan dalam tabung yang disediakan tu yea...

Monday, September 7, 2015

Jom jom Berbasikal lagi...

6 September 2015

Semangat berbasikal ni pun sama seperti permainan yoyo. Ada ketika naik adakala turun...Banyak faktor yang mempengaruhi semangat..Diri sendiri, rakan, persekitaran dan lain lain, ..Dulu pantang hujung minggu semangat membuak- buak nak masuk off road...Kawan takda, seorang diri  pun jadi..Tapi sejak tersungkur., ermm, semangat terus menjunam .Masa semangat turun nasib baik basikal tak dijual.. Basikal dibiarkan tersadai  disudut rumah. Sampai lepek tayar takda angin..Rantai mula berkarat. Bila dijengok adooi..terasa sayang pulak.. Bukan murah membeli dulu.

Sekarang semangat dah datang balik...Cuma semangat nak offroad  belum pulih sepenuhnya. Main ringan ringan offroad sekitar taman je lah...




Tukar tiub dan tayar.. Sejak dibeli 3 tahun dulu ini pertama kali menukar tayar luar., Kira berbaloi lah..Tiub dalam selalulah...Peralatan lain nampaknya masih ok. Pomen basikal pun beritahu begitu..Tak rugi dulu membeli mendengar nasihat rakan yang kaki basikal. Pakej lengkap..Tidak terlalu high end, tidak terlalu low end.. Tengah-tengah...Kalau mengikut kepala sendiri dulu alamat asyik nak upgrade peralatan lah...Grup set tak sesuailah, rangka beratlah.. Fork keraslah..Pendek kata bila dah berkumpul dengan rakan-rakan  ada saja yang tak kena..



Brek pad pun dah tukar, minyak hidrolik brek pun dah tambah...Tarik sedikit brek dah rasa mencengkam..Hanya keseluruhan setting perlu diservis supaya keadaan tip top ...

Jomlah jom kita berbasikal lagi...Pulihkan semangatmu..