Thursday, November 11, 2010

TERJAH 1MALAYA bersama x9



RINGKASAN...

Kalau xpdc aku sebelum ini meliputi negeri-negeri di sebelah utara semenanjung dan diteruskan ke SegitigaEmas Thai-Myanmar-Laos., ride bersama geng skuter x9 pada 5hb Nov 2010 menjelajahi daerah dinegeri sebelah selatan semenanjung..,Selangor, N.Sembilan, Pahang, Johor dan Melaka.. Lepas ride nanti seolah lengkaplah satu semenanjung aku dah cover dengan bermotorsikal... Kira dah khatam muqaddam dan mula berjinak masuk quran lah pulak..Bila dah masuk quran tetiba kawan ajak merangkak baca muqaddam,,alamak rasa hilang syoknya..maaf yea teman-teman,kecualilah kalau ada program-program menarik, inginlah juga aku sertai..jika tidak,lebih baik aku simpan bunga tayar untuk tugasan kerja harian aku je..he,he..

Aku rasa masih ramai mat-mat motor diluar sana yang terlepas pandang xpdc keliling Malaya ni..Banyak tempat-tempat menarik yang patut dilawati dengan mempelbagaikan laluan..jangan biarkan motor berpeluh dek kerana panas berselubung selimut daripada berterik matahari berxpdc diluar sana..ha.ha.

Aku memang menanti peluang ride jauh dengan bersekuter x9 nih..Kalau setakat Lembah Kelang dan persekitaran sehingga ke Temerloh, Seremban...dah naik muak aku bawak,sebab skuter x9 nilah teman aku sepanjang hari semasa berkerja..Laluan ride meliputi kawasan tanah tinggi , lembah dan persisiran pantai..., ride yang sangat mengujakan..

Jarak keseluruhan perjalanan selama dua hari adalah sejauh 1100km. Perbelanjaan pula tidak melebihi rm200. Kos minyak RM100, penginapan RM25 dan makan RM70. Sangat berbaloi.

Tapi untuk aku terdapat perbelanjaan tambahan akibat kemalangan yang aku alami untuk membeli rim serta tayar, mengambil semula skuter dan perbelanjaan upah baiki skuter yang akan diperinchikan kemudian..


Ikuti coretan ride pada post berikutnya..

No comments:

Post a Comment