Thursday, September 23, 2010

Nikmatnya Bermotosikal



Pagi jam, petang jam..jalan biasa jam. masuk ikut highway pun kekadang jam..nak bayar duit tol pun jam..!, keluar tol pun jam..hai..bayangkanlah pertambahan kenderaan negara setahun melebihi 400000 buah..jadi macamanalah tak jam sebab jalan yang diguna jalan yang itulah jugak..korang naik ferari ke, lamborghini ke atau apa ajelah kereta yang laju-laju..masa jalan sesak selamba sahaja kitorang pintas korang..jadi inilah nikmatnya bermotosikal..

Bawa kereta memang syok sebab selesa dalam aircon..tetapi sudah lah lambat, kena bayar tol pulak..kalau berurusan seharian di sekitar kl kalau tidak ada rm30 untuk tol janganlah mengada-ngada bawak kereta..itu tidak masuk duit minyak.,yang sakit hati kalau lalu highway di sekitar kl sekejap-kejap berhenti..sebab? bayar tol lah.,sampai naik rosak power window..kalau guna lorong smart tag atau t n g masa waktu puncak pun 2 x 5..jam....Hendak bagi duit sekolah anak sikit punya berkira, membeli barang dapor sikit punya bajet..apa lagi hendak belanja kawan..tetapi tol dan minyak punya pasal kita amat bermurah hati..inilah nikmatnya bermotosikal

Sekarang ni mana ada yang free, semua berlumba lumba nak kenakan caj pada orang ramai..sudahlah nak cari tempat parking susah,yang ada pulak cekik darah, caj lebih tinggi mengalahkan caj tol..silap letak tepi jalan kena saman, blocking kenderaan orang, kena maki.. kena horn..lagi naya kena tunda PBT..jadi inilah nikmatnya bermotosikal.

Orang cakap naik motosikal panas..ya memang tidak dinafikan.,tetapi dengan lengkap berjaket tak payah nak pergi sauna..dapat original sauna..berpeluh sakan,terbakar lemak..insyaallah badan sihat..inilah nikmatnya bermotosikal..

Naik motosikal musim hujan badan lencun..jadi apa masalah?..sebab mamat yag lencun terlupa bawa baju hujan barangkali..lagi hujan lebat..lagi sesak jalan..bulan puasa baru ni berapa ramai yang berbuka dalam kereta..tetapi kami yang naik motosikal boleh dongak tadah air hujan untuk berbuka puasa..he he. inilah nikmatnya bermotosikal..

Sebenarnya banyak lagi nikmat bermotosikal ini yang boleh disenaraikan.,cukup dululah untuk kali ini..Jadi sesiapa yang belum merasai nikmat bermotosikal ini jomlah sambar motor..ha.ha.

1 comment:

  1. saya menyokong 500%.. terlalu banyak kelebihan nikmat bermotosikal yang saya rasa semua orng perlu ambil peluang mengecapi.. ditambah2 dalam keadaan hari ni yang mana pengguna terpaksa menyerap semua kos yang dicipta oleh golongan kapitalis..

    ReplyDelete