Monday, September 19, 2011

Ride Selera Rimba, Sg Lembing Selangor...



Bukit Melawati, Kuala Selangor


Sekinchan, Selangor. Ingat Sekinchan..ingat Sekinchan Ikan Bakar..

Sahabat aku Arkitek Mastor bersama Suzuki Bandit..di perkarangan Selera Rimba...


Anak tauke Selera Rimba. Semoga beliau berwawasan membawa Selera Rimba ke tahap lebih cemerlang lagi..Premis dah tak dapat menampong pengunjung yang ramai ni dik..




Galeri bikers turut disediakan...Menu exotik beb..masakan stail jawa dan banjar.  Semalam kami berdua je terus ke sini, geng riders lain ada hal pulak...Order daging landak masak rendang-RM 60, daging rusa goreng berlada-RM40, ikan baung cili api tempoyak-RM15 sekor, set ulam , air limau dan nasi -RM15. Kena bayor Rm130..gulpp..argh sesekali je aper..boleh la tuu!

Dah lama aku tak ride berkumpulan. Terakhir adalah pada bulan June 2011, ride program motivasi di Sekolah Menengah Teknik Kg Awah Temerloh. Ride kali ini menemankan kawan-kawan aku ke Kuala Selangor sambil berbincang untuk trip akan datang ke luar negara. Mereka ni boleh dikatakan riders hujung minggu, berbanding aku yang hampir hari-hari bertemankan motor. Bagi aku tangan menggeletar kebas sebab selalu bermotor tapi diorang menggeletar sebab teruja sangat nak panaskan enjin motor..Bagi riders begini hujung minggu atau cuti umum memang sangat dinantikan.,  tu pasal akan ada saja pogram yang diatur untuk melampiaskan gian bermotor..he he..bila selesai program, lap motor dan bungkus dalam selimut., hujung minggu nanti baru dikejutkan semula..ha ha.. kaya sungguh diorang ..!

Kalau takda aral melintang kami akan ke Kemboja pada cuti tahun baru cina nanti ..dan hujung tahun 2012 akan ronda Borneo pula...Setahun dapat meronda dua kali naik motor cukuplah.. tambahan sekali dengan famili , total 3 kali huh...kena kerja keras cari dan kumpul duit dari sekarang. Perbelanjaan kitorang dah congak-congak takdalah mahal sangat , anggaran perbelanjaan wajib dalam RM2000-3000 untuk setiap trip selama 10-14 hari ..kira  berbaloi dapat melihat tempat orang melalui jalan darat yang sukar dinikmati sekiranya ke sana melalui laluan udara.

Sementara badan larat jom kita ronda-ronda..!


Nota :  Masa kami sampai di Selera Rimba  ada pengambaran TV9 pasal ...@#$%!... alamak lupa pulak nama program tu, tapi lebih kurang macam Jalan-Jalan Cari Makan la...dan sempat jugak diorang fokus kat meja kami...mana tau lepas edit-edit  nanti terpilih  muka kami masuk TV9 nanti pada 21 OKT 2011 .






Tengok betul-betul mana tau muka ini masuk..kenalkan... akulah tu..ha ha..

6 comments:

  1. Kata orang daging landak bagus untuk buat ubat bagi pesakit semput.. dan bagi yang tiada penyakit semput pun boleh kena semput waktu membayarnya :D

    ReplyDelete
  2. Hari tu masa balik beraya kat kampung, bapak sedara saya hidang lemang dengan rendang landak..pherggh superb!! Nasib baik tak yah bayar..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hasmizal, bila turun selatan nanti, boleh la singgah selera rimba...pekena landak..!

    ReplyDelete
  4. Anif, mujur bawak motor, kalu bawak kereta aritu takda duit lagi nak bayar tol...he he

    ReplyDelete
  5. ABN,ko untung la jaang...sebat-sebat takyah bayor..

    ReplyDelete