Thursday, September 22, 2011

Pergi Mekah hasil tabungan 30 sen sebulan...!




Selalu aku bawak motor, sesekali bawak kereta semasa urusan kerja syok juga..sambil menyabarkan diri . Tekan ..lepas brek serta pedal minyak dalam kesesakan jalan, sambil tu dengar radio., dapat juga maklumat terkini..tak silap aku 3,4  hari lepas ada berita sorang pakcik berusia 72 tahun akan menunaikan haji tahun ini hasil simpanan duit 30 sen sebulan sejak tahun 50an lagi...Pergh cayalah pakcik...niat dan azam beliau tu memang mengkagumkan...sesetengah orang hangat-hangat taik ayam je..tapi pakcik ni masih mengekalkan stamina semangat dan azam sejak mula berputik puluhan tahun dulu..

Perkara yang baik kita kena tiru...aku tambah semangat  menabung duit syiling...Duit syiling yang aku kutip bersepah-sepah tepi mesin basuh, celah-celah konsole kereta., dalam laci almari baju..isshh. dalam bekas pensel..dsb . Aku pun tak taulah.., kalau duit 5 sen tu, nampak pun buat-buat tak nampak saja semua...padahal bukan setakat 5 sen berharga 1 sen pun bernilai tau...seorang jutawan tak boleh digelar jutawan sekiranya dia hanya ada 999999. 999 ,99 sen saja kekurangan 1 sen untuk melengkapkan sejuta.

Lagipun bebudak sekarang nak bagi duit syiling masa kunjungan raya..ermm alamat kena ungkit le 7 keturunan...teringat akan arwah embah lanang (Atok Lelaki) aku yang bagi duit 50 sen tiap kali raya masa kami kecik-kecik dulu.. kesah pemberian tu bergema tiap kali musim raya..padahal dulu 5 posen bukan kecik nilai wei..

Duit-duit yang aku kutip elok aku masukkan dalam tabong buloh yang aku beli di sepadan Thailand/Myanmar semasa xpdc motor dulu...korang kalau ada duit syiling yang dipandang sebelah mata , boleh le  bagi kat aku..sekarang ni aku cuba angkat tabung tu..boleh tahan juga dah memberat...maknanya dah membanyak lah duit didalamnya..kumpul-kumpul nanti mana tau boleh angkat sebijik lagi motor.. hait..! jangan gelak..kata lah satu tabung boleh kumpul RM1000..ada 160 tabung .., sudah RM160 ribu..! lepas lah nak sambar HONDA GOLDWING tunaiii..!

Pakcik tu pun boleh...! Ha..ha.. ha...jangan jeles aaa..

4 comments:

  1. Walaupun sedikit tetapi konsisten :D Itu yang penting...

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie zaman duit kertas. Bebudak beraya pun dapat RM1 paling kecik. Dulu masa saya bebudak, ronda satu kampung kutip 10-20 sen jer satu rumah. Tapi yg pelik, tak der pulak tabung duit kertas kan? Mesti tabung duit syiling jeer..

    ReplyDelete
  3. kekadang nak istiqamah tu yang susah niff..

    ReplyDelete
  4. ABN, takut time sengkek nt korek tabung guna dawai duit kertas koyak daaa..ha ha

    ReplyDelete