Panjang sempadan tak panjang sekitar 350m. Ketika ini pemasangan tiang hampir 60 peratus siap.
Dulu berebut keutamaan dengan tugasan lain..Mula membuka kebun masa terikat dengan membersih kawasan, sesudah itu menanam pokok..Lagipun sekiranya pagar disiapkan awal kemungkinan musnah pun cerah, kerana banyak pokok hutan yang tumbang akan meranapkan pagar, sebagai alternatif mengharapkan pagar mini keliling pokok untuk melindungi anak- anak pokok. Walaupun ada yang musnah, banyak juga yang berjaya membesar.
Kehadiran kebun pula maksima 2 kali seminggu itupun selalu ponteng jadi menjadi asebab pagar tak siap siap..Melihat kepada pagar yang sudah ditanam ada yang bertarikh tahun 2023 lagi..
Kini sebahagian pokok telah dewasa, tugasan membersih kawasan teruk pun sudah berlalu jadi boleh memberi tumpuan lebih untuk pagar. Kalau kebun berpagar setidaknya selesai satu masalah cerobohan babi, namun monyet tetap menjadi ancaman, apatah lagi kini sebahagian pokok sudah memasuki fasa berbuah..
Dah berpagar nanti boleh pelbagaikan tanaman lagi, boleh menanam pokok ubi, pokok kelapa, maupun pisang..Kita suka setiap kali balik kebun ada ole ole kebun yang dibawa balik, Air kelapa boleh terus diminum setelah bermandi peluh membanting tulang.. Sebelum ini tak sempat bertunas dah bersepai kena sodok babi..
Kini sedang berkira- kira untuk mencuba memasang pagar gelung kawat berduri bersesekali dengan dawai berduri..Pagar letrik juga pilihan tapi remeh untuk mengekalkan keberkesanannya, mentenen kena selalu buat, pembersihan rumput menjalar atau ranting/dahan pokok gugur kena sering dilakukan untuk mengelakkan kebocoran letrik..semakin banyak kerja nanti..
Kawat berduri telah dimulakan..Setidaknya babi serik jika sering tersadong kawat berduri..
Pagar gelung berduri maupun pagar letrik keduanya tetap tak berkesan seratus peratus kerana monyet yang bijak tetap boleh menyusup tapi mungkin kurang..





Monyet ni kena pagar guna umpan racun tikus aje yang berkesan.
ReplyDeleteOwh okk..nt boleh cuba..tkasih wak
DeleteBetul tu. Kat kg saya kelapa dah lama tak dapat hasil sebab habis kelapa muda Di korek cik nyet. Nanti nak cuba racun tikus lah pulak.
ReplyDelete