Susah juga kalau terlebih ramah dan kekadang boleh membahayakan diri..beginilah yang terjadi pagi tadi di lebuhraya GCE menghala Shah Alam sebelum susur Kg Melayu Subang / Kota Damansara. Dari jauh lagi aku dah perasan mamat ni yang bawak motor sport berdasarkan cara tonggangannya serta kilauan lampu yang sangat pantas menghampiri aku. Aku yang sedang menonggang pada kelajuan lebih 150km/jam segera masuk lorong tengah untuk memberi laluan kepadanya, mungkin menghargai tindakan aku atau sebagai isyarat kami geng motor dia telah mengangkat tangan kearah aku, tapi apa yang terjadi motor dia bergoyang hilang kestabilan kerana tiba-tiba terlanggar lekuk jalan yang tak rata..fuhh..! mujur tak tersungkur kat situ juga..Pada aku semasa membawa motor pada kelajuan tinggi tak payahlah memberi apa-apa isyarat sehingga terpaksa melepaskan handle motor..sangat merbahaya tuu..kalau nak buat juga cukuplah sekadar menganggukkan kepala...
Kepada mamat motor lain, kalau terperasaan aku tak buat apa-apa isyarat semasa berselisih dengan korang nanti jangan ingat aku sombong ok...sebenarnya aku gayat...!, tambah-tambah lagi bila terkenang peristiwa pagi tadi..he he..
bagi saya... saya cuma bunyikan hon saja.. atau angguk kepala saja..
ReplyDeletesaya kekadang tak sempat nk tekan hon...! ha ha
ReplyDeleteSekadar angkat jari dan bagi hon pun dah okay kot..tak yah ler nak angkat tangan dalam kelajuan 150++ tu..bahayalah pulak kan?
ReplyDeletebetul..betul..betull..!
ReplyDelete