Tuesday, August 30, 2011

Lagi pasal PPMSI...

Kalau kerajaan bersetuju mengenai cadangan PAGE untuk mewujudkan PPMSI disekolah terpilih maka akan berpecah lagi sistem aliran sekolah...Seolah-olah mewujudkan sekolah berteraskan bahasa .. Sekolah berbahasa melayu, inggeris, cina ,tamil dsb..Tiap-tiap satu sekolah mempunyai ideologi masing-masing.., jadi bila masa rakyat nak bersatu..? sebab tu dah 54 tahun negara  merdeka masih ramai yang tak pandai cakap melayu.. kata bahasa kebangsaan negara..! Cuba korang tengok yea..bila mat salleh bermastautin 1 tahun cukup di Thai atau Indonesia..garenti mereka akan pandai bertutur dalam bahasa negara tersebut...tapi di Malaysia ..? bukannya orang luar..warganegara sendiri  yang dah nak masuk lubang kubor pun masih ada yang tak bandai berbahasa kebangsaan...!..terok tak terok..! Kenapa jadi begini..? Kerajaan tak tegas melaksanakan dasar pelajaran nasional..

Atas desakan politik mungkin sijil sekolah menengah persendirian pun akan diiktiraf untuk digunapakai semasa memohon ke universiti awam...Sekiranya tiada sekatan dan larangan , apa kepentingan dan keperluannya untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan tersebut..Peluang masih terbuka luas walaupun sepatah haram tak pandai berbahasa kebangsaan..Nak kata susah dapat kerja..? mereka kuasai ekonomi..nak kata susah untuk berurusan dengan kerajaan..? nampaknya kerajaan pun dah macam tak kesah nak guna bahasa apa  semasa berurusan dengan mereka...banyak surat dari pihak swasta ke kerajaan dalam BI kerajaan tak berapa ambil peduli pun..GLC..? langsung tak boleh diharap..harapkan pagar,,pagar makan padi...Korang pergi ke Bank-bank.., bahasa apa yang terpampang dalam brosur-brosur diorang..kesudahannya saranan supaya rakyat bersatu hanya retorik..diluar seolah tenang tapi didalam bergelojak..Bertindaklah sebelum terlambat..

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari raya, Maaf Zahir Batin...

Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri..Maaf zahir batin kepada semua pengunjung yang sudi menjengok blog ini...mana tau walaupun kita tak pernah bersua atau pun kenal tapi entry-entry yang aku sajikan mungkin mengguris hati pengunjung semua...Kalau raya tahun lepas hari kedua kami dah balik semula ke rumah sendiri kerana ada anak yang nak ambil SPM, tapi kali ini seminggu kami akan berada dikampong kerana adik dan anak sedara sebelah bini aku pulak yang nak bernikah..jadi sepanjang tempoh seminggu tersebut takdalah entry baru...kalau terjengok juga blog ini sudi-sudilah baca entry-entry terdahulu...

Kepada yang berbondong -bondong balik ke kampong..semoga perjalanan kalian dan kami selamat. Amin

Sekali lagi Maaf Zahir dan Batin...


Saturday, August 27, 2011

PPMSI punya hal..sambungan

Sambungan cerita aku semalam...

Aku ada terbaca bilangan golongan pertengahan melayu sekarang mula melonjak naik..Soalan aku.., Kenapa nak cantas trend ini..?! Kalau dulu amat sukar nak tengok orang melayu hidup mewah, berkereta besar dsb tapi kini bersepah-sepah..Peningkatan ekonomi keluarga bergerak seiring dengan peningkatan pencapaian pelajaran. .Aku yakin dasar pelajaran menggunakan bahasa ibundalah penyebab peningkatan itu...

Aku berada dizaman peralihan dari zaman peperiksaan LCE kepada SRP dan MCE kepada SPM... bermula dari aku kebawah .., adik beradik aku kira boleh la pergi jauh dalam pelajaran. Aku dan sorang adik aku boleh je sambung belajar sampai luarnegara... berbanding dengan abang-abang dan kakak-kakak aku yang terdahulu yang terpaksa mengulang 2, 3 kali  untuk lepas peperiksaan.. Itupun disebabkan bapak aku yang berfikiran panjang menyekolahkan semula anak-anak walaupun gagal kali pertama ..kedua.., walaupun terpaksa bergolok bergadai..kalau dia ambik pendekatan mudah nescaya abang dan kakak -aku tak berpelajaran sampai sekarang..! sebagaimana yang terjadi terhadap ramai orang  dikampong aku.. Ergh takkan adik beradik yang keluar dari perut yang sama, benih dari orang yang sama  , pencapaian pelajaran jauh berbeza...?!

Masih segar dalam benak aku yang bertegang leher dengan bos lama aku dalam mercedes beliau sewaktu dasar PPMSI ini mula diperkenalkan dulu..."ingat bos boleh bawak merc ini ke kalau bos tak diberi peluang menimba ilmu..!', dan napa perlu diwujudkan dasar yang akan mencantas peluang orang lain untuk menikmati kedudukan ekonomi yang lebih baik..?!" .Kalau dasar ini diteruskan aku percaya kita telah membunuh potensi peningkatan golongan pertengahan dan ke atas...selama tulah kita akan jadi orang suruhan dan kuli...

Kepada yang beriya-iya sangat setuju dengan dasar ini ,,Fikirkanlah..anda sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri..!

Friday, August 26, 2011

PPMSI punya hal...

Isu PPMSI muncul lagi...,walaupun agak tenggelam berbanding kes mahkamah DSAI. Aku dari mula ianya diperkenalkan dulu memang sangat tak setuju pasal PPMSI nih. Walaupun fakta kajian tak ada masa tu tapi aku optimis PBMSI akan beri kesan buruk jangka panjang kepada anak-anak melayu. Masa mula diperkenalkan dulu aku bertaruh dengan kawan aku PPMSI akan dimansuhkan dan ternyata dugaan aku betul. tapi yang aku jadi hangin sekarang masih ada lagi suara-suara yang diterajui oleh PAGE nakkan semula PPMSI disekolah-sekolah terpilih. dan yang aku menyampah kerajaan sedia mengkaji semula saranan itu...Apa punya haprak...! Yang meminta bangang dan yang meluluskan nanti pun bangang...ish geram aku..!

Sebab apa aku sangat tak bersetuju...

1..Masih ramai orang melayu duduk di luarbandar dan pendalaman.. Golongan ini akan terpukul teruk dengan dasar ini. Mereka dinafikan ilmu.,sedangkan untuk memperbaiki taraf kehidupan, ilmu amat diperlukan. Prasyarat untuk berhijrah kedunia yang lebih luas dengan yakin hanyalah dengan ilmu. Maka adalah zalim memperkenalkan  dasar yang boleh membunuh minat belajar pelajar kerana menyukarkan pemahaman mereka. , Dengan bahasa ibunda pun mereka terkial-kial untuk memamahami subjek yang diajarkan apatah lagi dengan bahasa asing... Disebabkan hilang minat belajar dikhuatiri kadar keciciran akan meningkat..

Jangan cerita laa anak-anak orang kampong  hatta anak-anak yang duduk dipekan/bandar pun belum tentu semua faham tentang apa yang diajarkan. Aku yang berpelajaran ni pun tergeliat otak bila anak-anak bertanya semasa membuat kerja sekolah..boleh korang bayangkan bagaimana ibubapa yang berkerja kampung  boleh membantu anak-anak sekiranya mereka sendiri tak faham apa yang dituliskan....?! Kalau tetap juga diteruskan nescaya semakin melebar lah jurang ekonomi si kaya dan si miskin...

ikuti sambungan esok kenapa aku sangat menentang PPMSI

Thursday, August 25, 2011

Dia nyaris tersungkur...!


Susah juga kalau terlebih ramah dan kekadang boleh membahayakan diri..beginilah yang terjadi pagi tadi di lebuhraya GCE menghala Shah Alam sebelum susur Kg Melayu Subang / Kota Damansara. Dari jauh lagi aku dah perasan mamat ni yang bawak motor sport berdasarkan cara tonggangannya serta kilauan lampu  yang sangat pantas menghampiri aku. Aku yang sedang menonggang pada kelajuan lebih 150km/jam segera masuk lorong tengah untuk memberi laluan kepadanya, mungkin menghargai tindakan aku atau sebagai isyarat kami geng motor dia telah mengangkat tangan kearah aku, tapi apa yang terjadi motor dia bergoyang hilang kestabilan kerana tiba-tiba terlanggar lekuk jalan yang tak rata..fuhh..! mujur tak tersungkur kat situ juga..Pada aku semasa membawa motor pada kelajuan tinggi tak payahlah memberi apa-apa isyarat sehingga terpaksa melepaskan handle motor..sangat merbahaya tuu..kalau nak buat juga cukuplah sekadar menganggukkan kepala...

Kepada mamat motor lain, kalau terperasaan aku tak buat apa-apa isyarat semasa berselisih dengan korang nanti jangan ingat aku sombong ok...sebenarnya aku gayat...!, tambah-tambah lagi bila terkenang peristiwa pagi tadi..he he..

blangkas

 
Posted by Picasa

Bila check galeri gambar lama, terjumpa gambar masakan belangkas masak sambal...

Argh baru-baru ni sedang kami sembang-sembang pasal makan dibulan puasa terkeluar cerita pasal belangkas...ada yang cakap boleh makan dan ada yang kata tak boleh.. tapi pasal telur belangkas semua berpendapat sama iaitu boleh makan...aku pun tak arif pulak akan hal ini...seingat aku,  banyak kali jugak aku  membedal belangkas masak sambal kat Kota Tinggi sebelum ni... Warong disebelah stor JPS kota Tinggi tu amat popular lah sehingga terdapat artikel mengenainya disuratkhabar..artikel tu terpampang didinding kenyataan warong itu...aku konfius ni..ada sesapa boleh tolong...?

Tuesday, August 23, 2011

Akibat derhaka kepada ibu...


Gambar ini tiada kaitan dengan cerita yang dipaparkan.., hanya sebagai peringatan, mungkin kecilakaan yang menimpa kita adalah sebagai kifarah atau balasan dosa yang kita lakukan...wallahualam..


Tak silap aku 3 hari lepas terbaca pasal seorang remaja perempuan yang maut kena sambar petir di Kelantan., Sebelum itu beliau berselisih faham dengan ibunya yang menegur dia kerana asyik bergayut handphone saja. , barangkali sebab tak puas hati remaja itu belah gitu saja dari rumah dan amat bernasib malang terkena panahan petir sewaktu membawa diri serta maut ditempat kejadian... sehari selepas kemalangan dipaparkan disuratkhabar, terdapat ulasan berkenaan kejadian itu tapi lebih kepada bahaya menggunakan telefon bimbit diwaktu hujan...

Semalam kes hampir serupa berlaku di taman aku...pemuda dalam awal 20an yang bengang dengan ibunya kerana menegur tak berpuasa, capai kunci dan terus keluar rumah , didapati terlibat dengan kemalangan tidak jauh dari rumahnya. Kereta terlanggar pembahagi jalan, mangsa tercampak keluar mengalami cedera teruk. ,Difahamkan tulang lengan tersembul keluar manakala kawan yang bersamanya mendapat 13 jahitan di dahi..kini mereka sedang dirawat di Hospital. dan yang tak best lagi sewaktu terbabas itu beliau telah merempoh MPV kawan bini aku... MPV turut mengalami rosak teruk..

Dalam dua kes diatas anak-anak tersebut amat bernasib baik kerana dalam situasi sekarang kedua-dua ibu masih hidup., Semoga hati ibunya dilembutkan dengan insiden ini dan memaafkan apa yang terjadi...ditakdirkan ibu yang mati dulu sebelum sempat memaafkan mereka, alangkah malangnya hidup anak-anak itu didunia dan akhirat, tak kan mencium bau syurga...

Kepada anak-anak ingatlah. Jangan sesekali derhaka dengan ibubapa. Balasan Allah akan segera menimpa. Kepada ibubapa ingatlah.. kata-kata kalian adalah doa.

Ya Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah dan jadikan kami ibubapa yang beriman dan bertakwa..Aminn

Monday, August 22, 2011

Simpan.., jangan tak simpan..!



Bukan untuk dijual., hanya untuk tontonan di bilik pameran menjual motorsikal..yang sebelah kanan tu macam aku punya..tapi dia punya macam lagi cantik je..

Nilai motor ni dulu Rm600 pun tak cecah..tapi sekarang cubalah tanya...kalau dah bikin macam ni Rm6000 pun  orang belum tentu mau lepaskan. Bila dah jadi barang antik entah napa tiba-tiba orang mula suka balik...Kalau korang semua perasan., perasaan orang terhadap sesuatu perkara biasanya  memang macam tu la....Mula suka..,tak suka dan akan suka balik..contoh terbaik...Motor Yamaha RD harga pun dah mula   mencanak naik semula...begitu juga dengan kereta kodok valkswagen ataupun mini ..Lepas ni korang tengok  kereta Proton Saga generasi pertama yea..sekarang ni orang mungkin tak berapa suka lagi..tapi tanda-tanda disukai kembali dah mula ada. Setahu aku YAM Sultan Johor ada koleksi kereta tu di galeri kereta baginda. Jadi sesapa yang ada lagi model tu simpan baik-baik...Tak lama lagi naik harga tu beb..sekarang ni kalau ada orang nak beli RM1000 pun mujur, tapi tengoklah akan datang....Masa tu mungkin akan muncul Kelab Proton Saga Gen1..ha ha..

Simpan..,jangan tak simpan...!

Sunday, August 21, 2011

Langgar lari...?!


Pendarahan dalaman barangkali..tengok fizikal luaran nampak macam ok jerk..Kesian anjing ni kan..?, sampai terkangkang  macam tu...tapi binatang ok la..pendek riwayat dia, berbanding dengan manusia, riwayat masih panjang lagi..ada soalan kubor lagi, timbangan amal, titian sirat..syurga neraka lagi..ish..ish..ngeri..ngeri..

Saturday, August 20, 2011

3 Takut yang perlu kita takut...Takut ke 3

Takut no3: Takut-takut kita tidak memperolehi syafaat Nabi Muhamad SAW.

Bagaimana mungkin kita boleh memperolehi syafaat beliau sekiranya didunia ini selalu kita derhaka pada Allah dan rasul.

Pada aku yang patut kita lebih khuatir adalah, kita merasakan kita dah  taat pada Allah dan Rasul tapi sebenarnya masih jauh dari  mencukupi untuk mendapat syafaat nabi diakhirat nanti., sedangkan diwaktu itu berbondong-bondong manusia dalam lautan manusia, meminta pertolongan kepada para nabi dan hanya Nabi Muhamad SAW diberi keistimewaan untuk memberi syafaat utama kepada umat manusia. Bimbang-bimbang nanti nabi tidak mengenali kita., lagi bimbang kalau-kalau nabi langsung tak mau mengaku sebagai umat dia. wallahualam..

Jomlah kita mencari maklumat tambahan perihal syafaat ini semada melalui pembacaan buku-buku., internet dll..

Ya Allah golongkan kami dalam golongan orang yang beriman dan bertakwa...Aminn


Thursday, August 18, 2011

3 Takut yang perlu kita takut...sambungan

Kedua- Takut-takut kita tak boleh menjawab soalan Mungkar Nangkir di alam kubor

Kita perlu gusar tentang perkara ini. Persinggahan pertama sebelum menuju negeri akhirat adalah alam kubor/alam barzakh. Kalau disini pun kita telah gagal nescaya gelap masa depan. Diberitakan bahwa sewaktu jasad dibawa ke perkuburan tiga perkara akan mengikutinya. 2 akan kembali manakala 1 akan bersamanya. 2 yang akan membiarkan  jasad bersendirian adalah saudara mara dan hartabenda dan yang setia menemani dikubor adalah amalan sewaktu didunia. Kalau banyak amalan baik didunia mudahlah menjawab soalan dan kalau sebaliknya maka amat cilaka lah kita ...

Ya Allah golongkan kami dalam golongan orang yang bertaubat...Aminn

Wednesday, August 17, 2011

3 Takut yang perlu kita takut...

Aku nak ucap tahniah kepada ajk masjid taman aku...mereka dah susun pogram dari hari pertama sehingga penghujung puasa dengan pelbagai aktiviti..salah satunya adalah tazkirah ramadhan, walaupun masa yang diberi kepada penceramah hanya 15-30 minit tapi aku rasa memadai..kalau panjang sangat nanti ramai pulak jemaah yang terkulat-kulat gelisah menantikan kalimat terakhir ustaz tu..kesannya pun amat memberangsangkan, sehingga kini jemaah yang hadir berjemaah masih melimpah dari ruang solat utama..

Hati ni ibarat tanah dibendang, kalau lama tidak disirami air ianya akan gersang..sebab tu dibagitau kalau selama 40 hari kita tidak mendengar peringatan-peringatan sebegini hati kita pun akan mati...itu yang buat perkara yang agama tak suka pun kita selamba je...tak sedikit pun rasa bersalah ..

Tazkirah sorang ustaz ni betul-betul terkesan kat hati aku...sebab tu aku nak berkongsi dengan pembaca. 3 takut yang perlu kita takut...

Takut pertama.: Takut-takut diakhir hayat nanti kita tak mampu mengucap syahadah. sedangkan ini adalah prasyarat untuk dijamin masuk syurga..

Bimbang-bimbang nikmat iman dan islam ditarik balik. Nauzubillah..Serangan akidah sedang melanda masyarakat..Gejala murtad sungguh menggusarkan hati. bukan saja gejala ini turut melanda orang kebanyakan bahkan mereka yang berpengetahuan agama pun tak terkecuali...tiada siapa boleh mendakwa boleh terlepas dari fitnah ini..kalau kita tak bersungguh-sungguh menjaga iman dan islam kita..penyelewengan akidah boleh berlaku dengan pelbagai cara..antaranya, terjebak dalam cinta terlarang, termakan budi dek kerana huluran bantuan , kecewa dalam sesuatu perkara atau teruk lagi dipaksa ...

Isssh betul meremang bulu roma aku, takut-takut juga nanti tanpa sebarang notis maut menjemput kita...bukan ke banyak kes kita dengar orang muda yang disangka sihat  tiba-tiba tumbang mati sakit jantung, ...bukan ke selalu kita baca, rakan-rakan sedang bergelak sakan tiba-tiba berdentum maut kemalangan..begitulah antara contoh-contoh yang patut kita ambil iktbar...

Ya Allah berilah kami taufik dan hidayah..Janganlah kau tarik nikmat sesudah kau menganugerahinya..Aminn..

Bersambung...


Tuesday, August 16, 2011

Argh sedondon lagi...!


Baru saja melepasi 2 minggu berpuasa semua dah sibuk bercerita pasal raya, radio pun dah mula tak henti-henti pasang lagu raya..Fenomena satu negara nih...

Bila aku balik kerja baru ni tengok-tengok dah ada sepasang baju melayu dibelikan untuk aku...bini la yang membelinya .., tahun ni kaler sedondon...argh aku tak pernah kesah pun selama ni baju baru ke lama..sarung je apa yang ada..Aku ingat penjual baju raya amat rugi bila berjual dengan orang spesis aku..seingat aku dah lebih 5 tahun tak pernah beli baju raya...Samping songket yang aku beli bertahun-tahun dulu pun baru nak pakai semula raya tahun ni..alaa..hari pertama je nak berposing baju raya..lepas tu dah bertshirt je..sebab tu aku lebih suka beli t shirt je..

Bab sedondon ni pun sebenarnya aku tak berapa minat.. sebab dah puas sedondon kot masa kecik-kecik dulu...Dulu tiap-tiap raya mesti sedondon sebab senang bapak beli sepapan kain bagi mak aku jahit sendiri untuk adik beradik yang ramai tuh... favorite kaler bapak aku mesti yang terang-terang, hijau pucuk pisang, biru muda dsb..pernah satu raya tu kami pakai baju melayu kaler pink adik beradik...

Sekarang ni aku lebih suka kalau dapat lain dari yang lain...contoh nama anak-anak..sesetengah orang suka menamakan anak dengan nama yang hampir serupa atau pun permulaan huruf mesti serupa...Aku dari anak satu hingga lima semua nama jauh berbeza..begitu juga dengan pembelian kenderaan..apa yang ramai orang beli ..itulah yang aku tak berapa suka...begitulah dengan hal lain-lain ..,ntah aku pun tak tau napa jadi macam tu...Mungkin terbawak-bawak tak suka sedondon masa kecik-kecik dulu kot..ha ha..

Monday, August 15, 2011

Kalau berani, masuklah...!


Ha...ha barangkali macam tu lah kot dalam benak masing-masing...bila dua-dua tak mau mengalah, melekatlah kenderaan ini...nak ke depan tak boleh, kebelakang pun tak boleh..tak sabar punya pasal dua-dua jadi lambat..Tunjuk handal lagi...!

 Kejadian berlaku di Tol Plaza Kajang., Selangor.

Sempena bulan Ramadan Al mubarak ni jom tingkatkan kesabaran kita...

Sunday, August 14, 2011

Jiran...



Pesakit ni jiran katil abang aku di Hospital Batu Pahat., tangan membengkak bukan disebabkan terkena penyakit kencing manis..tapi tersepit mesin printing..muda lagi dalam 21tahun dari Vietnam...Aku suka usik dia. walaupun tangan kemik tapi masih mampu sengih-sengih dan menggatal perhati nurse yang lalu lalang..."Amoi sini cantik-cantik.."

Jom berkenalan dengan pesakit sebilik yang lain.

Seorang pesakit sebelah depan dia juga tangan tersepit mesin pengisar mee dari Nepal.

2 lagi pesakit patah kaki sebab terjatuh, salah sorang berumur 65tahun terjatuh tangga sewaktu membetulkan lampu...faktor umur tulang merapoh mudah patah atau retak. Yang sorang tu pulak keretakan lama. , ingatkan sakit terseliuh biasa tapi dah berbulan baru dirujuk kehospital dan menjalani x ray baru sedar keretakan yang dialami.

1 pesakit yang baru masuk patah tangan, kemalangan motor manakala pembonceng meninggal dunia.

Jiran yang sorang ni umur baru 18tahun, berbangsa India terlibat kemalangan motor di Pagoh, tayar pecah dan merempuh pembahagi jalan. Sejak aku datang asyik menangis ahli keluarganya..mangsa terbujur kaku, nak kata koma tak juga.. sebab bila ditanya memberikan respond, mampu bernafas atas bantuan alat pernafasan. Saja aku tanya akak aku yang kebetulan nurse dihospital lain...apajadi kalau dicabut salur pernafasan...innalillahi wa inna ilaihi rojiun..

Kepada kita yang masih diberi nikmat sihat, jomlah bermuhasabah diri dan beristagfar banyak-banyak...ini waktu mereka..tak tau lagi nasib kita...

Friday, August 12, 2011

Hargailah sihat...

2 hari 2 malam aku berkampung di dalam atau di perkarangan hospital. Keluar hanya untuk memenuhi keperluan lain sebelum datang semula ke hospital. Jadi dalam jangka waktu itu banyak benda yang dapat aku perhati, aku pelajari..dan menginsafi..pertama , ada hikmah Allah menjadikan manusia berbeza-beza kepandaian dan kebolehan...rupanya untuk saling melengkapi antara satu sama lain dengan penuh harmoni...seawal 7 pagi watak-watak utama telah memainkan peranan masing-masing. Tukang sampah, pungut sampah, tukang cuci mula membersih, penghantar makanan mula mengedar juadah,jururawat pelatih membantu jururawat hospital, doktor pelatih sibuk mengumpul data pesakit dan kemuncaknya doktor pakar akan melakukan lawatan dari katil ke katil untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut. beginilah rutin harian di hospital.

Bayangkan kalau manusia dicipta sama kebolehannya, rasanya berantakan dunia ini...

Yang kedua...hargailah nikmat sihat., boleh gerak sana sini tanpa batas berbanding dengan orang yang terlentang dikatil dengan tiub berselirat satu badan., dan selalu bercelaru otak aku memikirkan samada mereka ini sedar ke tidak selagi waras akal fikiran kewajiban bersolat masih tertanggung ke atas bahu masing-masing. Aku rasa patut di jadikan sebahagian silibus sekolah -sekolah, latihan praktikal untuk bersolat ketika darurat seperti sakit dihospital.,ketika terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk, sewaktu dalam kapalterbang dsb. Teori saja belum memadai..memang betul ada diajar kalau tak boleh berdiri, duduk... hatta ke peringkat berniat saja sekiranya lain cara dah tak boleh dilakukan dan hanya itu yang termampu..begitu juga dengan berwuduk, kalau tak boleh kena air, bertayamum..eigh sungguh..! tak semudah teori bila menghadapi situasi sebenar sebegini..sebab tu ramai yang ambil mudah..abaikan solat semasa terlantar sakit sebab kurang pengetahuan bagaimana ingin melakukan dalam situasi ini. Masa sihat alhamdulillah solat tak tinggal tapi bila diuji dengan sakit begini sungguh sayang kalau kita tinggalkan solat..takut-takut sakit ini adalah perjalanan terakhir kita didunia ini...

Thursday, August 11, 2011

Ketahuilah.., betapa besarnya nilai kesihatan anda...

Sepatutnya pada hari Ahad tu juga abang aku kena bawa masuk ke dewan bedah. Sebelum tengahari prosedur dan risiko telah diterangkan oleh doktor.. segala dokumen telah ditandatangani., tapi dia hanya dapat masuk ke dewan bedah pada pukul 4 petang hari Isnin., terpaksa menunggu giliran. Mana pesakit yang lebih kritikal terpaksa didulukan. Memang pun sepanjang kami menunggu di luar bilik bedah tak sorang-sorang pesakit disorong masuk., kebanyakannya adalah wanita yang mengalami komplikasi untuk bersalin secara normal. 2 nyawa perlu diselamatkan terlebih dahulu..

Dewan bedah dan icu adalah gandingan sinonim...kalu bilik icu penuh, pembedahan pun tak boleh dijalankan.,takut-takut semasa pembedahan berlaku perkara diluar jangkaan..dan dalam kes abang aku, bilik icu amat diperlukan..Bilik Icu pulak bila-bila masa saja , akan ada pesakit yang terpaksa dimasukkan samada dari wad biasa atau yang baru saja dibawa kehospital...

Alhamdulillah manusia hanya tau merancang dan berdoa. Tak silap aku 5 minit setelah selesai membaca yasin 3 kali, nama waris dipanggil untuk pengesahan dokumen dan abang aku dibawak masuk ke dewan bedah. Akur dengan penerangan doktor..kejayaan pembedahan adalah 50:50, aku mengambil kesempatan memeluk dan mengucup dia. Aku pimpin dia baca syahadah. Dia mengikut saja.

Sepanjang tempoh pembedahan kami bergilir tunggu di luar dewan bedah...

'siapa waris..mohd lazem bin paiman..?'..

"yea saya.."

"ok ni kaki waris awak..kalau nak uruskan sendiri boleh, nak suruh hospital urus pun boleh.."

"Bagaimana keadaan abang saya..?"

Dia tak jawab, dia hanya diarah untuk menyerah kaki tu saja pada kami..

Kami memilih supaya pihak hospital menguruskan dengan sedikit bayaran. tapi dihadiri keluarga kami..rasanya itu lebih sempurna..Bila rujuk ke ustaz-ustaz anggota tubuh boleh saja dibersihkan dan ditanam dimana-mana. Pihak yang dilantik hospital menanam kaki itu di kawasan masjid. Menurutnya terdapat kawasan yang dkhususkan untuk menanam anggota tubuh yang tak sempurna seperti ini..kira ok lah tu takkan kami nak tanam kat bawah pokok tepi rumah kott..

Berdasarkan maklumat awal, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi, tapi kaki terpaksa dipotong paras peha...kalau anda nak tengok kaki tu pun boleh., ada kami ambil gambar untuk tatapan ahli keluarga dan peringatan. haa. sapa yang suka sangat makan dan minum manis-manis terutamanya air berkarbonat tu teruskanlah...yang kaki merokok pun serupa...untuk makluman abang aku memang perokok tegar. habis sebatang..cucuh sebatang..kita tak bagi, pergi mintak kat orang..Tapi apa nak buat..mental pun tak berapa stabil..nasihat pun buat derkk saja..

Abang aku keluar dewan bedah dalam pukul 6 lebih...Alhamdulillah dia selamat..

Wednesday, August 10, 2011

Hargailah Kesihatan anda...

Nikmat tuhan yang paling tinggi pastinya nikmat Islam dan iman..dan antara nikmat besar lain adalah nikmat sihat..Selama dua hari aku berada di Hospital Batu Pahat memang betul-betul menyentuh perasaan aku melihat orang yang telah diambil semula nikmat sihat, apatah lagi diantara ramai orang yang terlantar dikatil itu adalah abang aku sendiri..

Pagi ahad aku dapat panggilan dan mesej mengatakan abang aku kritikal.., "Balik cepat abg dah 3 hari tak makan dan tak bangun., bapak telefon menangis.." inilah kandungan mesej adik aku..Bapak aku dah berumur 82 thn. tak banyak soal terus aku berkemas dan capai motor balik sorang. Isteri terpaksa menguruskan anak lain utk balik asrama dan menemankan anak yang bersekolah Isnin.

Sampai R n R pagoh, check hp.ada missed call. Call balik.." Napa..?"..Tanya aku.."Lambat lagi ke..? Doktor nak jawapan segera..kaki abg perlu di potong..!" ujar adik aku..

Sampai hospital doktor terangkan semula masalah dan risiko yang dihadapi abang aku, kuman dah mula menyerang sistem tubuh, hanya satu cara untuk mengelak merebak dengan cepat..POTONG..!. Disebabkan tapak sehingga pergelangan kaki dah membekak dan membusuk..pilihan pertama potong paras betis..sekiranya betis pun sudah dijangkiti..akan potong paras peha...keputusan hanya diketahui bila pemeriksaan telah dibuat didewan bedah...

Dah bincang dengan adik beradik lain kami bersetuju dengan saranan doktor, walaupun sedar akan risiko pembedahan termasuk kemungkinan itulah hari terakhir kami sempat bertemu dengan dia..

Aku cerita sikitlah latar belakang abang aku ni.. Dia terkena penyakit diabetis..dia abang atas aku , umur 46thn. Bujang..sejak umur 21 mengalami kemurungan dan gangguan mental. Punca..? Frust bercinta...kekadang bercakap dan ketawa sorang-ssorang..,tapi takdalah teruk sangat sampai tak kenal orang dan tak tau mengurus diri langsung...Pergi ke pekan dan balik boleh, naik motor boleh.. bersembang ringkas boleh..pendek kata OKU mental tahap minimalah kot...Takpalah kami redha dengan keadaan dia..paling tidak sejak umur 21 tahun tu dirinya suci bersih dari sebarang dosa... Kalau ada pun dosa sebelum itu dan sesudah baligh kami memohon kepada Allah supaya terkifarahlah dengan penyakit yang ditanggongnya selama ini...amin..

nanti aku sambung cerita lagi...sob..sob..

Saturday, August 6, 2011

Eh...Pelik lah aku...

Sila klik gambar untuk lebih jelas..


Notis ni aku rakamkan kat Masjid Kg Baru KL...takkan tak boleh membaca di masjid kot..ke tersilap tulis signboard nih...kalau tak boleh tidur atau berbaring tu aku faham tapi takkan membaca pun tak boleh..? ada sikit musykil nih...

Kekadang ada papantanda dilarang tidor pun aku curik-curik tidor..ala aku cari penjuru yang tersembunyi sikit..lagipun bila tengahhari dah macam jadi kemestian ..mesti aku cari port tidor..kalau tak dapat lelap kan mata mesti lembik je  badan aku, mata beraat semacam... argh undang-undang dunia..aku langgar jelah..! tak lama dapat 5 minit pun cukup..tapi bila bangun... pergh...! dapat ku rasakan kesegaran badan...

Tapi tiga waktu ni jangan sesekali korang curik-curik tido..kalau buat jugak nescaya korang akan semakin letih..lepas suboh hingga terbit matahari, lepas waktu asar dan lepas magrib sebelom solat isya...tak caya cubalah...lebih-lebih lagi dalam bulan puasa nih...

Friday, August 5, 2011

100000km...Ride rivew

Bila aku check-check balik tripmeter motor-motor aku BM-65000km..!, Piaggio x9 masa jual dulu 30000km, V strom pun dah melebihi- 5000km..pergh 100000km lebih beb..! itu tak campur ride dengan motor kapchai ...semua mileage ni aku kumpul dalam masa 2 tahun 3 bulan saja...Dapat lesen motor 11/5/2009 .Tarikh ni juga motor BM aku keluar dari showroom..psst..psst..bulan pertama je 4 kali aku tumbang bodo..Sebelum daripada tu mana pernah aku bawak motor ..setakat naik motor kat kampong beli suratkhabar tu adalah...

He..he.. aku kategori lambat panas laa..orang lain semua dah menyampah bawak motor tapi aku baru nak mula...Sebab tu masa nak beli motor pertama  dulu aku tak tanya sapa-sapa...terus saja sambar 1200cc.. kalau tanya mesti semua nasihat jangan terus beli cc besar nanti susah nak handle...argh mujur aku tak tanya...berapa lama dah habiskan takuk-takuk cc motor di pasaran 70, 100, 125, 135.., 150..200..dsb argh lambat-lambat..! lagipun  nak jual balik motor bukan senang macam  jual kacang putih .. Nak jual motor kecik pun susah.. inikan pulak nak jual motor besar.....lainlah kalau korang sanggup potong harga..argh buat apa..!

Kepada sesapa yang hati berbelah bagi nak beli motor cc kecik dulu ke besar.., tiru saja macam aku...jangan tanya-tanya... tau-tau motor ada depan rumah...ha ha...

Thursday, August 4, 2011

Basikal fixie...

Ha ..ha  entry aku semalam tanpa kata-kata..pandai-pandailah korang menafsirkan apa yang aku cuba sampaikan dan harini cuba check, sama tak dengan apa yang ada dalam kepala hotak aku...trend berbasikal sekarang ni dah berpusing semula macam dulu-dulu  cuma diberi penjenamaan  dan diberi sedikit penambahbaikan., tiba-tiba menjadi kegilaan semula...Kalau korang perhati basikal berkaler-kaler terang dan bertayar halus macam nih dah mula bersepah-sepah di taman-taman. kat tempat akulah..taktaulah tempat korang...seingat aku basikal sebegini sangat popular masa aku kat sekolah rendah dulu ... Bezanya dulu  guna tayar standard dan takdalah berkaler terang-benderang berbanding sekarang. Anak pompuan aku pun sibuk merengek mintak belikan basikal fixie nih. Harga pun 4-5 ratus keatas lah jugaak..

Dulu orang panggil basikal prewel mati..he he..  ingatkan sebutan kat kampung aku je rupanya kat tempat lain pun panggil prewel mati..Barangkali perkatan  prewel ni diambik dari perkataan 'Freewheel' kot.. Bagi yang tak faham fixie atau prewel mati ni adalah basikal yang menggunakan gear belakang satu speed yang tetap, kayuh ke depan boleh..kayuh kebelakang pun boleh...lagi kecik gear lagi laju tapi kalau naik bukit harus putus urat keting sebab berat..ha ha..

Cuma yang belum muncul lagi adalah basikal stail chopper yang mempunyai sepit udang panjang...Sepit udang tu fork lah ho ho..dulu kami kasi sambung sepit udang standard nak jadikan lebih panjang...lagi panjang lagi macho..pergh..! dulu-dulu lagi kami dah bikin custom bike...Kayuh keliling kampong...kalau nampak awek kontrol macho beb..yang awek pulak kunun-kunun kontrol ayuu.. ha ha...

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Sedapnya juadah berbuka puasa harini...

Dah masuk hari kedua berpuasa...diam tak diam nanti kita dah mula sibuk pulak pasal nak raya...Amacam berbuka puasa semalam..? berapa juadah terhidang didepan mata dan berapa banyak akhirnya disimpan semula dalam peti ais yang kunun-kununnya akan dimakan semula nanti masa balik terawih atau sahur  dan selalunya bukan berakhir di perut tapi di tong sampah..ha ha..lebih-lebih lagi hari pertama berpuasa..memang kuat godaan untuk membeli...

Ini untuk peringatan diri sendiri juga..

Bagi yang mempunya masa elok saja menyediakan makanan sendiri di rumah..sah mutu terjamin..
Hari pertama mungkin banyak juadah baru yang dijual digerai-gerai..tapi cuba tengok harini dan hari seterusnya ..rasa-rasanya banyak barangan semalam yang tak habis akan dijual semula...Makanan yang dibeli diluar ni entah berapa banyak dicampur bahan pengawet. bermula dari bahan mentah sehinggalah semasa penyediaan makanan...  pengawet.,pengawet dan pengawet..! bayangkanlah yea penyediaan makanan secara pukal ni disiapkan sebelum dinihari lagi dan makanan yang sama akan dijual sehingga malam...bagi peniaga yang tak bertanggung jawab, mana yang tak laku tu dijual lagi keesokkan hari..eik tak basi-basi pulak...? Pakai pengawet brader...!

Dan lagi yea cuba korang perhatikan minyak masak dalam kuali/ periuk di luarsana tu...agak-agak berapa kerap minyak tu ditukar atau pun tak pernah tukar-tukar..? ingat handphone saja ke ada top up..? Minyak masak pun main top up jugak tau..! ha ha..kaler dah lebih kurang serupa minyak enjin lori jerk..he he..yang tak best lagi, ramai peniaga tanpa sedar  menggunakan minyak masak  kitar semula...argh macam-macam sekarang ni wei....Pernah  dengar kan pasal minyak kitar semula..? minyak yang dipungut dari hotel-hotel..restoran-restoran besar, restoran  makanan segera dsb, di tapis semula sebelum dibungkus chanteek punya...!. harga biasanya lebih rendah dari minyak baru..pastilah jadi pilihan peniaga..

Lagi naya kalau minyak yang dikitar semula dipungut jugak  dari restoran bak kut teh...Alamaaak..Uweeek...!
menutup selera aku nak membeli juadah puasa petang ni lah  wei...ha ha..

Monday, August 1, 2011

Ahlan wa sahlan ya Ramadan...

Asalamualaikum dan salam Ramadan. Amacam sahur pagi tadi...? yang pasti kami terlewat..mula tersedar 3.30pagi ..argh awal lagi...tersedar kedua dah 5.20 pagi..pergh ..lagipun kami pukul 12 malam baru tiba rumah, Hujung minggu menjengok anak di asrama  nun jauh di Besut tuh sambil- sambil tu melawat orang tua di KT..letih lagi lah wei...bini tak sempat nak sediakan makanan.,jadi capai aje apa yang ada...masukkan air dalam microve bancoh milo...gulp.gulp ..jadilah..ha ha...

Kitorang cuma bertiga je kat rumah oklah. Yang kecik pompuan tu, tahun ni pun dah berpuasa sebagai orang dewasa. jadi tak cerewet pasal kejut mengejut nih..kalau tak nak bangun pun biarkan saja..nanti lapar tanggung sendiri..kepada yang ada anak-anak kecil he he selamat berjuang lah yea...Emak ayah kena kerjasamalah...si bapak tu jangan tau bangun mentedarah saja..bini masak atau panaskan makanan  didapor, bapak pulak tolong kejutkan anak-anak...mesti liat diorang nak bangun kan...ha ha..

Sekali lagi selamat berpuasa. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan tahun lalu...