Sebenarnya dah lama nak cari jalan bagaimana nak menghalau lebah yang bersarang dipokok hutan yang aku tanam..bermula sebesar penumbuk, membesar sehingga besar bola plastik kanak-kanak. Bila lama tak dicantas, semakin merimbun lah pokok tu dan semakin nyamanlah lebah bersarang dicelah-celah rimbunan daun...
Ada pelbagai cara nak halau lebah yang bermain dalam kepala hotak aku antaranya bakar saja dan kalau tidak pun aku nak serkop sarang guna karong plastik. Persediaan yang dah aku fikirkan daripada disengat adalah dengan mengenakan sut bermotor lengkap dengan helmet ful face...ngeri beb bila baca artikel, sengatan lebah boleh membunuh...
Dari sehari ke sehari tak terbuat semua tu, lagi pun adakah cara yang aku fikirkan itu adalah kaedah terbaik..?Kalau aku bakar, habislah kebun aku ha,ha..lagipun laman jiran sebelah pun banyak juga pokok-pokok merimbun, silap-silap turut menyambar ke sebelah...rentong semua pokok yang dia tanam...Kalau aku serkop sarang guna karung plastik, terkejut lebah nanti habis kena serang orang keliling..hu hu..Buntu aku..buntu...!
Kebetulan masa aku lalu nak balik rumah malam tadi, ada pasukan bomba datang ke rumah jiran setaman..adalah 6 rumah berselang rumah aku..Ini sudah cukup baik..wa berhentikan kereta dan bertanya la apa lagi...
"Buat apa tu Encik..?"
" Halau lebah..."
" Hah sedang elok lah tu, kat rumah saya pun ada sarang lebah, nak mintak tolong halaulah..."
Tak lama kemudian tibalah pasukan bomba dengan 6 orang anggota memulakan operasi menghalau lebah rumah aku, jiran-jiran terkejut datang juga rumah aku menanya...kenapa..? kenapa ..?why..? ha ha...
Korang tau berapa lama pihak bomba sudah kasi bunuh itu lebah..? he he..tak sampai dua minit...disemburnya guna ridsect ..selesai...laa sikit punya penat aku memikirkan bagaimana nak menghalau lebah, lama tu je pihak bomba ambik...berbeza kan orang berilmu dan tak berilmu...
Kesihan pihak bomba, perkara remeh macam ni pun mereka terpaksa bersusah-payah layan panggilan orang ramai...
Entah-entah ada juga orang yang panggil bomba bila cicak terjatuh dan berpaut dalam baju yang dipakai..ha ha..
Syabas kepada pihak bomba...!

Hehehe..itulah skill namanya.
ReplyDeleteKenapa lah lebah yang datang? Kalau kelulut okay jugak kot..kih kih kih.
betul..betul..betul...! ha ha..
ReplyDelete