Sunday, March 23, 2025

Villa kebun 3..

Setakat  untuk berteduh, tak lama lagi siap..berbaki rangka bumbung dan bumbung, maka siaplah..tapi teringin juga berhias  untuk sempurna, jadi akan mengambil masa lama..

Tiada apa pun yang ingin dikejar..aktiviti pagi dimulakan dengan rutin kebun, sesudah itu menyambung menyiapkan pondok.

Kerja kebun memang sentiasa ada..

Pukul 12 stop...masa untuk berlibur pula..



Sebelum pondok siap tetap boleh berbaring di bawah pondok beralaskan tikar, tempat teduh dari sinar matahari dan berangin, untuk tambah berangin gunakan kipas bateri ..fuh sedap lena ..

Ruangan bawah pondok ini mungkin nanti akan dijadikan ruangan tambahan berbaring, kepingan lantai simen pun ada sekeping lagi..kotlah ada teman  yang ingin bertandang ke kebun boleh berbaring disitu..Ruangan kecil tetap boleh dimanfaatkan sebaiknya..


Nanti akan buat pangkin untuk masak masak ringkas, untuk mudah  bawa bekalan nasi dari rumah..lauk pauk seperti goreng telur maupun ikan boleh masak di kebun menggunakan peralatan memasak camping..baru sedap makan panas- panas. Bila ada aktiviti menarik  kita akan rajin datang ke kebun. 



 Pondok baru hanya beberapa meter dari tong air milik jiran, lama kebun  jiran terbiar jadi dah minta izin memanfaatkan air takungan. Takda isu jika ingin membersih diri dan berwuduk.

Dah siap pondok sepenuhnya nanti tak perlu lagi bergegas balik.., dulu biarpun ada pondok tapi mati kutu sebab tiada  line telefon, sekarang talian penuh sebab menara telekomunikasi telah berfungsi sepenuhnya..


Tambah selesa bila tandas beserta tangki air simpanan tambahan akan dibina pula..tangki dan mangkuk tandas telah lama dibawa ke tapak..

Tak rugi jadi orang tani...Kerja main main tapi insyallah tetap ada hasil...

Jomlh berkebun..

Wednesday, March 19, 2025

Cantuman Mangga Pokok Magga...


Melihat perkongsian petani, macam mudah saja mengahwinkn anak pokok..ramai yang cakap anti gagal, bila kita mencuba belum ada yang berjaya. Kalau melalui kaedah tot yea, lebih 90 peratus berjaya..

Dulu pernah mencuba mencantumkan pelbagai spesis pokok bunga kertas..ermm pucuk baru kelayuan..





Kaliini mencuba mencantumkan pokok mangga pula...Kebetulan terdapat anak pokok mangga tumbuh meliar, kita pindahkan ke polibeg...makin lama membesar dengan baik..jadi diikhtiarkan dikahwinkan dengan pucuk pokok yang telah berbuah..

Harap menjadilah percubaan ini..


Bila berjaya nanti, semangat untuk mengawinkan anak pokok avocado di polibeg pula sebelum dipindahkan ke kebun. Daripada 30  biji yang disemai, 8 pokok berjaya tumbuh..benih yang lain kekeringan..


Dah merisik pucuk avocado rakan di Hulu Selangor sana.. Rakan tani ini turut mengkahwinkn pokok avocado di kebun Puncak Rasa.. Kejayaan cantuman di lapangan sekitar 60 peratus..Yang belum menjadi akan diulang kemudian...

Berjaya atau gagal itu belakang kira. Kalau  tak dicuba, kita tak tahu.. yang penting...semangatt..

Saturday, March 15, 2025

Villa Kebun 2...

Semangat membara untuk menyambung semula pembinaan pondok kebun. 


Sesudah subuh  bergerak ke kebun...perjalanan diselubungi kabus.



Beginilah keadaan rangka pondok yang terlentuk. 

Aktiviti  terdahulu berhenti ketika gagal menaikkan lantai simen..Rangka pondok masih tidak kukuh untuk menampung beban lantai simen lalu tersembam ke bumi..Lagipun bulan puasa, teramat dahaga untuk menyambung kerja..



Awal pagi semangat pun tinggi, badan segar, persekitaran dingin, mudah dan sekejap saja membaikpulih rangka, struktur diperkukuh disegenap sudut. Rangka disapu dengan minyak enjin terpakai supaya lebih tahan.


Bila teknik betul, tenaga dan minda segar, mudah mengatasi halangan..tak sampai 10 minit lantai simen berjaya dinaikkan. 

Pondok tak besar, lantai 8'x4'. Namun mempunyai pilihan membina pangkin kiri dan kanan supaya 3 orang dewasa  boleh berbaring dengan selesa...

Akan siapkan tandas..belikan lapik lembut tebal..boleh ajak orang rumah bercamping sambil masak- masak.. 

Line telefon pun penuh.

Lokasi pondok sangat strategik di sebalik  rimbunan pokok, dari pagi sehingga tengahari  sentiasa redup  dan berangin. Tidak juga berasa sunyi sebab nampak pemandangan tanah tinggi luas



Berbanding pondok pertama, pondok ke 2 tiang bawah  tak tinggi untuk memudahkan memanjat..

Rangka bumbung akan mengunakan besi ringan..

Bersambung...

Saturday, March 8, 2025

Villa Kebun...



Barang dan peralatan baik pulih pondok dah dibawa..mana yang tak cukup telah dibeli. Pasir, batu, simen brc semua cukup...Berbanding awal mula berkebun, kini penghantaran barang barang lebih mudah sebab boleh diangkut dengan Kembara.



Ingatkan senang nak baikpulih..sampai masa termenung ketika ingin  memulakan kerja..bahagian mana yang nak dimulakan dulu, yang senget kena ratakan...kena sangga atau tongkat di beberapa bahagian. Sebahagian gelegar lantai perlu ditukar..lantai plywood pun sebahagiannya sudah reput..Nak diganti dengan kepingan lantai simen fuh berat, tak sanggup..aras lantai terlalu tinggi.


Pusing beberapa kali..ambil keputusan kensel..banyak pertimbangan dan kerja perlu dibuat.





Sejak sebahagian struktur pondok sediada patah, cuak untuk melepak di pondok, melepaskan lelah hanya dibawah pokok...sebab itu pondok baru perlu dibina untuk berehat sambil menunggu peluh kering sambil melayan phone... dikebun telah ada liputan telefon sepenuhnya...



Lokasi baru pondok di pertengahan ke puncak kebun bersebelahan pohon rimbun.

Pondok baru bersaiz kecil, lantai menggunakan sekeping lantai konkrit 4'x8', cukup untuk berbaring seorang.

Buat bersaiz besar rugi..tiada yang memanfaatkan.



Tapak konkrit telah disiapkan. Rangka pondok akan dimulakan minggu depan..cabaran sebenar nanti ketika ingin memasang kepingan lantai konkrit. Mungkin terpaksa menggunakan chain block yang ditambat dipokok..



Berbanding puncak di sini lebih redup, pemandangan pun cantik dan berangin..taklah rasa sunyi sebab boleh melihat pemandangan dan kebun- kebun jiran dari kejauhan..

Pondok sediada nun di bawah sana akan dijadikn stor baja, peralatan kebun dan garaj atv...Kembara akan park di bawah,  selagi tiada tempat berpusing dipuncak..leceh menuruni bukit secara mengundur..Turun naik ke bukit lebih mudah menggunakan Atv..

Buat kerja kebun memang tak pernah habis..

Tuesday, March 4, 2025

Baik Pulih Pondok Kebun...


Sebahagian batang-batang kayu sedia untuk diangkut ke kebun bukit untuk menggantikan struktur pondok yang mulai mereput. Panjang kayu dipotong cukup untuk dimuatkan di dalam Kembara. 

Rancangan asal ingin buat pondok kedua dipuncak bukit, setelah difikirkan, batalkan hasrat..pondok banyak tapi jarang diguna hanya membazir wang dan tenaga..lebih baik perelok pondok sediada..

Sempena bulan puasa ini, tidak banyak membuat kerja berat kebun, sekadar  membaiki pondok. Pembersihan kebun telah dibuat sebelum puasa lagi, bertahanlah untuk sebulan sebelum rumput  meninggi semula.



Anjung pondok telah tumbang, berbaki pondok utama. Jika tidak dibaiki segera  kesemuanya akan menyembah bumi..Dulu nak didirikan mengambil masa berbulan, dengan kos yang boleh tahan mahal, takkan nak dibiarkan begitu saja...

Pembinaan dulu menggunakan pokok hutan muda, kayu tak tahan lama, walaupun disapu minyak enjin terpakai....



Penggantian tiang tiang menggunakan batang kayu akasia yang direndam berbulan dalam air..Struktur lain menggunakan kayu terpakai. Mengikut pengalaman, kayu senduduk dan buluh yang direndam  menjadi sangat lasak, masih kekal utuh biarpun terdedah hujan panas beberapa tahun.

Jom jom berkebun...