Ustaz yang datang masjid beri kuliah di taman aku selalu ingatkan jemaah supaya bawak buku catatan bila ada kelas pengajian., tapi lebih 90 peratus datang tangan kosong,,termasukle aku..bukan apa ustaz terlupa laa...ustaz pun tak tau nak peringatkan macamana lagi...kekadang tu sampai dia sebut...sepatutnya anak murid yang kena bawak buku/kitab ini terbalik, ustaz pulak yang bawak sebeban buku. anak murid datang berlenggang..Maaf ustaz yea . Jadi sementara aku ingat ni maka aku tulis disini diantara kandungan kuliah magrib tadi untuk rujukan aku dan dalam masa yang sama dapat dikongsi dengan pembaca diluar sana . semoga sama-sama bermanfaat.
Petikan hadis nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a lebih kurang maksudnya apabila matinya anak adam maka terputus semua amalan kecuali tiga
1. Sedekah jariah- orang cerdik suka bersedekah jariah. . Kelebihannya semasa di alam barzakh sementara menunggu dibangkitkan pada hari kiamat pahala akan diperolehi berterusan selagi mana amal jariah kita tadi dimanfaatkan oleh mereka yang masih hidup.
2.Ilmu yang bermanfaat- apa jua ilmu bermanfaat patut dikongsi bersama. Walaupun sedikit, mana tahu dengan asebab ilmu sedikit yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.., kita juga yang untung..
3.Anak yang soleh- eloklah kita biasakan bersama anak-anak berdoa untuk emak ayah, atok nenek. semoga dengan latihan ini, anak anak kita jadi terbiasa untuk mendoakan kita semasa kita sudah tiada didunia ini nanti..
Sebenarnya panjang ulasan ustaz tadi tapi aku tulis mana yang aku ingat lebih kurang macam inilah. kalau tersalah fakta tu mohon diperbetulkanlah yea..semoga juga dengan aku memanjangkan apa yang aku dengar ni termasuk juga dalam kategori berkongsi ilmu yang bermanfaat. Wallahualam

No comments:
Post a Comment