Sunday, January 8, 2012

Siri Kembara Turki 2011-Mussoleum Kamal Atartuk, Ankara..

Perjalanan diteruskan, sebagaimana perjalanan terdahulu pemandangan kiri kanan dihidangkan dengan keluasan saujana mata memandang tanah kosong atau ladang gandum atau rumput, nak kata rumput ragut tak nampak pulak haiwan ternakan..



Jalanraya pun kosong, sesakala bersimpang dengan kenderaan..sangat seronok sekiranya berkembara naik motorsikal sekiranya sausana jalan lengang begini, boleh membesit untuk cepat sampai...


Di sebelah kiri adalah tasik masin..hairan jugak ditengah-tengah daratan meluas tetiba terdapat tasik air masin..barangkali dataran darat ini merupakan sebahagian laut dizaman glacier dahulu...Terdapat perusahaan menghasilkan garam disini...

Manakala gunung tertera merupakan puncak gunung berapi...sekarang sudah tidak aktif. ..tak taulah samada sudah mati atau masih tidur...

Kami tiba di stesen keretapi Ankara untuk makan tengahari, makanan lauk ikan sardin goreng..menyelerakanlah juga sebab lari dari hidangan biasa...kalau lelaki terpegun dengan kecantikan para wanita , pengunjung pompuan mesti terpegun dengan kehenseman orang lelaki pula...ha ha..biasalah kan mula-mula tengok, bila dah lama  sikit nanti akan sedikit demi sedikit terserlah pulak kehodohan mereka..tak percaya..? percayalah..Secara keseluruhan orang mereka memang cantik dan hensem...

Inilah Musoleum Kamal Atartuk, pengunjung dikhendaki melalu mesin pengimbas sebelum memasuki kawasan ini...tak taulah apa tujuan mereka berbuat demikian...Disana penduduk sangat mengagungkan Kamal Atartuk...dari sekolah rendah mereka telah didoktrinkan bahwa Kamal Atartuk adalah pemimpin agung . Setiap anak-anak sekolah diwajibkan melawat tempat ini...Terdapat 3 perkara di Turki yang tidak boleh dipersenda..1. Undang-undang sekular 2. Bendera dan 3..Kamal Atartuk...


Makam yang menempatkan jasad Kamal Atartuk. Disana sempena ulangtahun kelahiran dia seluruh aktiviti di Turki akan diberhentikan selama 2 minit..siren akan dibunyikan menandakan tibanya waktu itu...inilah maklumat yang kami terima dari pemandu pelancong kami....Maklumat lanjut mengenai versi cerita Kamal Atartuk boleh diperolehi di internet...


Kereta dan bot peninggalan Kamal Atartuk turut dipamirkan...Di musoleum ini juga terdapat muzium menceritakan perjalanan hidup Kamal Atartuk...

Lawatan mengambil masa 1 jam kami akan meneruskan perjalanan ke Istanbul...



No comments:

Post a Comment