Friday, July 4, 2025

Enggang dan Pipit...Realiti Kehidupan..


Dalam kehidupan bersosial, kita kena tahu mengukur baju di badan sendiri. Betul lah kata enggang sama enggang, pipit sama pipit...Selalunya enggang boleh bergaul dengan pipit tapi susah bagi pipit mengikuti rentak enggang...Pasti akan terbit rasa rendah diri..ini lumrah, dalam berpasangan pun disarankan mencari pasangan yang sekufu atau sama taraf.

Dalam beraktiviti melayan minat sekalipun tak dapat lari dari berkasta, jadi hati kena kental, telinga kena tebal.

Berbasikal, bermotor, kereta, bercamping dll pasti akan ada simtom ini...Kasihan jika tak tau mencari rakan sekufu...samada terpaksa berhabis mengikut rentak enggang, makan hati atau terus hilang minat dan berhenti.

'Basikal ko ni berat ada 40 kilo..?'

Hehe sekadar contoh usikan  rakan- rakan jika kita bermain basikal...Kena pula yang mengusik itu memang  enggang yang dikenali., biarpun  sekadar mengusik tapi usikan itu pasti terngiang giang dan mulalah mencari basikal ringan...

Dalam berCampercar kita dah tau kemampuan cuma setakat kenderaan yang diubahsuai sendiri, memang mencari penyakit jika cuba bergaul dengan mereka yang bermotorhome harga  puluhan apatah lagi ratusan ribu. Padahal kalau nak diikutkan kemampuan kenderaan, yang canggih tak semestinya padu...Kadang-kadang yang simple/ diubahsuai  lebih memberi kepuasan  dalam pelbagai situasi..dalam bandar boleh, ke hutan steady...

Paling penting kriteria utama mengembara mesti dipenuhi. Tempat tidur wajib selesa, keperluan lain seperti tandas boleh menggunakan tandas awam atau tandas mudah alih..memasak boleh diluar..

Penulis berpengalaman bermotor berminggu di negara orang samada menggunakan motor berCC besar atau kapcai ermm ternyata semasa mengembara dengan kapchai   jauh lebih enjoy...tapi cuba lah kita kapchai  bergaul dengan mereka yang berCC besar..gerenti pedih telinga...

Jadi enggang biarkan bersama enggang, pipit bersama pipit..


Tapak Camping Bukit Fraser

Rutin Jumaat berendam kolam air panas KKB. Solat subuh singgah di masjid dalam perjalanan ke sana..Suka berendam awal pagi sebab orang tak ramai. Bila tak ramai, satu kolam kita yang punya..nak berkuak lentang, terjun tiruk dll tak ada orang kesah. 

Biarpun kolam awam, kebersihan persekitaran terjaga, Ada kontraktor pembersihan. Setiap Khamis air kolam dikeringkan untuk pembersihan kolam.


Sebelum 8 pagi dah selesai berkubang, setengah jam hingga 40 minit sudah cukup. Sesudah itu merayau mencari tempat sarapan, di KKB ada beberapa tempat  bersarapan favorit, jemu bersarapan di tempat sama merayap jauh sikit, kekadang sampai ke Tg Malim sekitar 20 minit pemanduan.



Harini merayap ke Bukit Fraser, bersarapan sambil meninjau tempat bercamping. Sebelum itu sudah melihat perkongsian para campers di Utube.


Satu spot camperIriz percuma telah dikenal pasti tidak jauh dari kawasan tumpuan dan tandas awam namun bergantung kepada kekosongan. Setakat bercamping di dalam kereta tiada masalah, banyak lagi spot-spot lain cuma tidak dibenarkan memasang khemah luar.




Fuh jumpa dah salah satu tempat bercamping berbayar di bawah pengurusan Majlis Daerah Raub, harga sepetak cuma Rm30, di sini boleh memacak khemah di luar, cuma perlu tempahan awal. Sehingga September tiada lagi kekosongan..

Ketika kami datang para campers sedang bersiap untuk beredar..Mereka bermalam di sini selama 3 hari...


Otai otai lebih 30 tahun memilih gaya hidup begini ketika berkelapangan. Kenderaan  luaran nampak simple tapi lengkap.  Pakdin yang kini berCamperKembara pernah berkenderaan darat ke London.  Selain CamperKembara beliau juga mempunyai koleksi  camper  Toyota LandCruiser serba lengkap untuk pengembaraan  luarnegara.  



Tapak perkhemahan bawah MDR boleh ditempah melalui nombor tertera...



Selain MD Raub , Tourism Malaysia juga menyediakan tapak perkhemahan, cuma harga lebih mahal...

Balik dengan penuh semangat membara.

Ahad 6hb malam Isnin, mengulangi bercamperKembara di Puncak Serigala, kebun rakan di Hulu Selangor. 18-21hb berCamperIriz di Mersing.




Singgah di Empangan Sungai Selangor. Spot cantik untuk bercamping juga.



Sekarang ni musim durian..kita pekena durian dulu . Durian kawin sekilo Rm20... Pokok usia lebih 30 tahun..Walaupun kita orang kebun kita tak kenal jenis durian..Yang penting isi tebal,  rasa sedap lemak berkrim...


Fuh tak sabar nak bercamping ..



Wednesday, July 2, 2025

CamperIriz...



CamperKembara untuk bercamping di hutan atau kebun, CamperIriz untuk kawasan perkelahan awam yang lebih mudah di akses. Berbanding CamperKembara, CamperIriz lebih yakin untuk dibawa ke destinasi jauh. Kembara biarpun kuat, adat kenderaan lama, pergerakan tidak lagi lincah...jika dibawa mendaki berliku penukaran gear auto sangat lembab, marah orang yang mengekori di belakang...



Setakat bercamping berseorangan kereta kecil sudah memadai, yang paling penting boleh berbaring kaki lurus untuk tidur yang selesa...


Iriz hanya perlukan sedikit ubah suai untuk dijadikan campercar ringkas., pengalaman membuat CamperKembara dijadikan pedoman. Banyak kelengkapan seperti katil lipat boleh dibeli online.

Keperluan camping Kembara  boleh dimanfaatkan.


Untuk melindungi pemandangan luar gunakan langsir..




Berkesempatan bersembang dengan kaki campervan, mereka memaklumkan untuk tidur yang selesa hanya perlukan pengaliran udara di dalam kabin. Jadi cukup perlukan buka sedikit cermin tingkap dan alirkan  udara panas keluar dari kabin menggunakan kipas/exhaust fan. 3,4 jam awal pengaliran udara menggunakan kipas/exhaust fan  bateri sudah memadai. Apabila malam makin larut persekitaran akan semakin dingin begitu juga dengan  kabin.

Keselesaan CamperIriz akan diuji pada 18-21hb ini di Mersing..Bercamping bersama 3 orang lagi rakan.

Siapa kata untuk bercampercar perlukan modal yang besar..



Tapi kalau ana kaya mau jugak bercampervan camni..

Tapi itulah ..Kalau






Tuesday, July 1, 2025

Rezeki Burung dan Tupai...


Kalau dah nama bukan rezeki, biarpun hampir dimulut akan terlepas juga.



Minggu lepas buah pisang ini masih utuh...ditongkat supaya buah sempat masak di pokok. Minggu ini menjenguk ermm habis setandan berbaki 3 biji buah saja..Kedudukan pokok yang agak terkedalam menyebabkan tak perasan buah telah ranum dan menjadi rezeki burung maupun tupai barangkali.

Rambutan pun sama...tak merasa lah kali ini..buah- buah  nak mengkal berbaki kulit..yang muda tinggal beberapa tangkai..tak berbaloi memanjat mengutip beberapa biji yang tinggal...


Pokok ini dipinggir jalan terselamat dan dituai, sebiji telah ranum dipokok. Kalau dibiarkan tak bertebang pemangsa akan beralih ke sini pula..

Tuaian terdahulu masih ada lagi sebekas, telah terlalu masak dan disejuk bekukan..bila nak buat cekodok nanti boleh dinyahbeku terlebih dahulu.



Ada sepokok lagi yang seusia yang dibiarkan dulu dalam 2,3 hari lagi sebelum ditebang...

Setandan berkongsi rezeki bersama haiwan liar, masih berbaki ini  berkongsi rezeki bersama jiranlah.