Friday, October 25, 2024

Betik & Avocado

Pokok betik termasuk pokok jiran tumbuh hasil benih bawaan burung, tidak putus mengeluarkan hasil...adakala buah kedua pokok matang serentak. 


Betik rumah penulis baru saja dipetik, buah tak sebesar betik rumah jiran. Sekejap saja habis. Selalunya penulis hadap seorang..sebab tak taulah kenapa ahli keluarga lain tidak begitu meminati betik, menjamah sehiris dua saja..


Ketika ini betik rumah jiran pula yang mula meranum. Stok kita pula dah habis, tanpa segan silu meminta betik jiran..lagipun 3 biji  mulai ranum memang jiran berusia tinggal berdua tidak akan habis makan..mereka membiarkan buah masak di pokok untuk turut dikongsi dengan burung.

Zaman serba serbi mahal nih, sangat membantu dapat buahan percuma..




Pokok avocado semaian biji di kebun bukit sedang dikawinkan dengan spesis tanpa biji dan pelbagai spesis lain juga..sepokok akan ada pelbagai jenis buah nanti.



Ini buah tuaian  kebun rakan..Jika cantuman menjadi pokok avocado dikebun penulis akan mempunyai buah yang sama..

Tahun depan avocado akan dikenakan cukai tinggi, tersenarai sebagai buahan mahakaya.



Dah alang-alang buah akan semakin mahal, Puncak Rasa akan ditanam lagi dengan pokok avocado...Ketimbang durian, avocado lebih lasak dan senang jaga..



Amacam.. jom lah berkebun..

Wednesday, October 23, 2024

Anak Kucing Pungut..

Ketika memandu di jalanraya, terpandang anak kucing di kesamaran malam, betul-betul di tengah laluan sibuk . Mujur ketika itu lampu isyarat bertukar kepada merah jadi pengguna memperlahankan kenderaan. Penulis pun nyaris terlanggar, dan terpaksa berhati hati supaya kucing kekal berada diantara tayar kanan dan kiri. Tidak sedap hati, berpusing semula sesudah lampu isyarat, ternyata anak kucing masih selamat terbaring dicelah-celah kenderaan yang banyak..

Berjaya menyelamatkan anak kucing, namun disepanjang perjalanan memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup anak kucing ini.

Penulis memang fobia dengan kucing..tak tahan dengan  kucing gelandangan silih berganti  melepaskan hajat dihalaman rumah, ini ditambah dengan kucing pungut pula..fuh dilema .

Ketika singgah solat isya, didapati kucing hilang dari lantai kereta penumpang, puas mencari disegenap sudut termasuk ruangan enjin, bawah kerusi, bonet belakang, namun tidak diketemui. Kereta tertutup rapat tak mungkin  kucing berjaya nenyelinap keluar..Misteri sungguh. Jangan jangan ini kucing jadian..Tiada pula kedengaran suara meow kerana anak kucing tadi tersangat lemah...

Terdetik juga jika benar ghaib begitu saja setidaknya terselamat dari  dari terus membela..kita manalah tau membela anak kucing ..nak memutingkan susu lagi..menyuap makanan..arghh leceh  

 

Bertanya rakan- rakan yang biasa dengan kucing untuk sebarang kemungkinan. Berpandukan saranan mereka rupanya anak kucing menyorok diruangan sempit bawah dashboard...




Akhirnya ambil keputusan menghantar anak kucing ke kedai gunting..disitu anak buah sentiasa ada dan ramai orang memberi makan kucing gelandangan. Fuh lega.. kebetulan terdapat anak kucing yang lebih kurang sebaya ..





Anak kucing nampaknya berselera makan dan minum..


Alhamdulillah, masih panjang umur ko cingg..

Tuesday, October 22, 2024

Mata Pisau Mesin Rumput


 

Ada kelebihan dan kekurangan menggunakan mata pisau besi berbanding tali... Semak dipersekitaran bertunggul mudah dipotong dengan mata bertali, dengan mata pisau pula semak tebal termasuk anak-anak pokok sebesar jari mudah dipotong, membersih lebih laju namun bermasalah untuk memotong dicelah-celah tunggul...Mata gear akan mudah rosak jika selalu tertebas tunggul...

Selain itu mata pisau besi tak perlu asyik bersilih tukar sebagaimana tali..namun tetap memiliki jangka hayat dan berisiko patah..dan ini terjadi dengan mata pisau modifikasi terdahulu, sudah kelihatan retak dipangkal dan berbahaya.., perlu dikimpal untuk penggunaan berikutnya..

Mata pisau ganti telah dibeli, tak pasti berapa lama jangkahayat pisau beli kedai berbanding mata yang dimodifikasi sendiri..

Penggunaan mata pisau besi separa saiz di kebun memang pilihan terbaik..


Monday, October 21, 2024

Tayar & Driveshaft Kembara..

Dah dikenalpasti kenapa terkoyak tayar kembara, rupanya terlanggar pangkal tunggul tajam di tempat parkir biasa kebun.



Dah cuba cari tayar terpakai, tapi tiada stok jadi belilah 2 biji tayar baru..lagipun tayar ganti sediada sudah uzur dan kelihatan merekah..

Sebiji tayar Toyo Rm240..



Driveshat ini pun sudah sampai masa diganti baru..bila membelok berbunyi seperti nak tertanggal tayar..Krek.. kek.. kek...sangat bahaya lebih lagi jalan ke kebun tu teruk.. Naya jika menuruni atau mendaki bukit tercabut tayar..

Satu set Rm600..


Tambah lagi buat alignmen tayar Rm25..Jumlah kerugian Kembara Kebun RM1105..


Mujur periksa dulu stor, rupanya ada set peralatan asas membuka tayar  jack, spanar dll..

Semua dah tukar, kelengkapan dah ada, yakin lah memanjat Bukit Fraser nanti..bercamperKembara di sana..

 Berangan itu percuma...hehe

Monday, October 14, 2024

Dugaan Berkebun- Tayar Kembara Koyak


Serius padu, untuk mendaki ex5 ternyata mantap..jika jalan tak lecen selamba boleh mendaki, ketika hujan walaupun tayar berbunga tebal, tanah lembik yang melekat membuatkan tayar berpusing. Namun nanti jika laluan telah ditumbuhi rumput, tiada isu lagi tanah melekat..



 


Berbanding  Kembara, teres atv boleh buat lebih kurang, mana-mana laluan terlalu menyenget, berlekok  atau berbonggol ratakan tanah sedikit. Apabila  laluan atv disiapkan, tinjauan ke  segenap pelusuk kebun,  akan menjadi lebih mudah  dan jimat tenaga.. Jadi tiada tanaman yang akan terlepas pandang.



Fungsi Kembara akan lebih untuk ke kaki bukit kebun, tiada keperluan sering dipandu mendaki sehingga ke puncak terutamanya musim hujan, laluan terlalu sempit dan bertebing, sangat bahaya untuk tergelincir..

Susah jika Kembara bermasalah, kita ke kebun berseorangan. Kejadian Ahad lepas tayar terkoyak, mungkin terlanggar bucu tajam sisa konkrit asas jalan  atau tunggul pokok. Dah keluar kebun baru sedar tayar lepek. Peralatan asas pula baru perasan  tiada.

Cuba menahan kenderaan lalu lalang untuk meminjam peralatan membuka tayar  tiada sorang pun yang berani berhenti...bantuan luar pun tak boleh dihubungi sebab line telefon memang tiada. 

Terpaksa memandu dalam keadaan tayar lepek untuk mendapatkan bantuan di tapak pembinaan dalam jarak  2km . Menghampiri tapak pembinaan tetiba ada sesorang berhenti menolong menukar tayar gantian..fuh lega.

Nampaknya kena beli alatan asas dan beli tayar baru...

Macam-macam dugaan berkebun..