Saturday, April 12, 2025
Repair & Servis Aircond Kembara...
Thursday, April 10, 2025
Sampah, Simpan atau Lupus..
Antara barang-barang yang akan dilupuskan bila mengemas rumah.
Rasanya ini masalah sejagat..Terbit rasa sayang bila ingin melupus, seolah bermanfaat kemudian hari, bila disimpan akan memakan ruang dan percayalah barang-barang tersebut akan kekal disimpan tanpa digunakan...Kalau terikut-ikut dengan perasaan sayang, bina banyak mana stor sekalipun, ruangan tetap tidak mencukupi.
Sebaiknya pejam mata capai barang dan masukkan dalam plastik sampah dan buang..tapi selalunya tak begitu...bila dibelek satu persatu, selain memakan masa, maka terjumpalah barang-barang yang hilang atau masih lagi ada perasaan sayang, maka disimpan lagi.
Antara barang barang yang sering terkumpul adalah bekas makanan plastik, kaca, aluminium pelbagai saiz, mainan budak, tudung, pakaian , beg-beg, cenderahati kawin, pelbagai jenis charger, barangan letrik dll.
Biarpun dah banyak dilupus tetap terhimpun lagi..tambahan sekarang beli barang secara online, banyak yang indah khabar dari rupa, tidak sebagaimana diingini, barang tidak berkualiti, mudah rosak atau mudah dibeli, pantang cari tak jumpa, capai phone, beli baru..
Maka berulanglah kitaran.. beli, beli dan simpan. Huhu..
Sunday, March 23, 2025
Villa kebun 3..
Pondok baru hanya beberapa meter dari tong air milik jiran, lama kebun jiran terbiar jadi dah minta izin memanfaatkan air takungan. Takda isu jika ingin membersih diri dan berwuduk.
Wednesday, March 19, 2025
Cantuman Mangga Pokok Magga...
Bila berjaya nanti, semangat untuk mengawinkan anak pokok avocado di polibeg pula sebelum dipindahkan ke kebun. Daripada 30 biji yang disemai, 8 pokok berjaya tumbuh..benih yang lain kekeringan..
Saturday, March 15, 2025
Villa Kebun 2...
Sesudah subuh bergerak ke kebun...perjalanan diselubungi kabus.
Beginilah keadaan rangka pondok yang terlentuk.
Aktiviti terdahulu berhenti ketika gagal menaikkan lantai simen..Rangka pondok masih tidak kukuh untuk menampung beban lantai simen lalu tersembam ke bumi..Lagipun bulan puasa, teramat dahaga untuk menyambung kerja..
Awal pagi semangat pun tinggi, badan segar, persekitaran dingin, mudah dan sekejap saja membaikpulih rangka, struktur diperkukuh disegenap sudut. Rangka disapu dengan minyak enjin terpakai supaya lebih tahan.
Bila teknik betul, tenaga dan minda segar, mudah mengatasi halangan..tak sampai 10 minit lantai simen berjaya dinaikkan.
Pondok tak besar, lantai 8'x4'. Namun mempunyai pilihan membina pangkin kiri dan kanan supaya 3 orang dewasa boleh berbaring dengan selesa...
Akan siapkan tandas..belikan lapik lembut tebal..boleh ajak orang rumah bercamping sambil masak- masak..
Line telefon pun penuh.
Lokasi pondok sangat strategik di sebalik rimbunan pokok, dari pagi sehingga tengahari sentiasa redup dan berangin. Tidak juga berasa sunyi sebab nampak pemandangan tanah tinggi luas
Berbanding pondok pertama, pondok ke 2 tiang bawah tak tinggi untuk memudahkan memanjat..
Rangka bumbung akan mengunakan besi ringan..
Bersambung...
Saturday, March 8, 2025
Villa Kebun...
Ingatkan senang nak baikpulih..sampai masa termenung ketika ingin memulakan kerja..bahagian mana yang nak dimulakan dulu, yang senget kena ratakan...kena sangga atau tongkat di beberapa bahagian. Sebahagian gelegar lantai perlu ditukar..lantai plywood pun sebahagiannya sudah reput..Nak diganti dengan kepingan lantai simen fuh berat, tak sanggup..aras lantai terlalu tinggi.
Pusing beberapa kali..ambil keputusan kensel..banyak pertimbangan dan kerja perlu dibuat.
Sejak sebahagian struktur pondok sediada patah, cuak untuk melepak di pondok, melepaskan lelah hanya dibawah pokok...sebab itu pondok baru perlu dibina untuk berehat sambil menunggu peluh kering sambil melayan phone... dikebun telah ada liputan telefon sepenuhnya...
Lokasi baru pondok di pertengahan ke puncak kebun bersebelahan pohon rimbun.
Pondok baru bersaiz kecil, lantai menggunakan sekeping lantai konkrit 4'x8', cukup untuk berbaring seorang.
Buat bersaiz besar rugi..tiada yang memanfaatkan.
Tapak konkrit telah disiapkan. Rangka pondok akan dimulakan minggu depan..cabaran sebenar nanti ketika ingin memasang kepingan lantai konkrit. Mungkin terpaksa menggunakan chain block yang ditambat dipokok..
Berbanding puncak di sini lebih redup, pemandangan pun cantik dan berangin..taklah rasa sunyi sebab boleh melihat pemandangan dan kebun- kebun jiran dari kejauhan..
Pondok sediada nun di bawah sana akan dijadikn stor baja, peralatan kebun dan garaj atv...Kembara akan park di bawah, selagi tiada tempat berpusing dipuncak..leceh menuruni bukit secara mengundur..Turun naik ke bukit lebih mudah menggunakan Atv..
Buat kerja kebun memang tak pernah habis..
Tuesday, March 4, 2025
Baik Pulih Pondok Kebun...
Sebahagian batang-batang kayu sedia untuk diangkut ke kebun bukit untuk menggantikan struktur pondok yang mulai mereput. Panjang kayu dipotong cukup untuk dimuatkan di dalam Kembara.
Rancangan asal ingin buat pondok kedua dipuncak bukit, setelah difikirkan, batalkan hasrat..pondok banyak tapi jarang diguna hanya membazir wang dan tenaga..lebih baik perelok pondok sediada..
Sempena bulan puasa ini, tidak banyak membuat kerja berat kebun, sekadar membaiki pondok. Pembersihan kebun telah dibuat sebelum puasa lagi, bertahanlah untuk sebulan sebelum rumput meninggi semula.
Anjung pondok telah tumbang, berbaki pondok utama. Jika tidak dibaiki segera kesemuanya akan menyembah bumi..Dulu nak didirikan mengambil masa berbulan, dengan kos yang boleh tahan mahal, takkan nak dibiarkan begitu saja...
Pembinaan dulu menggunakan pokok hutan muda, kayu tak tahan lama, walaupun disapu minyak enjin terpakai....
Penggantian tiang tiang menggunakan batang kayu akasia yang direndam berbulan dalam air..Struktur lain menggunakan kayu terpakai. Mengikut pengalaman, kayu senduduk dan buluh yang direndam menjadi sangat lasak, masih kekal utuh biarpun terdedah hujan panas beberapa tahun.
Jom jom berkebun...
Tuesday, February 25, 2025
Pokok Nenas Mati daa...
Ermm kalau di kebun bukit gangguan haiwan liar dan penyakit, dipersekitaran rumah bebas dari haiwan liar tapi tidak penyakit...
Pokok betik yang ditanam daun berkerinting keputihan dan sebahagiannya terus layu..Yang tumbuh sendiri juga yang masih gagah dan berbuah...
Sepokok nenas dalam pasu pun tak tau tiba tiba daun layu, padahal inilah yang paling subur. Kawan bertandang memberitahu mungkin pokok terlebih siram...perkara sama terjadi dipokok yang ditanamnya...menurutnya pokok nenas semasa disiram air akan memasuki celah pucuk daun dan membusuk...berbeza dengan air hujan, air siraman mungkin mengandungi bakteria perosak..ermm kita ingatkan air basuhan ikan baik untuk nenas rupanya lebih memudaratkan...
Lepas ini tak perlu bersiramlah...
Monday, February 24, 2025
Baja Organik Taik Kambing
Dua batas mini dari bekas batas pokok ubi dimanfaatkn untuk tanaman halia pula...2 batas pokok kunyit terdahulu mula bertunas baru..
Batas batas digaul dengan baja organik taik kambing...
Biarpun hasil tak semantap tanaman komersil, untuk kegunaan sendiri itu sudah memadai...Nenas bersaiz mini, ubi kayu dapat juga dalam 3 kilo dari sebahagian baki pokok terdahulu, pisang biarpun tandan kecil, jika masak serentak kembang tekak juga menikmati hari-hari. Biarpun ada lagi tandan yang hampir matang, dibiarkan dulu dipokok, manfaatkan satu persatu...
Anak- anak pokok pisang dari rumpun terdahulu digemburkan tanah sekeliling..Sayang jika pokok yang sudah tumbuh dibiarkan tidak dibela...Sebahagian perdu pokok pokok yang disungkup dengan daun daun kering nampaknya berdaun lebih subur..Setelah ditabur baja lagi harapnya membesar dengan sihat..
Jom jom berkebun..
Saturday, February 22, 2025
Tamu Tak di Undang-Gajah...
Tak mengapalah matlamat kebun bukan sangat untuk komersil, lebih kepada riadah dan mengisi masa usia pencen..Kebun pun tak luas...Melihat kebun bersih dan pokok- pokok membesar dengan pucuk-pucuk baru selain terselamat dari haiwan liar itu juga kepuasan. Berhasil nanti itu kelebihan..biarpun terpaksa berkongsi dengan haiwan liar..
Tuesday, January 21, 2025
Nenas Mini...
Selain nenas, sebahagian pokok pisang sedang berbuah..pokok pisang Abu pertama kali berbuah.. pokok pisang tanduk generasi ke 3 baru berbuah..pisang lemak manis , pisang Serendah ada yang baru mengeluarkan jantung dan ada yang menanti matang..walaupun saiz tandan tidak sehebat generasi pertama, tapi boleh lahh..
Wednesday, January 15, 2025
Terong Pipit...
Berbuah sepanjang masa.. biji yang gugur menumbuhkan pokok baru. Lagi dicantas lagi banyak tumbuh tunas baru dan menghasilkan ranting untuk buah baru..pokok jika tidak dicantas akan rebah juga kerana ranting rapuh menampung beban.
Sesuai dihabitatnya biar pun tumbuh dicelah batu..
Hasil tuaian pokok yang tumbuh meliar...jika dinilai dengan wang ringgit rasanya melebihi RM 15 untuk tuaian ini
Nikmat tuhan apa lagi yang ingin didustakan..