Friday, January 16, 2026

Pokok Pinggir Jalan...




Jangan ditanya bila atau bagaimana ia bermula tapi lihatlah bagaimana ianya berakhir. Misi belum tentu tercapai jika hanya semangat diawal perlumbaan tapi pancit ditengah jalan..Semangat harus terus kekal biarpun misi masih tak tercapai..Lambat tak semestinya gagal.




 Hah setelah sekian lama memasang azam menanam pokok di pinggiran jalan hadapan rumah akhirnya harini ditahun 2026 misi terlaksana. Bermula memecah laluan berkonkrit pada dipertengahan tahun 2025 menggunakan pahat dan tukul, sikit demi sedikit lubang bersaiz 2'x2' siap dipecahkan.  

Pernah mencuba menggunakan driller..ternyata bunyi  memekakkan telinga namun hasil tak seberapa..Untuk senang panggil saja kontraktor dengan alatan memecah batu, mudah dan cepat..tapi untuk kepuasan buat saja sendiri..lagipun bukan sesuatu yang begitu mendesak.


Sekarang pancaran matahari petang tepat menyinari halaman rumah biarpun bumbung  tambahan telah dipasang, tempat parking tetap membahang...Selalunya pemaju menanam pokok disepanjang pinggiran jalan tapi tak pasti kenapa lorong ini satu satuya lorong  dibiarkan lapang tanpa berpokok.

Sesudah pohon meninggi nanti boleh memberi teduhan ke halaman rumah..Kereta pun boleh dibiarkan berteduh di pinggiran jalan  tanpa rasa terkilan.


Wednesday, January 14, 2026

Eropah dan Sabah 2026



Jaket dan pakaian  tebal dah mula dipunggah, bermakna masa untuk meronda sudah semakin dekat. 16 Mac-26 April. Berhujung puasa dan beraya di sana. Terakhir meronda jauh adalah pada 2023, sesudah itu terhalang ke luar negara...Memanfaatkan anak yang berkerja di Jerman, ronda ronda kali ini ke eropah lagi..Banyak lagi destinasi eropah yang belum dikunjungi...

Kita yang sering bermain panas kebun, suka ke negara 4 musim, ketika musim dingin, lebih tepat lagi dalam bulan Febuari ke atas..Ketika itu musim sejuk tidak lagi dipuncak..Cuaca masih dingin dan siang pula semakin panjang..Jika berkunjung diwaktu puncak sekitar Disember/Januari, waktu siang tersangat singkat, pukul 6 dah gelap gelemat..rugi tidak dapat meronda banyak tempat.

Jerman boleh dijadikan pusat untuk ke lain- lain destinasi. Menginap di rumah anak kos penginapan dapat dikurangkan.  Banyak destinasi eropah atau afrika utara  boleh dikunjungi.  Tiket penerbangan ke negara negara tersebut boleh dikata mesra poket, untuk meminimakan kos cari destinasi dibawah rm300, tujuan untuk meronda, kita redah saja destinasi menawarkan harga murah.


Sementara menunggu menjelajah jauh eropah Mac,  kami geng camping akan meronda Sabah pada 24hb-30hb Januari. Bercamping terdahulu di Mersing 4 orang, kaliini bertambah sorang lagi geng camping menjadikannya 5 orang, seorang baru saja bersara. Ada beberapa orang lagi yang sedang menunggu untuk bersara, beberapa siri bercamping sedang disusun.. sementara masih diberi lagi kesihatan,  kita manfaatkan  waktu terluang dengan merondaa.

Kebun...?..Kita tinggal duluu..


Monday, January 12, 2026

Mangga..

 


Alhamdulillah tahun ini dapat merasa hasil  buahan keliling rumah... Pokok mangga setelah sekian lama lawas, puncanya mungkin merajuk bila dahan dicantas supaya lebih rendang.. tak mahu berbuah, asyik bertunas daun saja, tersangat rimbun. Tahun ini tak perasan rupanya belajar berbuah semula..tersedar bila beberapa biji buah tua gugur kesan kena digigit binatang, mendongak mencari rupanya ada 5 biji yang sedang menunggu masa matang. 5 biji ini terselamat kerana kerengga bersarang di buah- buah itu.




Buah rambutan dan jambu bol pun sama, 2 tahun kebelakangan langsung tak merasa walau sebiji, berebut dengan tupai ataupun musang..kalini kerengga jadi pengawal,  dapatlah merasa.

Tak sangka sebelum ini pokok buahan tersebut memang berbuah lebat dan kerengga pun banyak, kita yang tak tau manfaat kehadiran kerengga pergi musnahkan sarang- sarang kerengga, bila kerengga tiada, seronok tupai membedal hasil buahan..



Kini kerengga kembali bersarang, jadi kita biarkan mereka jadi pengawal, cuma kena berhati hati ketika memanjat dan memetik atau susah sangat kita kait saja.