Friday, October 1, 2010

TTS CHIANGMAI-USIM

 

 

 

 
Posted by Picasa
Malam 27hb Sept 2010 tu hujan lebat jadi aku pandu kereta sahaja ke Nilai untuk perbincangan,(mat-mat motor panggil TTS)ekspidisi ke Chiangmai..TTS diadakan di Restoran Adam berdekatan dengan USIM..pemiliknya En SM Khaidir,salah sorang peserta ekspidisi. Aku tengok restoran ni penuh sesak dengan student..pergh..

TTS berkisar tentang jadual perjalanan, bajet serta keperluan peralatan berekspidisi..sambil-sambil tu pekena teh tarik atau minuman lain ikut selera tekak masing-masing..sebab tu dipanggil TTS-Teh Tarik Session..Malam tu kitorang dihidangkan dengan juadah enak-enak.. Almaklumlah jadi tetamu Tauke Restoran.. Laluan ekspidisi adalah berpandukan kepada nasihat Sdr Azman BMW GS1200 yang telah ride ke sana tetapi akan disesuaikan dengan jadual kami..Jarak perjalanan pergi dan balik dijangka melebihi 5000km.. Kami pula tiada pengalaman ride melepasi Bangkok...

Peserta ekspidisi yang dijangka turut serta adalah

En SM Khaidir berserta isteri-Honda Goldwing 1800
AR Mastor Kawasaki ZZR1100
Dr Ikhwan Kawasaki GTR1400
En Rosli Bangi Yamaha FJR1300
En Khidir Kawasaki Versys
En Sidan Kawasaki Versys
En Rosli BMW RT1200
Aku BMW RT1200
En Mahadi BMW RT1200

Final peserta akan diketahui semasa ride sebenar pada 13hb Oktober 2010 depan.Yealah..manalah tahu.. kita hanya merancang Allah tentukan.. Semua akan berkumpul di Restoran Jejantas Sg Buloh pada pukul 2 ptg,untuk taklimat sebelum bergerak..

Berdasarkan pengalaman riders lain anggaran kos ekspidisi seorang adalah seperti berikut..

Minyak motor-RM1000
Makan- RM500-RM1000
Penginapan selama 9 malam-RM500-RM1000
Lain-lain perbelanjaan seperti sovenior dll-ikut poket masing-masing..

Kalau masing-masing setuju aku cadangkan duduk rumah tumpangan sahaja..duduk pula boleh kongsi ..melainkan yang ada isteri..lagipun penginapan untuk tidur semalaman, sebelum esok pagi-pagi lagi akan sambung ride..Badan penat ni kalau dapat tidur depan tangga pun nyenyak..kalau mahu lagi syok.. tidur dalam khemah..amacam? Makan pun ala kadar..perbelanjaan seperti minyak tu memang di luar kawalan kita..
Perbelanjaan yang boleh dikawal..kita kawal.. jadi tidak le serik berekspidisi lagi dimasa akan datang..

Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selamat Pergi dan Kembali..

No comments:

Post a Comment