Tuesday, November 2, 2010

AKIBAT MEREMPIT...

 

 

 
Posted by Picasa


Setelah aktiviti Ride Amal Rembau 2010, aku meneruskan perjalanan ke Yong Peng..Kampungku.. Dalam perjalanan ini aku terserempak dengan kemalangan kapcai rempit dengan Perodua Myvi..Kejadian berlaku di Lebuhraya PLUS KM101 arah utara selepas susur keluar Plaza Tol Yong Peng Utara. Aku yang menghala ke selatan berpatah balik melalui Tol Plaza Yong Peng untuk mendapatkan gambaran jelas kejadian. Menurut saksi, kejadian berpunca dari kegagalan mat rempit mengawal motornya semasa aksi cilok mencilok lalu merempoh myvi yang berada di laluan kecemasan akibat tayar pancit..Memang sepanjang aku ride di lebuhraya, kedapatan anak-anak remaja berlumba dengan aksi superman..Sayang sifat berani ini tidak disalurkan ke tempat yang betul..Sewaktu aku tiba di tempat kejadian, selain pengguna lebuhraya lain memberi bantuan aku perhatikan hanya seorang matrempit yang meriba mangsa di bawah terik matahari, manakala yang lain berteduh dibawah jambatan berhampiran..Apa punya kawan laa..Berseronok beramai, berduka lantak engkau lah..

Kepada riders di luar sana berhati-hati semasa menunggang motor..

No comments:

Post a Comment