Tuesday, January 31, 2017

Hutan Rekreasi Sg Tekala Hulu Langat


31hb Jan 2017...

Selalu dengar nama, tapi belum pernah berkunjung ke sana..Kesempatan menghantar anak ke kolej di Beranang, sekembali dari sana terus menyinggah di sini.



Sebelum 9 pagi telah tiba di kawasan rekreasi. Pengunjung pun masih belum ramai ..Adalah 3 kelompok keluarga..Bayaran masuk RM1 untuk orang dewasa.


Melihat kepada fasiliti..ok..Laluan pejalan kaki ada. Bangku  tepi sungai disediakan..Wakaf banyak.


Tempat persalinan ada..Tandas pun ok boleh tahan bersih...


Dimaklumkan, kawasan rekreasi ini adalah sebahagian hutan simpan kekal kawasan tadahan air untuk Empangan Semenyih.


Untuk ke kawasan air terjun bertingkat perlu berjalan dalam 15-20 minit. Tingkat- tingkat air terjun tak begitu tinggi.



Apabila  bermandi- manda, jangan leka. ...Perlu peka dengan tanda-tanda hari nak hujan. Papan amaran fenomena kepala air banyak didirikan sebagai peringatan kepada pengunjung..




Cuma dikesalkan tahap kesedaran sivik pengunjung masih sangat kurang.. Fesiliti cukup..kawasan cantik tapi sayang sesetengah pengunjung masih suka membuang sampah merata-rata. Ada  yang sedikit bagus, mengumpulkan sampah setempat.. Walaupun dikumpulkan setempat, tidak terfikirkah sampah- sampah ini akan diselelerakkan oleh monyet- monyet..Kita tak maulah kegembiraan  bertukar tragedi apabila pengunjung dijangkiti virus kencing tikus pula..

Elok diperkenalkan  deposit untuk setiap pengunjunng sebagai jaminan membawa keluar sampah untuk dikumpulkan dipusat pungutan sampah berpusat di pintu-pintu masuk/keluar . 


Kepada yang belum berkunjung ..Apalagi.. Jomlah kita ke sana...Jangan lupa..! Hargailah khazanah alam...

Monday, January 30, 2017

Motor Tua Honda cb90 1965


Melebihi setengah abad usia motor ini...Ibarat orang tua begitulah dengan motor ini...Sangat cerewet menjaganya...Keluar masuk bengkel itu perkara biasa..Pernah seketika hampir 3 -4 tahun tersadai di sudut rumah. Puncanya enjin sukar dihidupkan sebab bateri cepat lemah kerana terdapat masalah sistem mengecaj semula bateri...Lemah semangat seketika...Dah banyak berhabis untuk menjadikan motor ini dalam keadaan sekarang  .

Bila semangat datang kembali motor dihantar semula ke bengkel. Kes terbaru 'kick starter' dan pendawaian bermasalah...Hantar bengkel 2016..Awal Jan 2017 motor siap.


Bila tengok rasa sayang ..Bila bermasalah rasa geram pun datang...Rasa macam nk jual...!


Baru sehari  keluar bengkel, tayar dah pancit...Lecehnya menyorong motor tua ni, banyak mata tertumpu ke arah kita...Yang tersenyum pun ramai...Tak pasti lah samada senyum simpati atau perli...



Nampaknya motor untuk main-main dalam taman sajalah...sambil membonceng cucu...hehe

Ride Pengantin Salak Tinggi.. Batu Berendam Jan 2017

28 Jan 2017 meraikan majlis kahwin anak biker di Salak Tinggi..Sesudah itu terus ke Batu Berendam Melaka untuk meraikan pula rakan biker yang bertemu jodoh kali ke 2.

Sempena cuti tahun baru cina keadaan trafik sangat sesak hampir di semua lebuhraya. Dalam perjalanan balik Melaka disirami dengan hujan pula. Lencun...Hanya sebahagian bikers yang dapat terus menziarahi rakan biker di HUKM yang terlibat kemalangan sebelum tol plaza Jalan Duta 26 Jan 2017


 Bergambar kenangan bersama bapak pengantin


Biker menyahut cabaran menyumbangkan suara...

Semoga sahabat ini segera sembuh..patah kedua tangan akibat terempuh belakang lori...

Sunday, January 15, 2017

Moh kita ke Ipoh...

Ini cerita 2 minggu lepas...

Bila badan tak berapa sihat, selera makan pun menurun...Tak pasti punca keracunan makanan. Apa yang masuk keluar balik... deras..! Tandas menjadi teman setia.

Masa tekak tak berselera, bau makanan orang masak pun rasa  nak termuntah...Ini yang leceh.

Bila kesihatan agak pulih dan bibit -bibit selera mula kembali maka bersegera layan tekak..Apa saja yang teringin segera cuba dipenuhi...Nak makan meehon goreng..bersegera buat..Rasa nak makan soto Shah Alam ..Pergi...Teringat asam pedas ikan sembilang dengan kangkong goreng Tanjung Karang.. Pergi...Walaupun makanan seperti ini tak berapa sesuai untuk perut yang meragam., demi  selera..kita layan...

Demi melayan tekak juga., kami tersampai ke Ipoh...Sambil sambil melayan tekak dapat lah juga berjalan jalan..Mana tau sausana berbeza akan membangkitkan lagi selera.

Cadang nak naik ETS...tapi tiket habis...Jadi memandu keretalah ...Dalam cari punya cari tempat makan menarik di Ipoh melalui internet...terbawaklah kami ke Restoran Simpang Tiga...Boleh tahan ramai pengunjung di situ.....Dekorasi kedai pun cantik..bersih dan kemas...Stail masakan Padang...Ok betul .. tekak dapat menikmati makanan...

Sesudah makan meronda di Ipoh...Secara keseluruhan,  Ipoh sekarang nampak bersih dan kemas...Kesungguhan mengindahkan bandaraya terserlah...  Cantik jer mata memandang..landskap cantik dan terbela...Namun masih bayak ruang untuk penambahbaikan..terutamanya kawasan yang disenaraikan tempat menarik untuk dikunjungi...


Kinta River Front sebagai contoh...Dipromosi untuk kunjungan sebelah malam..Ada plaque Tourism Malaysia lagi..Mungkin cantik di malam hari sebab hiasan lampu lampu neon..Kunjungan disiang hari menyerlahkan ketidak kemasan kawasan..Persekitaran dan landskap tak terurus..




Sesudah itu kami berkunjung ke Taman Rekreasi Gunung Lang...Bersebelahan saja dengan papan tanda gergasi Ipoh yang menjadi tular gara-gara remaja perempuan memanjat dan berselfie di sana. Boleh tahan ramai pengunjung...Menurut pemandu bot lagi semasa cuti sekolah baru ni tak putus putus pengunjung datang sehingga tidak sempat untuk rehat...





Secara keseluruhan kawasan ok..cuma mentenen kemudahan awam dan landskap perlu dipertingkatkan...Secara peribadi masih kurang faktor wow yang menjadikan pengunjung tergila- gila untuk mengabadikn foto...Kawasan tumpuan Putrajaya seharusnya dijadikan aras tanda dalam mengindahkan kawasan...Kita maukan segenap sudut menjadi halwa mata..situ cantik..sini cantik..sana cantik..Walaubagaimanapun kredit untuk MBI kerana   kerja menaiktaraf sedang giat dijalankan di kawasan ini.










Nampaknya tak sia-sia meronda sampai ke Ipoh...Perut dan tekak dah mula ok beb...















Saturday, January 14, 2017

Kayuhan Buka Tirai 2017




14 Jan 2017..

Yeahh harini kita berbasikal lagi ..Kayuhan membuka tirai 2017...Agak lama basikal terperuk di sudut rumah setelah kayuhan terakhir UPSI Funride Dec 2016. Tak perlu berteman..cukuplah berkayuh seorang...

Walaupun tiada rekod sempurna dibuat rasanya jarak kayuhan harini melebihi 20km.  Kayuhan melalui Jalan Bt Arang/Rawang-Rawang/Selayang-Lebuhraya LATAR-Kundang dan Bdr Country Homes..Setelah selesai berkayuh..stamina ok boleh tahan..tiada rasa kekejangan samada di betis, peha maupun pinggang...mungkin sebab berkayuh sendirian, jadi tiada paksaan untuk mengikuti rentak kayuhan rakan...Berjogging waktu pagi selang sehari mungkin juga membantu meningkatkan stamina....


Kepada rakan diluar sana..jomlah manfaatkn hujung minggu kita...kita riadah...!