Monday, December 28, 2015

Kembara Bumi Mesir...Montserrat

Masa dan belanja terhad...Tidak berbaloi meronda jauh dari Barcelona..Ikutkan hati mau saja mencuba  bullet train ke Madrid...Memikirkan tidak banyak boleh dilakukan dalam tempoh singkat..kami ke Montserrat..Tempat percutian dikawasan pergunungan yang tidak jauh dari Barcelona.  Untuk memudahkan urusan kami membeli pakej perjalanan dengan agen pelancongan di sana. Bayaran 53 Euro seorang. Perjalanan menaiki bas sejam dari pusat bandar. Pukul 9.00 pagi bertolak..Sambil melihat pemandangan persekitaran,  mendengar celoteh jurupandu...Dia bercakap dalam bahasa espanyol terus terjemah ke english...Banyak persamaan kedua-dua bahasa itu..cuma cara sebutan yang sedikit berbeza...contoh tourist dalam english, tourista dalam espanyol...

Dalam kesejukan Barcelona terdapat juga gelandangan yang tdur dikaki kaki lima juga di stesen stesen metro...


Teruja meronda menaiki bas...Persoalan yang sering bermain dibenak fikiran sejak dari UK lagi...bagaimanakah pertambahan  kawasan perumahan baru di Barcelona ...Di UK semacam  tidak berjumpa kawasan perumahan baru...Takkan tiada pertambahan penduduk yang memungkinkan  permintaan rumah-rumah kediaman...Di Bath dan London contohnya rumah rumah kediaman adalah dikawasan lama dan tiada tanda  bagai baru dibina.. Ternyata Di Barcelona juga  tidak banyak kawasan baru...Tak taulah samada memang tiada..atau laluan kami  yang sememangnya tiada kawasan perumahan baru... Bukankah tersangat kontras dengan bandar di negara senang membangun seperti Malaysia...Jika mengunjungi Kuala Lumpur dan persekitaran...pasti  tak akan terlepas menyaksikan  bangunan-bangunan baru sedang dibina...



Boleh tahan juga untuk tiba ke puncak...Jalan sempit berliku...Puncak gunung ini merupakan tempat suci penganut katholik...Mujur kami datang dihari biasa..Dihujung minggu akan dikunjungi ramai penduduk luar untuk ke gereja sambil bersantai..Di sini terdapat sekolah mengkader paderi paderi... Namun kini sambutan tersangat kurang walaupun pelbagai insentif disediakan...Anak anak sepanyol lebih teruja mengikuti kem-kem bolasepak...! Itulah luahan hati pemandu pelancong kami...

Menghabiskan masa dengan melihat pemandangan ..Cuaca sangat sejuk 5 darjah celcius. Melihat kepada kedudukan yang tinggi dan terpencil sungguh kagum dengan semangat orang dulu-dulu  boleh membina penempatan disini...

Membeli manisan, keju juga madu yang dihasilkan di  persekitaran pergunungan ini...Sekitar 2.30 ptg kembali semula ke Barcelona...

Catatan diari hari ke 2 dan 3 Barcelona boleh di baca DISINI

Thursday, December 24, 2015

Kembara Bumi Mesir--Barcelona Day 2 & 3

Untuk menikmat pemandangan Barcelona seeloknya menaiki  bas Hop on Hop off..Bas ini akan melalui kawasan tumpuan pelancong. Terpulang kepada pengunjung samada ingin turun atau sebaliknya. Pakej sehari tanpa limit 52 Euro seorang…Jika menggunakan tren bawah tanah tiket lebih murah tapi pengunjung tidak berpeluang melihat pemandangan persekitaran.
Menariknya bandar-bandar di Eropah ni., terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang mempunyai ciri binaan unik... Ditambah dengan persekitaran yang kemas lagi bersih…Rasa tak puas mata memandang…Memang cemburu melihat kebersihan  bandar disini…Kerja pembersihan  sentiasa ada namun  tidaklah begitu teruk kerana sikap masyarakat yang tidak sesukahati membuang sampah merata

Familia La Sagrada...Destinasi wajib Barcelona. 
   .

Di Barcelona mendapatkan makanan halal adalah  mudah …Banyak kedai turki maupun arab yang menyajikan hidangan halal…walaupun sesetengah kedai terdapat juga yang menjual minuman keras..Sekiranya ke tempat  serba asing..tips mudah google saja Muslim Community Centre/ Mosque..jika tersenarai lokasi selalunya di kawasan itu akan banyak restoran halal. Masjid boleh dikunjungi  berdekatan dengan  Las Ramblas Street..Kawasan pejalan kaki yang popular di Barcelona…



Apabila berada dibandar eropah berhati hati dengan barang berharga anda …Barang-barang berharga hendaklah disimpan ditempat selamat…Sebagaimana insiden terhadap anak kami bilamana beg  sandang  diselok pencopet sewaktu menaiki  tren bawah tanah…Mujur di sedari dan tiada barang berharga disitu …


Barcelona tidak besar..Hari kedua habis melawat tempat tempat menarik berpandukan senaraian google. Hari ketiga melawat Pasar awam berdekatan Las Ramblas Street dan petangnya ke Taman Warisan Dunia Park Guell yang tidak jauh dari penginapan kami..…

Pasar awam Marvelous...!


Secara peribadi lawatan ke taman warisan indah khabar dari rupa..Entah kriteria apa yang melayakkan tersenarai  sebagai taman warisan dunia…Taman hasil rekaan Arkitek sama yang merekabentuk  La Familia Sagrada..

Esok kami membuat lawatan di luar Barcelona..Sesudah itu akan menyambung kembara ke Cairo…

Diari kembara  Barcelona Day 1 boleh dibaca DI SINI

Tuesday, December 22, 2015

Kembara Bumi Mesir-Barcelona...!

Sambil melepak di atas katil.., membuat bacaan lagi di internet  tempat menarik untuk dilawati di Barcelona. Antara tersenarai pertunjukan air pancut di hadapan bangunan Muzium Nasional Barcelona ... Bermula 7 mlm. Sedang elok…Makan sudah..membersih pakaian sudah …Badan pun tak berapa letih  jadi bersiap dan terus saja ke sana. Rumah penginapan pula sangat hampir dengan stesen metro…Sebagaimana di London, di Barcelona juga terdapat keretapi bawah tanah …Pakej tiket yang berbeza…di London  terdapat harga siling..di Barcelona  cuma diberi kad diskaun …


Tempat pertunjukan juga tidak jauh dari rumah hanya melepasi dua stesen metro…Andaian asal jika termasuk  dalam senarai ' mesti  tengok'  mestilah pertunjukan yang menakjubkan..rupanya hambar …pencahayaan  bangunan persekitaran juga tidak membangkitkan mood…Terasa suram…Tidak sebagaimana lawatan ke Guanzhou China dulu…Terkejut melihat keadaan bangunan yang biasa-biasa bertukar  luarbiasa  dimalam hari bila dihias dengan lampu berwarna warni…


.

Beredar tanpa menunggu pertunjukan selesai. Membeli cenderahati dari peniaga tanpa lesen asean terutamanya Bangladesh yang ramai di sepanjang laluan ke dataran. Orang Bangladesh ni memang ada di mana-mana..Barang jualan dipamerkan diatas kain hamparan untuk memudahkan mereka lari bersama barang jualan apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.Uniknya mereka menggunakan kain alas berwarna putih...Walaupun tanpa lesen kelihatan seragam dan tersusun .

Jika tadi pertunjukan hambar...Dalam perjalanan balik dapat menyaksikan pertunjukan anak-anak muda menari ala-ala breakdance...Aksi aksi menari pelbagai gaya yang bukan sebarangan orang mampu melakukannya. Aktiviti yang ok   untuk menghangatkan kesejukan malam selain menjana duit tambahan.

Esok kami akan meronda bandar Barcelona pula...Harap harap senaraian tempat menarik sememangnya menarik....

Coretan terakhir  London boleh dibaca DI SINI