Monday, February 27, 2017

Taman Sausana Hijau Putrajaya...

Jika kawan tak beritahu...memang tak akan tau..walhal dah banyak kali bertandang ke kawasan berhampiran taman dimaksudkan. Rasanya ramai lagi yang tidak tahu bahkan mungkin warga Putrajaya sendiri.
Taman Sausana Hijau Precinct 11 Putrajaya memang terbaik...Taman rekreasi yang dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7.mlm menyajikan sausana kehijauan yang menyejukkan pemandangan...

Panorama indah dari puncak bukit.
Taman terletak di puncak bukit kolam takongan air.... Elok juga kawasan kolam takongan air di kawasan- kawasan perumahan lain dimanfaatkan sebagai taman rekreasi seperti ini..



Landskap terpelihara rapi...Sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga...Kanak-kanak kecil pastinya keriangan bermain dipadang seperti ini.


Trek berjogging disediakan...Bolehlah  untuk berbasikal ..berlari atau sekadar bersiar- siar  ..Kemudahan tandas awam dan wakaf-wakaf juga tersedia...

Walaupun matahari sudah tinggi, disebabkan banyak pokok-pokok sausana kekal redup...Sebab itu silap untuk mengatakan negara kita panas dan tidak sesuai untuk beraktiviti diluar...Kesilapannya adalah kita kerana tidak cinta pada kehijauan...Kita yang sering menjahanamkan alam sekitar dengan sewenang wenangnya menebang pokok-pokok...


Tengok...tangga pun ada...


Panjang trek utama  dalam 3-4km sepusingan..Cukuplah tu..Jika tak puas sepusingan boleh lah berpusing 3-4kali lagi.

Jomlah kita beriadah...