Wednesday, September 28, 2011

Hudud-pandangan ku

Terlebih dulu aku mintak ampun kat Allah kalau apa yang aku tulis ni menyimpang dari kebenaran sebenar.

Aku  ingin meluahkan rasa hati berkenaan isu sekarang.-Pelaksanaan hukum hudud. Takpa, walaupun aku tahu hanya beberapa kerat saja yang hingin menjenguk blog dan baca tulisan ini, sedikit sebanyak sekiranya ini mendatangkan kebaikan, dapatlah juga aku menyumbang perkara kebaikan.

Isu ini sangat mudah selesai kalau manusia sanggup menerima hakikat bahawa makhluk didunia ini diciptakan oleh Maha Pencipta, Allah Rabbul Jalil. Kata kunci dia inilah...Dah tu..? Dah  Dia yang mencipta , sudah pasti apa yang diperintahkan adalah yang terbaik untuk manusia dan makhluk keseluruhan, tak kiralah samada islam atau  kafir ...

Analogi mudah beginilah...Pengeluar kenderaan menyediakan manual untuk kenderaan. Pengeluar menyatakan kenderaan enjin petrol mesti guna petrol, enjin disel guna disel dan sekarang ni ada enjin hybrid mesti menggunakan kombinasi bahanapi yang betul. Kalau pengguna memandai-mandai gunakan minyak ikut kepala hotak masing-masing, jahanam kenderaan dan pengguna itu nanti. Ada sesapa membantah...?

Secara peribadi aku berpendapat undang-undang hudud patut dilaksanakan untuk semua manusia., Islam dan bukan islam.  Tapi untuk permulaan ni kalau ada puak bukan islam taknak undang-undang tu, lantak diorang lah...gunakanlah undang-undang sediada untuk diorang..yang kita sebagai orang islam pun terikut-ikut dengan rentak diorang tu apasal..? Kita orang islam dah ada yang TERBAIK kenapa bangang sangat nak gunakan yang inferior.  Aku percaya  bila terserlah kebaikannya nanti, berbondong-bondong orang bukan islam  dengan rela mengikuti undang-undang tu...

Ada sesiapa paksa orang bukan Islam menggunakan produk perbankan islam..? Tapi tengok..bank yang sah totok milik bukan islam turut menyediakan produk tersebut bahkan negara bukan islam pun sekarang berlumba-lumba nak jadi pusat perbankan Islam .

Perintah yang Allah turunkan PASTI mempunyai hikmah dan kebaikan yang kekadang tak terjangkau otak manusia. Hukuman semestinya berkesan memberi pengajaran kepada pesalah dan dalam masa sama berkesan untuk memberi pencegahan kepada orang ramai. Keberkesanan memberi pencegahan ni yang aku rasa tiada dalam undang-undang sediada...

Aku sambung dalam entry akan datang...


3 comments:

  1. Bang Latep, bagi saya cara hidup Islam tu lengkap untuk semua agama. Kalau tak kenapa rakyat Kelantan tak kira Islam atau kafir still pilih PAS sebagai pemerintah negeri? Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Aku pun bukanlah alim sangat. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam, aku setuju jika undang2 Allah ini diimplimentasikan Di negara kita yang tercinta ni. Semoga hikmah sebenar hudud iaitu mendidik bukan semata-mata menghukum akan dapat mengembalikan keharmonian di dalam negara kita yang semakin buruk penyakit sosialnya, insyaAllah...

    ReplyDelete