Wednesday, December 22, 2010

Kembara Seoul-Perspektif berbeza...

Ha.ha aku nak berkembara jauh lagi...21 Disember sehingga 26 Disember 2010. Route aku kali ni KL-Jakarta-Seoul.. Naik motor paling tidak 15 hari sehala...barangkali lah.. sebab aku pun tak pernah pergi lagi.. tapi kalau tengok di forum-forum motor aku ingat lebih kurang macam tulah.. Xpdc bermotor ke China pun paling kurang RM15k seorang diperlukan, itu belum campur kos nak pos motor ikut laut lagi.. Kalau ikut jalan darat confirm tak lepas nak masuk Korea Selatan melalui Korea Utara, macam kat Myanmar jugak., lagipun sekarang kan hubungan sedang tegang antara KU dan KS....Argh mahallah..lebih baik aku ambik jalan pintas.. Naik tikar terbang...Aku tambah 4 ribu lagi dah boleh bawak anak beranak, 6 orang termasuk aku...

Bab berjalan dengan famili ni aku langsung tak ambil kesah sangat..biar bini aku yang uruskan...lagipun malas nak berbalah...aku nak macam ni, dia nak macam tu... Malas nak fenin-fenin laahh. aku mengalah je...Tapi kalau belanja mahal-mahal aku rejek..ha.. ha ..

Kembara kali ini aku cuba lebih menghayati persamaan dan perbezaan antara kembara bermotor ikut jalan darat dan kembara ikut jalan udara...Coretan kembara pun ingat nak suruh je anak-anak aku yang tulis...sedang eloklah tu..6H5M. Aku pun nak rahsiakan diari diorang tu, aku nak post dalam blog aku...Anak aku yang ikut 4 orang dan sorang lagi tak dapat ikut sebab belajar di Mesir. Aku nak sentuh berkenaan perjalanan keseluruhan saja.. Aku nak cerita ikut perspektif berbeza...tunggu yea..

1 comment:

  1. Selamat mengembara...

    Sabar menanti untuk membaca pengalaman...mana tau satu hari nanti saya pun nak buat juga...

    Cuma setakat la ni...bercadang nak ride pusing semenanjung dulu...

    ReplyDelete