Friday, September 24, 2010
AKU DAN BASIKAL
Pada 8hb September 2010,sehari sebelum raya..aku telah menyambar sebiji Mountain Bike (MTB). Kira basikal rayalah ni..Basikal yang aku beli sebelum ni, bukan tidak boleh kayuh, cuma diorang cakap kurang sesuai untuk join mtb tegar lain, kecuali hati betul-betul cekal menahan kutukan geng-geng nih..Aku sudah cukup masak dengan perangai orang yang taksub dengan sesuatu perkara ni..Boleh dikatakan semua lebih kurang serupa je..yang kaki pancing dengan cara dia, kaki motor ikut style dia..manakala mat-mat kereta pun adalah caranya.. tak usah layan lebih-lebih sangat..
Berhari-hari belek iklan dalam internet 'bike buy and sell', mudah.com disamping buat panggilan talifon ke rakan rakan yang telah berkayuh basikal ni.., pada hari khamis tu aku bawak lah kawan aku Acong ni(nama betul dia Ghazali, dia pun tidak pulak bagi jawapan tepat macamana kekawan boleh panggil acong). Empat buah kedai basikal kitorang pergi di kawasan PJ dan dan Sri Hartamas..Hendak pilih pun sikit punya susah.. Kalau nak ikut bajet aku asal bawah seribu setengah memang nak angkat fork basikal pun tidak cukup .pperghh..Mahal wei..Dalam hujan tu, kami redah juga dari kedai ke kedai..
Tapi memang dah pasang niat nak beli mtb, maka di kedai Sri hartamas tulah aku sambar sebiji MTB kaler merah..Acong ni memang kaki kayuh basikal, sudah lebih lapan tahun dia berkayuh dan kawan-kawan dia ramai cyclist malaysia, jadi korang dapat agak lah selera dia ni..Basikal dia je sudah perabih dekat 20k..tetapi menurut dia berbaloi sebab sudah jadi champion 2 kali di Singapura dan 3 kali di Malaysia..(psst bukan dia yang bawak tapi kawan dia pinjam..), kira sudah pulang modallah dengan hadiah yang diperolehi..tapi aku bukan mahu jadi pro..cuma berkayuh sihatkan badan disamping tak maulah diorang gelakkan aku masa join diorang nt..jadi harga basikal aku kira yang patut-patut jelah..
Biasanya orang upgrading, tapi aku terbalik lah.. downgrading, dari kereta turun motosikal turun lagi basikal..hee..he..jadi kekawan diluar sana yang mahu join kami berkayuhh..jomlah..
bang.. nnti bila kita jumpa bulehlah advise sikit macam mana nak menjebakkan diri dlm dunia beskal ni.. buleh lah bagi bajet beskal dgn riding gear skali.. hehehe
ReplyDeleteno problem brader
ReplyDelete