Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah..

Selamat menyambut Maal hijrah...

Sempena Maal hijrah ni aku ingin menyentuh hal nih gak memanjangkan apa yang aku dengar dari ustaz semasa kuliah suboh baru-baru ni. Kalau ikut sejarah semua nabi berhijrah semasa hayatnya. Untuk mendapat penghidupan yang lebih baik/lebih kaya mau atau tidak kita mesti berhijrah..Nak contoh mudah cuba lihat teman-teman kita yang sedari kecil tidak pernah keluar dari kampong halaman, kehidupan mereka pasti jauh ketinggalan berbanding mereka yang berani bermastautin ke tempat lain. Orang yang berhijrah sentiasa berusaha untuk keluar dari zon selesa...resipi utama untuk berjaya dan kaya..

Untuk mendapat zuriat yang baik pun mesti berhijrah mencari pasangan yang jauh tali persaudaraan dengan kita...memang terbukti secara saintifik..

Untuk berubah sikap kepada baik pun mesti didulukan dengan hijrah fizikal..baru dapat berubah spiritual dengan berkesan..tips berguna untuk mat rempit,kaki dadah,kaki betina,kaki rokok dsb..kena tingalkan persekitaran dan membawa diri ketempat lain untuk mengelak bercampur dengan geng-geng berkarat lain...

Suka berekspedisi pun bertepatan dengan konsep hijrah ini. Dengan mengembara dapat meluaskan pemandangan dan pengalaman., pastinya akan mendapat manfaat lebih baik dari apa yang ditinggalkan. Ilmu dan pengalaman yang dikutip sudah tentu boleh diterapkan dalam menempoh kehidupan seharian.Berhijrah dapat mengajar berjuang demi survival..mengoptimumkan bekalan yang ada..semangat juang orang yang mengelilingi dunia sudah tentu tidak sama dengan orang yang merentas dua benua sahaja..orang yang suka berxpdc sudah tentu berketerampilan berbeza berbanding dengan orang yang memerap di rumah sahaja..dan begitulah seterusnya..

Melalui berkembara juga mudah untuk kita mengenali sahabat sejati atau sekadar teman. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berhijrah sebab islam itu dinamik..Islam memberi keistimewaan kepada orang yang sedang berhijrah antaranya 1. solat lima waktu boleh dijamak dan di qasar,2. Solat jumaat dikecualikan,3.Puasa boleh ponteng tapi mesti ganti laa,4.Doa orang bermusafir adalah mustajab..

Setelah mendengar kuliah ustaz semakin berkobar-kobar aku untuk berxpdc..sebab aku nak kaya… Dunia dan akhirat!

Bagaimana dengan anda...?

No comments:

Post a Comment