Bermula esok 13hb sehingga 22hb aku akan mengembara lagi...Lepas solat Jumaat akan terus ke LCCT.. Flight dalam pukul 5 ptg. Insyaallah Jumaat malam Sabtu kami akan bermalam di Medan...Sepanjang 10hari tu aku tak bersiaran lah nampaknya..Keperluan kembara rasa macam dah selesai. Lesen antarabangsa pun dah setel. Duit bekalan sekejap lagi nak tukar..Pak Dollah dari Medan Indonesia pun dah banyak kali telefon mintak pengesahan..."jadi tak jadi...hondanya suda baguus"..."Insyaallah Jadii Pak..! " malam ni nak pack barang...ikut pengalaman sudah-sudah, aku tak nak bawak banyak pakaian...aku nak beli saja t shirt di sana saja disamping boleh dibuat koleksi kenangan...sapa yang nak sovenir boleh le aku beri pakaian yang aku dah guna..he he..
Doakan keselamatan kami yea...
Doakan keselamatan kami yea...