Monday, April 25, 2011

Pergh...Pagoh lagi..!

Kacau betul laa..., selalu terbayang imej ni...Sumber gambar dari web SBM


Aku tak tau tetiba je rasa gementar sehingga terpaksa berhenti sebentar di R n R Pagoh arah selatan.. 500 m sebelum susur masuk R n R telah berlaku kemalangan lagi, 2 biji kereta terlibat pada Ahad semalam semasa aku ride sorang-sorang ke Johor..Masa aku sampai kenderaan masih tersadai di lorong perlahan manakala bumper kereta bersepai ditengah-tengah lebuhraya.. kejadian berlaku  ketika hujan lebat..segera aku teringat post yang aku baca di web SBM berkenaan superbike yang terperosok dicelah-celah tayar lori di lokasi sebelum susur keluar Pagoh arah utara.. Pergh..Pagoh lagi..!

Sebelum tu mujur aku memperlahankan motor kerana membiarkan bas memotong kenderaan dihadapan, jadi sempatlah membrek dengan selamat dalam keadaan jalan basah...ditakdirkan bas tu tiada dihadapan aku mungkin serpihan bumper yang berterabur dilebuhraya menjadi perangkap maut ..dalam keadaan hujan manalah perasan sangat halangan dihadapan..

Ada hikmah juga suzuki aku rosak, sebab perancangan asal memang aku nak test ride motor baru aku tuu..aku tak biasa lagi dengan posisi tonggangan,sistem brek dll.. argh.mujur..mujur..


2 comments:

  1. Bang Latep, masa accident kat Pagoh tu, saya ada lalu jalan tu, tapi dengan kereta. Memang jammed. tetiba ternampak sekujur tubuh still dalam helmet lagi terbaring tengah jalan.
    Tak nampak motor pun masa tu. Dalam 200m kedepan, ada sebijik trailer berhenti di lorong tepi. Tak perasan sangat dari jauh. Bila dah dekat sebijik Z1000 dah melekat kat belakang. Pherggh, syahdu dan insaf betul terasa. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. anak anak arwah...mnurut cerita drpda saksi,,arwah dihalang oleh sbuah kereta wira warna merah dan mnyebabkan beliau tidak dpt mencelah dan akhirnya melanggar blakang lori treler tersebut..bila moto kawa z1000 itu dibawa ke balai,sye telah menitiskan air mata sye dgan melihat sndri bertapa teroknye moto arwah..diikutkan hampir stengah moto itu hancur...dan di sbm pula ader yg mmberitahu yg tiada kereta langsung yg mnghimpitnye..tapi dier mmberitahu lagi yg arwah smpat melihat dier sebnyak 2 kali..setahu saye jika arwah melihat ssorg itu 2 atau 3 kali,,mksudnye mereka tidak mmandu ngan cermat ngan terburu -buru...

    ReplyDelete