Ada bibik berkerja menguruskan tugasan harian disamping menjaga anak-anak kecil dan ada juga yang menjaga orang berusia dan sakit. Kedua-duanya sangat berjasa kepada keluarga, tanpanya susah kita dibuatnya..Walaupun terdapat pembantu rumah yang membuat hal, tapi kebanyakkannya adalah baik. Begitu juga dengan majikan, ada le segelintir yang bengong dengan menganggap pembantu rumah seperti hamba ...Mereka ini begitu kemaruk atau gila kuasa. Penderaan pembantu rumah pada aku amat tidak wajar. Tiada alasan majikan bertindak tidak berperikemanusiaan kepada pembantu rumah...adakah dengan gaji yang dihulurkan maka menghalalkan pembulian keatas mereka.?.
Pembantu rumah yang tingal bersama keluarga dan anak-anak kecil, pada aku biasa, tetapi pembantu rumah yang tegal tinggal bersama untuk menjaga orang uzur bagi aku adalah luarbiasa. Walaupun ada, aku tak fikir ramai anak-anak yang bersedia menggalas tugasan itu. Adakah anda tergolong dalam kelompok yang sanggup memandikan, menyuap, membasuh najis orang tua uzur serta menemankan tidur setiap hari..?..sekiranya ya..syabas...Hanya Allah yang akan membalas kebaikan anda. Bayangkan tanpa ikatan pertalian darah pembantu rumah ini sanggup menggalas cabaran itu, walhal mereka mempunyai peluang untuk mencari kerja lain sekiranya mau... Sungguh tulus dan suci hati pembantu rumah ini...Semoga Allah merahmati mereka. Amin
No comments:
Post a Comment