Monday, December 5, 2011

Gajet Basikal dan Ride Cuti-cuti 1Malaysia...




Gajet Basikal

Pasang gadget basikal untuk ketahui maklumat seperti jarak kayuhan, masa , kelajuan kayuhan dan jumlah kalori terbakar. Cari yang paling murah namun bernilai untuk duit ( value for money) harga dalam RM80. Jenama Cateye. Berbanding dengan tanpa wayar dan berwayar beza sehingga RM160 ringgit. Apa barang...! Tak kesahlah walau nampak wayar berpintal dekat kabel brake.

Ujian pertama ok, berpuashati dapat ketahui maklumat yang selama ini main agak-agak saja. 

Ride cuti-cuti 1Malaysia

Ahad baru ni konvoi Cuti-cuti 1Malaysia dilancarkan. Konvoi bermula dari The Marriot Putrajaya menuju ke Cameron Highland-P.Pinang- Gunung Jerai Kedah-Grik-Kota Bahru-K.Trengganu-Temerloh. Sesapa yang teringin untuk meraikan konvoi semasa tiba lalu dilaluan tersebut dialu-alukan ..Pogram konvoi dengan kerjasama, antaranya Kementerian Pelancongan dan TV1 . Mana tau muka anda masuk TV..ha ha..

Walaupun aku ingin juga turut serta namun demi tugas, terpaksa dilupakan pelawaan rakan-rakan., lagipun hujung minggu ini aku akan melupakan tugas buat sementara kerana berkembara ke Turki selama 10 hari...Europe tak jadi...lain kali lah kot...



No comments:

Post a Comment