Friday, November 20, 2015

Jom Templer Park...Dekat tapi jauh..

Memang betul...Lokasi taklah jauh dari rumah..tapi tak penah berkunjung hingga ke puncak...Beriadah  dikaki bukit pernahlah...Itupun dah lama dulu.. Dihujung minggu baru ini kami bertandang ke sana..Ingin mengetahui lebih lanjut.. Ranjer memberitahu air terjun disini mempunyai 7 tingkat. Harini ingin mendaki sehingga ke tingkat 7..

Memasuki taman ini dikenakan bayaran Rm 2 seorang.. Kenderaan juga dikenakan bayaran yang sama.







Sausana di atas memang menyegarkan...Kebanyakan pengunjung mandi manda di air terjun tingkat pertengahan... Di tingkat atas kedapatan seorang dua pengunjung saja..







Trek berturap berserta tangga disediakan disebahagian saja laluan untuk memudahkan ke puncak.. Untuk ke puncak tertinggi pengunjung perlu melalui trek berbatu sempit, licin lagi curam ...




Untuk mendaki ke puncak laluan adalah tersangat sunyi..Tidak digalakkan mendaki bersendirian .. Dikhuatiri  berlaku kejadian tidak diingini...Sedangkan anak-anak  orang asli Sekolai Tohoi Gua Musang yang rumahnya berlamankan hutan  boleh tersesat inikan pula orang awam yang langsung tiada pengalaman berada dihutan..Didalam hutan sebarang kemungkinan itu ada..

Kebetulan terdapat sekumpulan pendaki dari Tanah Besar  China yang mendaki...ermm join lah...


Setelah melepasi trek berturap pendakian ke puncak mengambil masa lagi antara 20-30 minit.. Tak pasti samada ini puncak air terjun ke 7 ...Keadaan persekitaran dan aliran sungai telah mendatar setelah membuat pendakian agak curam..terdapat tali rentang menghalang pengunjung dari meneruskan perjalanan..Mungkin perlu mendapatkan kebenaran atau ditemani oleh orang berpengalaman..


Mendaki lebih mudah berbanding menurun...Tebing berbatu yang curam lagi licin menyukarkan pergerakan...

Secara keseluruhan kawasan lawatan memang menarik...Namun aspek kebersihan  dan penjagaan kemudahan awam sedikit mendukacitakan... Memang terdapat pekerja yang membersihkan kawasan tapi sikap segelintir pengunjung yang langsung tidak sensitif dalam memelihara kecantikan taman amat dikesali... Monyet monyet liar yang menyelongkar tong-tong sampah terbuka seterusnya menyepahkan sampah dimerata tempat  memburukkan lagi keadaan..









Diharap orang ramai dan pihak berkaitan mengambil serius akan perkara ini. Sayang... kita memiliki keindahan semulajadi yang dicemburui pengunjung negara luar tapi kita seolah tidak menghargai anugerah itu.... Perubahan itu bermula dari diri kita... Jom berubah...Kita mampu mengubahnya..