Saturday, May 28, 2011

Tinggalan tsunami di Banda Acheh....


En sulaiman tanpa baju dan pemuda kanan sekali adalah sisa-sisa tsunami. Yang dikanan tu masih kanak-kanak lagi semasa kejadian.Rumah dibelakang tu adalah peninggalan tsunami yang terselamat. manakala yang lain ranap samasekali... Di rumah itu ramai nyawa terselamat termasuk isteri En Sulaiman yang sedang sarat mengandung...
Rata-rata mangsa ditemui tidak menyangka air akan naik begitu jauh ke daratan. En Sulaiman tergelak-gelak mentertawakan orang yang berteriak mengatakan air laut menghampiri kampung mereka. Kedudukan kampung adalah 8km dari pantai. Mana mungkin air laut boleh sampai ke situ. Mereka tidak pernah mendengar dan melihat fenomena tsunami sebelum ini.


Tiba-tiba ombak besar mengganas didepan mata, masing-masing bertempiran cuba menyelamatkan diri. Menurut mereka adalah mustahil untuk lari dari ombak besar kerana ombak datang dari segenap penjuru seolah-olah mengepong mereka. En sulaiman bagaikan antara hidup dan mati tersangkut dicelah-celah runtuhan bangunan tidak sempat ke tingkat atas rumah. Isteri beliau dan beberapa orang lain sempat berlari ke tingkat dua rumah milik penduduk setempat. Rumah digambar inilah tempat mereka berlindung . Mereka hanya mampu berdoa, berzikir dan melaungkan azan bila kelihatan ombak berulang-ulang menghampiri tempat perlindungan mereka. Yang ajaibnya apabila mereka azan ombak yang ganas tiba-tiba mengecil..Masyaallah.!

Sekarang ini mereka tinggal dirumah yang didirikan oleh kerajaan atas bantuan dana antarabangsa..Isteri En Sulaiman adalah yang berkain biru kotak-kotak...


Makcik Supi ni turut terselamat. Ombak bergulung-gulung bagaikan dalam mesin basuh. Air hitam pekat berlumpur. Patut pun ramai mangsa yang terbunuh dijumpai tanpa pakaian di badan., kesan putaran ombak. Bergenang air mata bila mengimbau semula kejadian 7 tahun dulu, mengambarkan betepa azabnya malapetaka yang menimpa..



Ketinggian ombak mencecah 15m, menghampiri pucuk kelapa, jadi tidak hairanlah kalau kapal ini turut hanyut dibawa ombak sehingga 8km dari pelabuhan. Sekarang kapal  ini diabadikan sebagai tugu peringatan mengingati kejadian tsunami. Kini bertali arus pengunjung dari segenap pelusuk dunia yang ingin melihat sendiri kesan malapetaka hebat abad 21 yang mengorbankan lebih 200000 ribu nyawa. Kedukaan lampau sedikit sebanyak terubat bila rezeki penduduk setempat bertambah dengan wujudnya tugu tarikan pelancong di kampong mereka..

Sebuah muzium mini turut diabadikan dikampong ini...Berdasarkan gambar-gambar ini memang betul kebanyakan mangsa tanpa pakaian dibadan semasa ditemui...mengapa..? Wallahualam..

bersambung di entry akan datang...

No comments:

Post a Comment