Tuesday, November 8, 2011

Usah nilai sesuatu dari luaran...?

Selalu orang cakap jangan nilai sesuatu dari luaran. bak kata pepatah "Don't judge book by its cover". Masalahnya ungkapan ini sering dijuruskan untuk menggambarkan bahwa didalam tak semestinya buruk walaupun  diluar nampak tak baik. Bila cakap soal hati, penampilan buruk tak semestinya hati buruk. Sejauh mana betulnya pepatah itu susah juga nak dinilai.
Jika hanya sebuah buku, mungkin ada kebenaran...kulit luar yang lusuh tak semestinya kandungan langsung tak berguna..tapi ini soal hati atau perangai manusia. Susah nak terima kalau penampilan zahir buruk tapi disuruh bersangkabaik yang dibatin adalah sebaliknya...


Semalam aku dah bersangkabaik semasa memotong mangga yang aku pilih dikalangan terbaik untuk mendapat isi terbaik, tapi sangkaan aku meleset., didalam busuk dan berserangga. Kekadang takjub juga bagaimana serangga itu boleh hidup diruang yang tertutup...Bayangkan kalau aku pileh yang terburuk dikalangan terbaik.! aku rasa isinya akan lebih teruk lagi. Jadi maafkan aku kalau aku berpersepsi tak baik kepada orang-orang yang pada pandangan aku berketerampilan buruk seperti gadis berbaju senteng bertindik di pusat, rambut berkaler dsb atau lelaki bertindik, berantai leher dengan rambut mencacak ditengah dsb..kerana bila terpandang orang sebegini atau yang seangkatan dengannya, segera aku teringat buah mangga diatas..yang dah tentu penampilan elok pun belum tentu isi baik..apatah lagi yang penampilan buruk..adakah kita yakin hatinya juga baik...?

Wallahualam..


2 comments:

  1. selalu kita dengar sebutan

    ' dia nampak je mcm ni, tapi hati baik'

    sebenarnya semua apa yg kita lakukan, baik atau buruk bermula dari lintasan di hati, jadi apa perlakuan buruk yg nampak itu memang dtg dari hati. hari yg baik tak akan zahirkan sesuatu yang tidak baik

    ReplyDelete
  2. itu yang sy musykil gak kak kujie...

    ReplyDelete