Berikut adalah tambahan kepada info Jerangkap samar1, Jerangkap samar 2 dan Jerangkap samar 3
MOTOR KECIL JOIN MOTOR BESAR DAN SEBALIKNYA
Memang bahaya sebab si kecil akan memerah motor ke limit maksima dalam apa jua keadaan dengan harapan tidak tersisih dibelakang..Yang pasti motor tidak mampu menggalas cabaran..Silap percaturan terperosok dalam semak..
Motor besar join motor kecil pun bahaya..kena pula ada rider kecil suka mengacah si besar. Dek kerana tak tahan acahan, mula le yang besar beraksi diluar kemampuan diri. Ego punya pasal..
TAYAR BOTAK
Yang ini jangan main-main.. Apabila tanda tukar tayar sudah kelihatan jangan bertangguh, jika tidak anda akan membayar dengan harga yang jauh lebih mahal..Pomen bergerak memang sentiasa bersedia, tapi dengan harga sembelih..Kalau motor besar pulak bersedialah dengan kos tambahan transport untuk mengangkut motor anda..Bukannya murah..
Tapi harga ini adalah 'nothing' kalau nak dibandingkan dengan nyawa yang dipertaruhkan..Pergh aku tak dapat bayangkan kalau tayar motor tiba-tiba pecah semasa sedang memecut..Memang tidak berbaloi.. Berjimat tak kena tempat..
KENDERAAN MEMASUKI SIMPANG
Jaga-jaga bila anda menggunakan lorong kiri. Kenderaan berhenti dihadapan anda mungkin sedang memberi laluan kenderaan arah bertentangan untuk memasuki simpang. Kenderaan membelok anda pun terjah..Minggu lepas seorang geng riders maut di Kemaman dalam situasi ini.
salam bro,nak comment sikit bout motor besar join motor kecik and sebaliknya
ReplyDeletemacam ni,dari pengalaman saya main motor yang tak berapa lama ni,pernah jugak dulu2 konvoi dengan abg2 bermotor besar ni padahal saya cuma guna moped je,memang kena perah maksimum sebab nak ikut speed tu,tapi kene be caution 110% lah and alhamdulillah takde apa2 jadi time konvoi tu,hehe
and pasal motor besar join motor kecik tuh,ego tu kena buang la,kalau tak memang bahaya,apa2 pun bro,nice blog u have here!
^_^
^_^