Monday, January 24, 2011

Takda kerja cari kerja...

Preng..preng..preng.. geng scrambler mini...

Ini perlu lebih praktis,ha ha..jumpa bukit dah tolaak basikal..
ergh..ergh.. ergh.. orang muda pun mengah ke naik bukit.....apalaa..!



Bocor lagi...brader belakang tu terlupa nak tahan nafas, perut memburai..ha ha ..



Duda berpunya...4 hb Feb ni nak nikah...sorry aaa wa tak datang...





Bagi mamat yang suka berlumur losyen satu badan memang tak sesuai aktiviti ini untuk korang..panas beb...naik birat/berkarat muka ha ha...
Mahadi,rahim,zaki,ghazali..yang lain aku lupa...he he target nak ingat dua nama, dapat ingat lebih bonus lah tu..

Perancangan asal memang nak ke Serendah, tapi di saat akhir batal sebab ada jemputan akikah cucu sedara ha ha..dah mbah lanang aku wei..(mbah lanang-Atok lelaki) dan kebetulan juga kawan lain pun ada hal jadi kayuh je kat trek 'home ground'.

Seperti yang sudah-sudah,ride kali ni pun jumpa geng basikal baru yang kebetulan melayan trek yang sama. jiran setaman je..sebelum-sebelum ni mungkin pernah berlaga bahu kat pasar malam, masjid dsb tapi bila dah bersua semasa sama-sama berbasikal yang tak kenal pun boleh jadi mesra...dah bertambah geng basikal aku...ha ha..

Aku telek-telek geng baru ni erm sah aku jauh lagi senior...bagus adik-adik dari melepak tak tentu hala lebih baik beraktiviti berfaedah macam ni...Korang agak lah kalau anak anak muda tak beraktiviti macam ni agak-agak apa yang mereka buat di hujung minggu nih...aku rasa salah satunya adalah tidur, he he.. aku pun..selepas belek-belek surat khabar sambil baring sedar-sedar surat khabar dah menutup muka..bangun tidur pergi dapor cari makanan..membedal..ish-ish patut pun penyakit jantung dah mula menyerang orang-orang muda ...tapi kalu dah beriadah penyakit nak datang juga, apa nak buat..takdirr..

Sampai Sungai Buaya jumpa pulak gerombolan motor scrambler mini..pun nak melayan offroad..aku ingat ada 20 orang lebih. Anak-anak muda jugak..Pergh, preng..preng..preng! aku tegur dari mana, nak ke mana...group mana..,ha ha saja nak beramah mesra...tapi diorang tak kenal pun semua peserta..semua ni penangan berfacebook la..kenal kawan atas kawan..atas kawann...Elok dimanfaatkan kepada yang elok ok...wujudkan rangkaian kerjasama antaranya...

Minggu depan basikal aku rehat panjang sebab aku nak layan skuter pulak..ha ha..Thailand/Laos/Kemboja..! I'am Coming..
Alamak motor besar aku...! rehat panjang jugak..ish..ish..ish

No comments:

Post a Comment