Saturday, July 2, 2011

Tips hidup senang ..2

Ikuti sambungan tips hidup senang sebelum ini

5. Belilah hartanah

Ramai anak muda yang silap memberi keutamaan. Mereka lebih rela berhabis untuk bergaya berbanding melabur untuk kesenangan akan datang. Ramai yang sering bertukar-tukar handphone canggih seiring dengan model baru hatta sanggup berhutang kerananya. Tapi kalau dengan memiliki peralatan canggih ini akan lebih mendatangkan pendapatan..kenapa tidak..Seorang usahawan yang pakcik berpeluang menemuinya, memiliki 2 buah helikopter., selain untuk kegunaan peribadi kenderaan yang dimiliki itu dapat menjana pendapatan mewah beliau.

Ramai yang rela menyewa flat/apartmen daripada membeli sedangkan zahirnya memiliki kenderaan yang lebih mahal dari flat/apartmen itu sendiri. Elok saja duit yang terbazir melalui merokok...bergaya tak tentu hala, dikumpul untuk membayar pendahuluan membeli hartanah... Ketahuilah pelaburan yang tak akan rugi adalah hartanah. Ramai kawan-kawan pakcik yang hidup senang kini kerana membeli hartanah semasa muda...bukan 1, 2.. bahkan ada yang berbelas..!

6. Mempunyai Bisnes sendiri

Nabi dah bagitau 9/10 sumber rezeki berpunca dari perniagaan. Jadi pasanglah azam untuk memiliki bisnes sendiri. Mulakan semasa muda lagi kerana komitmen masih tak banyak. Pakcik gembira ramai anak muda kini yang berani memulakan bisnes sendiri. Pilih lah bisnes yang dekat dihati kerana anda akan seronok menguruskannya. Anda akan seronok bila telah menceburkan diri dalam bisness kerana sumber pendapatan akan masuk tak tentu masa..berapa ramai anak muda yang telah menjadi jutawan senyap..lebih-lebih lagi dizaman internet nih..Tapi perlu ingat dalam bisnes pun ada turun naik sebab tu tabungan amat penting..

Kalau dengan menyertai MLM pun boleh menjana pendapatan lebih...kenapa tidak...? selidik kesesuaian dengan jiwa anda..

7. Bersegera membayar hutang.

Berhutang memang lazat, tapi nak membayar semula adalah azab..Hanya dengan kesungguhan, hutang boleh dilangsaikan.. Masalahnya ramai yang buat-buat lupa bila berhutang...Samada hutang sedara mara, sahabat handai atau dengan institusi bank..Untuk berdaya maju mesti membuang sifat bertangguh membayar hutang.. dengan cara itu orang-orang disekeliling turut membantu memberikan modal berupa kredit terutamanya dalam bisness. Percayalah kalau adik-adik liat membayar hutang semua orang akan menjauhkan diri dari anda...nak berkembang macamana...?

Semoga Pakcik jua memperolehi manfaat dari tulisan ini..

Ikuti sambungan lagi dalam entry akan datang...

2 comments:

  1. Tips yang baik untuk dijadikan panduan hidup.

    Memang tiada jalan mudah untuk hidup senang. Berusahalah sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  2. berakit-rakit ke hulu, berenang-rening ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang2 kemudian...

    ReplyDelete