Promosi sekali, 2x muncul mungkin buat tak endah, bila kerap muncul termakan juga umpan, klik promo untuk ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan akhirnya terbeli juga. Harga pun tak mahal bawah RM12 termasuk wang pos.
Piring ni aksesori wajib mesin rumput kelebihan piring ini ianya menggunakan ribet bukan klip jadi lebih robust., Jika pengepit klip terlonggar tali mudah tercabut, namun kalau setakat ciri ciri itu mungkin tidak cukup menggoda untuk menambah koleksi piring. Piring sediada memang pernah terkena bila klip asyik longgar.
Ciri tambahan yang tiada pada piring biasa, pangkal tali tak perlu disimpul, cukup diselit pada lubang tambahan yang lebih mendorong untuk membelinya.
Menyimpul tali ni tersangat leceh, simpulan tak kemas ianya boleh terbuka ketika berpusing laju..kekadang sampai sakit jari untuk menarik simpulan. Tanpa simpulan penyediaan lebih pantas dan dapat dikurangkan pembaziran tali pemotong.
Sesekali memegang mesin rumput mungkin hal sebegini nampak remeh, untuk orang kebun sedikit penjimatan terutamanya masa ia sangat-sangat bermakna..
dia suka racun, tunjuk sekali tak beli dia tunjuk lagi dan lagi
ReplyDelete