Wednesday, January 19, 2011
Kembara Laos,Kemboja-Dengan Scooter..?
View Larger Map
Kuala Lumpur-Hadyai-Huahin-Nakhon Pathom-Suphanburi-Singburi-Nakhon Sawan-Pithsanulok-Kon Kean-Mukdahan-Savanaketh(Laos)-Poipet(Kemboja)-Pattaya-Huahin-Hadyai-Kuala Lumpur.
Jarak perjalanan dijangka melebihi 5000km
Benar dengan skuter. Motor besar aku walaupun destinasi berbeza tapi dah pernah pergi jadi kali ini aku nak bawak skuter aku pulak..baru adil..ha ha..
Bermula pada 28 Jan - 8 Feb 2011. Setakat ini 7 orang telah mengesahkan penyertaan. 2 biji skuter x9 dan 5 biji skuter vespa.. sempena cuti panjang Tahun Baru Cina dan cuti hari wilayah, kami mengambil peluang berkelana ke negara orang, berjalan jauh dan meluaskan pemandangan. Aku harap ada manfaat yang akan kami perolehi sepanjang kunjungan kami..Sehingga artikel ini ditulis aku belum bersua lagi dengan peserta-peserta..aku tak kenal lagi pun, hanya berhubung melalui talifon dengan seorang peserta Izam yang aku kenal semasa ride ke Rembau tahun lepas...
Ride pada Oktober 2010 lepas adalah menjelajah daerah sebelah barat dan utara Thailand yang bersepadan dengan Myanmar dan Laos, ride kali ini kami beralih arah sebelah timur Thailand pulak..walaupun kunjungan main acah-acah daerah Laos dan Kemboja yang bersepadanan dengan Thailand, tapi kira ok lah untuk permulaan, mungkin akan datang menjelajah betul-betul daerah-daerah di negara tersebut.
Aku pasti check point Bukit Kayu Hitam/Sadao akan ramai dengan mamat motor yang berxpdc ke negara utara Malaysia nih..2,3 group yang aku kenal sudah pun mengesahkan akan ke sana. Oklah tu mula berxpdc ke negara jiran sebelum melebarkan lagi xpdc ke negara lebih jauh lagi nanti...
Inilah penyakit berxpdc...bila dah mula..destinasi akan semakin menjauh...Bila dah pergi jauh, pergi yang dekat dah rasa takda stim..Peergh..!
Jangan jemu ikuti perkembangan xpdc dalam post akan datang ok...
salam...
ReplyDeleteseronoknya...
selamat berkelana dan berxpdc..
saya mungkin akan round-round semenanjung dulu... ambik pengalaman.. baru nak keluar negara...
ha ha, ambil kesempatan cuti panjang hasmizal...
ReplyDeletekang latep,
ReplyDelete...dont worry be happy, see ya on 28th jan for our On Smaller Wheel: Isaan & Mekong Crossings, semoga perlindunganNya senantiasa bersama kita...amin
tentu2...aku baru balik servis motor tadi..harap semua berjalan lancar
ReplyDeletePengembaraan paling hebat yang pernah aku baca... tabik spring
ReplyDelete