Saturday, July 23, 2011

Hangat-hangat taik ayam...?

 Sempena hari Sabtu, hari beriadah aku nak tulis pasal peralatan beriadah nih....sudi-sudikanlah membaca yea..

Sebelum dapat memang semangat. Walaupun mahal pelbagai alasan diberikan untuk mewajarkan sesuatu pembelian. bila dah dapat selalunya untuk 2 bulan pertama tu hari-hari berkepit dengan barang/peralatan baru..Masuk bulan ke3 mula kerap pastu jarang-jarang pastu kadang-kadang dan kesudahannya bersawang..ha ha..beginilah nasib peralatan sukan yang ramai jugak tak kira  lelaki atau pompuan berebut-rebut membeli dulu...selepas 6 bulan, cuba cari kat mana barangan tersebut berada...ada yang bawah tangga, dalam stor  bawah katil dsb..

Mujur program 'AS SEEN ON TV' dah takda..kalau ada lagi ntah berapa banyak lagi produk lain akan terbeli untu mencuba keberkesanannya pula..Dulu pogram ni kan kerap mempromosi barangan/peralatan sukan/kesihatan. .eazy glider la, treadmill la, bola besar la..sauna la..argh macam-macam lagilah.. aku yakin ramai yang membeli kerana terpegun dengan model model yang memiliki potongan badan cantik setelah menggunakan produk tersebut.. Tapi percayalah takda sesuatu perkara yang diingini boleh dimiliki hanya dengan usaha hangat-hangat taik ayam saja..model-model tu berjaya kerana telah melalui modul-modul senaman sistematik berterusan. sebab tu hasilnya memang menakjubkan..tapi kalau mencuba peralatan ikut sempat saja..ermm aku yakin ramai yang akan kecewa separuh jalan kerana hasil yang diharapkan tak sebagaimana yang diingini....Bagi yang dah terbeli jomlah guna semula barangan tersebut...ha ha..

Pssst..psst...bini aku pun banyak juga membeli peralatan tersebut...tapi kini bila ada promosi macam tu di TV cepat-cepat dia tukar siaran sebab takut nanti aku mula berkhutbah panjang..kah..kah..kah...

2 comments:

  1. :D Kang.. Rancangan tu dah ada balik kat TV sekarang ni!

    Berhati-hatilah.. kerana ia bakal mendorong pembelian impulsif. hehe..

    ReplyDelete
  2. Alamak nif...mesti ada gaduh lagi nanti..he he..

    ReplyDelete