Bermula dengan sebuah bas, mendapat respon positif pelanggan ditambah kepada 2 unit... Kedai gunting bas mini turut menarik minat pihak akhbar dan Tv membuat liputan ketika mula beroperasi sekitar 10 tahun dulu, cuma kita tak bersedia menghadapi kuasa viral, dibimbangi masyarakat meletakkan persepsi terlalu tinggi, tidak selaras dengan keadaan sebenar premis, jadi menolak untuk dibuat liputan.
Bas pertama ini juga menumpang tanah DBKL, Biarpun dikelilingi kawasan perumahan, kem-kem askar dan polis, kedudukannya tidak begitu menjolok mata jadi operasi harian bergerak lancar tanpa aduan orang ramai biarpun penampilan mulai uzur..
Kesilapan besar pekerja, membuka kedai ketika malam raya PKP menyebabkan premis disita DBKL..Apabila premis sudah menjadi perhatian pelbagai alasan diberi untuk menghalang premis dari terus beroperasi..
Serik dengan premis bergerak, menumpang tanah orang di bandar, maka kita membawa diri dengan mencari premis murah luar bandar. Melainkan premis sendiri, premis sewa kita beralih arah ke kawasan kampung kampung untuk kehidupan lebih tenang..
Percubaan pertama di Felda Suharto, Hulu Selangor. Pernah berhubung dengan pemilik premis di Senggarang, Batu Pahat entah tiba-tiba tak jadi menyewakan kedai.
Mana tau mendapat sambutan, model ini boleh dikembangkan ke kampong kampung lain pula..
Dengan berat hati premis bas diberi ke kebun kawan untuk dijadikan kabin berehat...
Hukum alam, setiap bermula akan berakhir..
Alahaiiii sayangnya
ReplyDelete