click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 31, 2020

Pantai Pandak Chendering Trengganu..

Rumah pusaka tinggalan mertua menjadi tempat penginapan setiap kali berkunjung ke KT. Mujur sorang adik ipar tinggal disitu jika tidak nescaya rumah itupun akan usang begitu saja. Sebahagian besar 11 orang adik beradikyang lain bertebaran di Lembah Klang.

Setiap pagi kunjungan ke KT tidak akan melepaskan peluang beriadah di persisiran Pantai Pandak.


Trengganu memiliki persisiran pantai paling panjang semenanjung. Tidak sebagaimana pantai disebelah barat yang berlumpur, pantai di timur berpasir putih halus dan berpemandangan sangat cantik. Cuma sayang aset secantik ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin..

Tak pasti pantai ini dibawah seliaan jabatan mana. Jika dibawah JPS (Jab Parit dan Saliran) untuk negeri berpantai seeloknya ditambah kepada JPPS Jabatan Pantai, Parit dan Saliran. Dengan menyebut secara jelas, tumpuan akan lebih diberikan.

Dua perkara utama yang sering dikaitkan dengan pantai adalah hakisan dan kebersihan. Singgahan kami sepanjang laluan Kota Bharu-KTrengganu menyaksikan hakisan hakisan pantai yang teruk.

Pantai yang panjang memerlukan peruntukan yang besar untuk menangani masalah ini.





Pantai terbuka selain pengotoran oleh warga sendiri ianya sering juga menerima sampah sampah dari negara berpantai yang lain.

Pembersihan secara manual sangat tidak berkesan..perlu beralih menggunakan mesin jentera.



Hati sangat pedih setiapkali menyaksikan sampah berselerakan ditepi pantai...Memang sangat goblok orang yang berperangai sebegini...

Tuesday, December 29, 2020

Jambatan Angkat Trengganu..

Selesai menikmati seafood celup tepong di Penarik, meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu.

Sebagaimana dihasratkan, singgah di Dapor Pantai, Tok Jembal..lokasi niaga menggunakan kontena terpakai.


Ketika kami tiba sekitar jam 3 petang, persekitarannya masih lengang . Aktiviti meriah bermula jam 6 ptg.

Adat premis yang telah lama beroperasi keadaan keseluruhan tidak seelok ketika baru mula beroperasi. Dulu serba-serbi baru., namun diwaktu malam suasana akan menjadi lebih indah apabila lampu-lampu hiasan berjaya menutupi kecacatan yang ada .


Berkunjung ke KT tak sah jika tidak melalui jalan pintasan baru jambatan angkat, satu ikonik baru di Trengganu. Tempoh perjalanan dari Gong Badak ke bandar KT dapat dipendekkan dengan adanya pintasan baru ini...


Menumpang populariti jambatan angkat, tempat makan-makan menggunakan konsep foodtruck diadakan ditempat parking kenderaan berjarak tidak sampai 100m dari jambatan.




Mengharapkan pengusaha dan pengunjung dapat menjaga kebersihan...Tak guna infrastruktur yang cantik dan mahal tapi dicemari dengan mentaliti sampah sarap masyarakat....

Yang cantik itu bersih..yang bersih pasti cantik...


Sunday, December 27, 2020

Seafood Celup Tepong Pantai Penarik..

Di KB kami bermalam dirumah penginapan berdekatan HUSM  Kubang Kerian. 






Hasrat berkunjung ke pasar terapung di Pulau Suri tidak kesampaian kerana aktiviti dibatalkan sepanjang musim covid dan tengkujuh ini.


Foto ihsan Libur.com

Aktiviti berjualan dipasar terapung menggunakan sampan sangat popular di Haatyai Thailand. Aktiviti berjualan itu rupanya ada juga dibuat di Pulau Suri Tumpat Kelantan sejak 2016 lagi. Untuk ke Pulau Suri pengunjung perlu menaiki bot yang mengambil masa 15 minit dari jeti perikanan Kuala Besar, Tumpat







Kami meneruskan pemanduan ke Kuala Trengganu menggunakan jalan persisiran pantai. Laluan ini selain cantik iayanya juga selalunya bebas dari banjir.





Tiba di Penarik sangat tertarik dengan deretan gerai-gerai menjual seafood goreng celup tepung. Kini wajah gerai-gerai lebih ceria dengan pemasangan papantanda berwarna warni moden berlampu. Rugi tak singgah






Berbanding kunjungan terdahulu , banyak penambahbaikan yang ditonjolkan oleh pengusaha pengusaha  antaranya bangsal-bangsal berpanggung yang didirikan di tepian pantai .  Sambil menikmati hidangan pengunjung disajikan pemandangan indah laut. Krup krap krup krap...tak sedar habis doh sepinggang...




"Boh..! ikang udang sutong agi sepinggang..." hehe mana cukup makan sepinggan...

Kalau ikutkan hati mau saja melepak lama dibangsal...takpa kita bagi peluang pengunjung yang lain pula.

Meneruskan pemanduan . Setelah menyaksikan perubahan menarik di Penarik segera terbit keterujaan untuk melihat keadaan terkini Dapo Pata , konsep jualan gerai tepi pantai menggunakan kontena terpakai di Tok Jembal Kuala Trengganu..

Wednesday, December 23, 2020

Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu Kelantan...

Ketika meninggalkan Dabong hujan masih turun dengan lebat. Destinasi pertama sebelum ke Kota Bharu  adalah Tok Uban, Rantau Panjang.. 

Disitu mengambil kesempatan menyantuni sahabat bekas tentera yang lama terpisah. Dulunya beliau tinggal setaman sebelum berpindah ke Sarawak. Pernah bertandang ke rumahnya di sana 10 tahun dulu..Kini sekeluarga telah kembali ke semenanjung dan menetap di Tok Uban...Tak sangka pertemuan kaliini begitu singkat kerana beliau bergegas ke airport untuk ke Kuala Lumpur kerana temujanji dengan doktor di IJN. Umurnya masih panjang, pernah koma selama 40 hari beberapa bulan yang lalu.

Di Kota Bharu juga menyantuni teman sekolah sekampung yang terpisah 40 tahun dulu...Sekarang mudah mencari sahabat yang lama terpisah melalui media sosial.



Sementara menunggu jam 9 mlm pertemuan itu, kami meronda Pantai Cahaya Bulan. Musim tengkujuh ini air laut berwarna kelabu. PCB bukan lagi pantai berpasir tapi pantai berbatu, sepanjang pantai dikukuhkan dengan benteng bongkah batu granit untuk mengelakkan hakisan..Pantai sekadar menyaksikan panorama dan tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombak yang kuat disepanjang musim.



Meronda  dan makan- makan memang tidak dapat dipisahkan. Diperhatikan kini tempat makan-makan tumpuan tidak semestinya   dikawasan tumpuan. Dizaman media sosial ini buatlah kedai diceruk mana...sekiranya makanan enak  mudah saja  viral, dicelah mana pun pengunjung tetap berkunjung.

Tempat makan yang kami kunjungi ini dibahagian hadapan hanyalah sebuah gerai kecil  dan tersorok dicelah-celah rumah tapi pengunjung sentiasa padat sehingga gelangang futsal dan bangsal lama dibelakang gerai dijadikan tempat bersantap...

Menu adalah masakan ala Thai. Menu viral adalah set daging rimau menangis...nak kata murah tak juga, satu set  daging lembu dan ayam pangang beserta sayur sayuran berkuantiti sederhana berharga rm25. Gerai yang dibuka bermula jam 3 ptg ini tidak putus dikunjungi  pelanggan.

Esok kami bertolak ke Kuala Trengganu...

Air Terjun Jelawang Gunung Stong Dabong Part 2


Diluar hujan masih turun. Hujan renyai sesekali berhenti kemudian sambung kembali. Hujung tahun di pantai timur memang  begini. Di Dabong pernah terjadi banjir besar sehingga menengelami bumbung rumah penduduk pada Disember 2015.

Tak menunggu hujan reda kami berpayung meronda persekitaran kawasan perkhemahan dan chalet kaki gunung. Ketika musim hujan pengunjung kurang..Tiada aktiviti mandi manda atau mendaki puncak gunung dibenarkan. 

Selain musim tersebut aktiviti mendaki sangat popular disini. Permit mendaki dari pejabat hutan diperlukan berharga rm5 seorang. Pendaki perlu diketuai oleh ranjer bertauliah dengan caj bayaran Rm200 untuk satu kumpulan  sehingga 30 orang


Pemandangan air terjun sangat menakjubkan. Walaupun hujan, air terjun masih boleh dilihat dari jambatan gantung, limit rondaan dibenarkan ketika musim tengkujuh. Cuma sayang pohon pokok melindungi pemandangan puncak air terjun. 

 


 Pendakian ke puncak air terjun  pada ketinggian 303m dari aras laut, bersaman 100 tingkat bangunan,  paling tinggi di asia tengara, mengambil masa dalam 1-2jam. Selalunya pendaki mula mendaki seawal 3 atau 4 pagi untuk menikmati panorama matahari terbit selain pemandangan awan nano di persekitaran puncak air terjun atau lebih dikenali sebagai Kem Baha. 

Seterusnya pendaki boleh meneruskan mendaki mengambil masa antara 6-8jam lagi untuk menawan puncak Gunung Stong ketinggian 1450 dan Gunung Ayam 1500m

Kami hadir bukan untuk mendaki, semata mata ingin melihat sendiri suasana air terjun tertinggi asia tenggara. Mampu melihat dari kejauhan saja.

Persekitaran ok bersih,  cuma fasiliti penginapan perlu dipertingkatkan. 


Sesudah lawatan ini kami akan ke Kota Bharu...

Tuesday, December 22, 2020

Air Terjun Jelawang Gunung Stong Dabong Kelantan...

Sesudah Gunung Jerai destinasi berikutnya adalah Dabong Kelantan. Di situ terdapat air terjun tertinggi asia tenggara iaitu Air Terjun Jelawang Gunung Stong.

Ikutkan hati mahu menghabiskan masa, melawat kawasan berhampiran dengan Gunung Jerai.  Pulau Bunting yang boleh dilihat dari puncak gunung tak jauh dari situ..Kompleks bersejarah Candi Batu Pahat pun berdekatan...Khuatir kesuntukan waktu terus bergerak ke Pantai Timur melalui lebuhraya Timur Barat.
Grik-Jeli.



Sepanjang jalan hujan. Tiba di RnR Royal Belum, memutuskan untuk tidur saja dimana-mana resort berdekatan...Dabong boleh saja melawat keesokan hari..lagi pun ke sana untuk melihat sendiri air terjun yang dikongsikan warganet di media sosial. Bukan mau mendaki atau bermandi-manda pun..





Ermm Resort Royal Belum ditepi jalan ditutup. Sebenarnya di bot yang berlabuh di jeti RnR tadi juga menyediakan penginapan..harga 150-180 satu mlm. Tak maulah pusing balik tidur dibot. Jadi teruskan pemanduan.



Memandu ditanah tinggi Banjaran Titiwangsa di musim hujan sangat bahaya..jalan licin, pemandangan terhad kerana kabus..sepanjang pemanduan itu menyaksikan tidak kurang lima insiden kereta terbabas kedalam longkang..mujur bukan gaung.

Sekitar jam 6 petang tiba di Dabong...Memasuki kawasan air terjun berjarak 4km dari jalan utama.. Wow..! Walaupun hujan lebat dapat juga melihat kelibat air terjun dari kejauhan..Air seolah terjun dari puncak gunung.

Jika tidak berkabus air terjun boleh dilihat dari sini...


Bermalam kami di chalet tepi sungai kaki gunung. Tapi itulah, di Gunung Jerai tidur di resort berbintang, disini chalet biasa-biasa memang terdapat perbezaan 360 darjah..kemudahan ala kadar. Lagipun kebanyakkan pengunjung yang datang kesini lebih untuk melakukan pendakian..mereka tidak perlukan keselesaan penginapan.

Semakin malam, deruan air terjun semakin jelas memecah kesunyian. Sedar-sedar hampir 6.30 pagi baru terjaga...Enak tidur dalam suasana dingin di chalet kayu berbumbung atap zink  diiringi hujan sepanjang malam dan bunyi deruan air terjun.

Sekejap lagi ingin meneroka persekitaran resort ...Yang pastinya ingin melihat air terjun tertinggi asia tenggara...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK