Wednesday, September 28, 2016

Lombok Bali Day 3

Hari ke 3 lawatan terakhir Bali. Arini melawat pura di  Tanah Lot dan kawasan dingin tanah tinggi Bedugul...



Kebetulan esok adalah hariraya Kuningan masyarakat Bali. Banyak arca-arca seperti ini  dipasang disetiap rumah yang di panggil Penjor...Arca menyerupai naga yang diperbuat dari buluh dan dihias dengan daun kelapa..Terdapat ruangan khas untuk meletakkan barang-barang pemujaan.

Setiap enam bulan masyarakat sana merayakan Raya Galungan di ikuti dengan Raya Kuningan.. Galungan dipercayai permulaan hari roh si mati dan tuhan turun kedunia dan sesudah 10 hari mereka merayakan hari Kuningan pula dimana roh dan tuhan  akan kembali ke tempat asal  .

Di Bali memang banyak cuti keagamaan.. Sebab itu dinamakan Bali.. BAnyak LIbur hehe .Beginilah cerita pemandu mobil kami.

Ada lagi perayaan besar.. Hariraya Nyepi...Selama 24 jam serba serbi sepi..Penduduk berkurung di rumah..  Seluruh pulau gelap gelita...Airport pun tutup..Stesen tv tutup..Pendekkata serba serbi sepi...





Inilah sausana pekan di Bali...Tak banyak beza dengan daerah-daerah lain di Indonesia..









Tanah Lot terkenal dengan kuil hindu yang terletak di pulau kecil tepi pantai..Jika air surut boleh berjalan kaki ke sana. Disebabkan asyik dipromosikan sebagai tempat menarik dan istimewa , pengunjung berpusu-pusu ke sana.



Begudul pula adalah tanah tinggi bersuhu nyaman sebagaimana Cameron Highland Malaysia. Untuk tiba ke sana melalui jalan berbukit dan berliku... Dikiri kanan jalan ditanam dengan tanaman tanah tinggi. Terdapat juga sawah-sawah...

Memasuki taman berbayar..ternyata sausana berbeza ..Baru terasa berada di pusat pelancongan...Taman dihias indah dengan pokok bunga-bungaan .Segalanya terpelihara kemas dan rapi...





Bukan saja para wanita..pria pun turut asyik mengabadikan foto...Berbanding dengan taman awam tanpa bayaran bersebelahan ternyata keadaannya sungguh berbeza.




Jika ditanahair popular dengan ayam golek pelbagai rasa..Di Bali pula popular dengan Celeng Guling  atau Babi panggang...Sudah tertera 100 peratus haram..jangan pula ada yang mengada-ngada tanya. Daging halal ke haram..!

Dalam perjalanan balik menyinggah  ke Pantai Sumun  Denpasar...Selain Pantai Kuta pantai ini popular di kalangan pengunjung . Hari hampir gelap .pungunjung telah kurang.. Terdapat resort sepanjang pantai. Seperti di tempat lain ramai sungguh  Mat Saleh/ Buley  di Bali ..



Malam ini akan terus ke Pelabuhan untuk ke Lombok . Bermalam di Ferilah kita...


Di akhir lawatan masih musykil di mana kelebihan landskap Bali nih...Bukankah jika mempunyai konsep tersendiri sepatutnya secara keseluruhan  pulau mesti terserlah kelainannya..Di pusat bandar maupun pekan yang kami kunjungi kelihatan biasa-biasa saja ...Ataukah kami yang tak pergi tempat yang betul...Ataukah keindahan itu hanya lebih menyerlah di resort-resort berbayar ..Kekadang apa yang ditonjolkan melalui gambar-gambar tidak serupa dengan yang sebenar...Sebab itu pemgalaman melihat sendiri adalah lebih meyakinkan dan kepuasan.

Tuesday, September 27, 2016

Kembara Lombok Bali Day 2

Hari ke2 Bali melawat pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong..  Kawasan kemas dan bersih hanya bersifat setempat.. Kawasan tumpuan pelancong boleh dikatakan menarik..Di kawasan lain seperti biasalah.. tidak begitu kemas dan bersih. .



Di Legian penampilan premis perniagaan  bersih kemas dan tersusun .Sausana serupa sebagaimana pusat pelancongan di Thai..Walaupun kabel-kabel elektik berselirat.Disebabkan premis dan pejalan kaki dihias kemas..memang terasa seperti di bandar pelancongan. Jika masih ingat, lokasi pengeboman di Kuta kini telah dibina tugu peringatan


Tugu Peringatan Letupan Bom Bali


Keindahan pantai  boleh tahan cantik ...Seperti biasa pengunjung Mat Salleh sangat ramai. Banyak aktiviti pantai  ditawarkan...Paragliding, urutan spa, berdayong canoe atau sekadar mencuci mata...

Pasir pantai bulat-bulat seperti biji ketumbar...Ajaib ciptaan Allah..




Melawat  tempat 5 rumah ibadat. 5 rumah ibadat agama utama penduduk pulau yang dibina sebelah menyebelah. Yang mencuri tumpuan, walaupun penganut minoriti  gereja terdapat dua bangunan. satu untuk penganut katholik manakala satu lagi untuk penganut protestan. Bangunan Masjid agak tersorok...Sebuah biara buddha dan yang pasti pura mewakili majoriti penganut  hindu...Pura bermaksud tempat ibadat masyarakat hindu  kalau ditempat kita dipanggil kuil ..

...


Sebagaimana daerah lain di Indonesia setiap kali memasuki kawasan tumpuan bayaran masuk akan dikenakan...walaupun prasarana yang disediakan ala kadar saja. Menghabiskan lawatan hari kedua melawat pura lagi di Ulu Watu..Yang sering dipromosikan disini adalah tarian kecak selain  pemandangan cantik semulajadi dan pemandangan matahari terbenam. Menurut pemandu warga tempatan, Ulu maknaya depan Watu pula bermaksud Batu...Setelah berkunjung fahamlah kenapa dinamakan Ulu Watu...Tebing-tebing pantai berbatu curam yang menghiasi  pantai di pura...








Untuk melihat pertunjukan perlu membeli tiket lain.. di Ulu Watu melihat tarian keagamaan...Tarian Kecak.. Tiket 100 ribu.. atau lebihkurang RM30 seorang. Tarian kecak sebahagian ritual unik masyarakat hindu disini yang ditarikan berdasarkan kesah  purba Ramayana bersama barisan kera melawan Rahwana..Tarian tanpa diringi muzik...Penari bersahut sahutan menyebut 'Cak ' sambil mengangkat tangan..Untuk maklumat lanjut silalah google. Sangat ramai pengunjung terutamanya  mat salleh atau buley panggilan orang tempatan..



Sebelum pulang ke Hotel. Menikmati makanan Indonesia... Indonesia dan sambal tidak dapat dipisahkan...Sambal  ada pelbagai gred...mild..intermediate..Superpedas... Di sini superpedas di gelar sambal setan...Kalau berani cubalah...Sambal Setan Satu...!




The sun is hot but our sambal is hotter..


Esok kami akan ke Begudul dan Tanah Lot...Tunggu coretan selanjutnya...Coretan adalah berdasarkan pengalaman penulis..mungkin berbeza dengan orang lain..Sebarang komen untuk penambaihbaikan penulisan dialu-alukan..

Thursday, September 22, 2016

Kembara Lombok Bali Day 1

Pertama kali ke Lombok. dan Bali..flight penuh..Ramai warga Lombok yang pulang ke kampung halaman sempena cuti Aidil Adha...Berkotak cenderhati yang dibawa.
.




Walaupun bercuti..persedian spm tidak dilupa...


Penduduk Lombok 80 persen adalah muslim..Pulau ini juga dikenali sebagai pulau seribu masjid kerana terdapat banyak masjid di situ. Pesantren juga banyak.

Bila sebut Lombok mesti ramai yang teringat kesah pemuda Lombok melarikan anak gadis untuk di ajak berkahwin di negara asal. Rupa-rupanya ini adalah tradisi  dahulu penduduk tempatan yang menjadi kebanggaan..Bezanya kawin lari di sana sesudah kedua keluarga bersetuju dengan pasangan masing masing...gadis akan dibawa lari ke rumah keluarga lelaki tanpa pengetahuan keluarga perempuan...Setelah tiba hari pernikahan barulah dimaklumkan kepada keluarga  perempuan yang akan dibalas dengan kunjungan. Tak pasti pulak berapa lama tempoh gadis itu disembunyikan...Walaupun disembunyikan batas-batas pergaulan tetap dipelihara kerana pasangan dibawah pengawasan keluarga lelaki...Beginilah menurut cerita pemandu kereta kami..

Flight 3 jam Kuala Lumpur - Mataram. Tiba dan bermalam di Mataram.



 Sejak terdapat penerbangan tambang murah ramai rakyat Malaysia ke sana. Destinasi utama adalah mendaki Gunung Rinjani..gunung berapi yang masih aktif..kali terakhir anak gunung  meletus adalah pada Jun 2016.



Perancangan asal..kami akan menghabiskan masa 8 hari di Lombok. Tempoh yang sangat panjang untuk hanya melawat sebuah pulau..Anak memasukkan aktiviti mendaki Gunung Rinjani .. Gunung dengan ketinggian lebih 3000m. .Memandangkan agak kurang sesuai untuk kami yang berumur selain tiada persiapan rapi..,ubah perancangan dengan melawat Bali juga..3H2M Bali dan selebihnya di Lombok. Untuk mengoptimumkan masa lawatan..kami memilih ke Bali dulu..Ke Bali dengan menaiki feri.



Keesokan hari bertolak ke Bali. .Tambang dlm 40 ribu rupiah atau 12 ringgit. Tempoh pelayaran selama 4 jam.




Sementara kenderaan memenuhi deck kenderaan...Penjaja..pengamen berjual...rimas bila  mereka asyik memujuk supaya membeli. Ramai juga mat salleh yang turut ke Bali..Mereka menghabiskan masa di Lombok  samada bersantai di pantai atau mendaki gunung .Melihat kepada buku yang dibaca Bali dan Lombok di pakej kan  dalam satu  lawatan ...Kelihatan masih muda .Kebanyakan tak kira lelaki maupun perempuan hanya berselipar dan berseluar pendek bersama backpack...







Menghampiri  Pulau Bali..Pondok- pondok senget  berbumbung usang di tepi pantai mula mencuri tumpuan.. Berlabuh dan melihat deretan gerai- gerai usang di kawasan jeti...Selama  ini digambarkan Bali cantik kemas dan bersih ...Menelusuri laluan dari jeti ke Kota Denpasar ..Segera merubah persepsi ..Rupanya sama saja keadaannya sebagaimana daerah lain di Indonesia...

Add caption
Tau apa yang tertulis didinding kargo... Suami yang hensem adalah pemandu truk...hehe


Penduduk Bali lebih 80 peratus beragama hindu..Walaupun rupa saling tak tumpah rumpun melayu..Untuk mendapatkan makanan halal sedikit mencabar..Dengan adanya jurupandu pencarian sedikit mudah..Singgah makan malam..Ayam goreng Prambanan..Prambanan adalah nama satu tempat di Pulau Jawa.. Rasa masakan lebih kurang ayam penyet..Sesudah itu terus ke hotel penginapan..Persepsi yang tertanam lagi tersentap..Yea mungkin untuk disesuaikn dgn bajet yang kami minta... Keadaan rumah tumpangan teruk banget..





Esok bermulalah explorasi Bali...


Tuesday, September 20, 2016

Jom Bali n Lombok

Kami di akhir lawatan ke Lombok dan Bali..bermula 12 hb Sept 2016..dan kini 20hb sedang bersiap sedia untuk ke lapanganterbang..Cukuplah . Sudah merindui tanah air. Tunggu catatan perjalanan dalam entry selanjutnya...