Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Lagi cerita pasal basikal...


Aku tak boleh tahan dah, semalam sepetang Ahad pergi dari satu kedai ke satu kedai...Tujuan..? he he nak cari basikal. Basikal jalanan lah pulak. Dulukan dah beberapa kali aku cuba bawak MTB lalu jalanraya..macam tak best je...

Amacam cantik tak basikal baru aku...? Budak-budak muda mesti tak suka sebab aku pilih kaler orang tua..Kaler Gold  ko..! Rakan -rakan ada cadangkan supaya beli set tayar saja, boleh tukar ganti dengan basikal sediaada, tapi bila dah fikir-fikir, aku rasa idea tu hanya molek secara teori dan garenti tak boleh pakai secara praktikal. Alaa sekali dua rajinlah bertukar ganti tayar, lepas tu aku yakin salah satu set tayar mesti duduk dalam stor...lagi membazir. Set tayar depan belakang lekeh-lekeh RM200 lebih. Bila check basikal ni  semalam  harga dalam RM690, belum tawar lagi.


Hari Isnin tadi, ronda lagi kedai basikal di Batu Cave, jumpa set basikal sama..Tawar punya tawar dapat turun sehingga RM580..ok not bad. Terus sambar sebab hati dah berkenan dan menepati bajet aku bawah seribu..Kebetulan kawan yang temankan aku beli MTB merah ni pun nak datang ke kedai..Argh sebelum dia racun, lebih baik aku bayar terus..Susah kalau dengar pandangan orang lebih-lebih nanti., garenti bajet lari..ha ha..Macam Mtb merah ni dulu..bajet sebenarnya bawah 3k, bila keluar basikal , harga sama dengan10 biji basikal baru aku tu..huh giler dah lebih mahal dari kapchai...

Dah alang-alang ada dua set basikal, aksesori pun kena le cari dua, kecuali blinker. Senang terus pasang kat basikal tak ubah-ubah. Dua set aksesori ni selepas diskaun dapatlah harga RM95. Dijumlahkan semua basikal dan aksesori RM675. Bolehlah tu..Tak sampai sebulan nanti dapatlah cover balik duit beli basikal ni...he he.. selamat dari bayar tol dan jimat duit minyak sebab naik motor sebulan..RM600, itu aku kira kalau 20 hari je guna motor dengan selamat duit tol  RM15 sehari. Duit minyak jimat Rm15juga  berbanding kereta... Tak ke dah RM600? .. baki RM.75 lagi.?.argh aku tak hisap rokok..dah jimat 200 ringgit..! Perokok lain dah tentu kena keluarkan jumlah tu  kalau sehari mereka tutoh sekotak rokok harga RM10 sekotak..ha ha..

Entah naik basikal murah atau mahal taklah berbeza sangat pun. Syok je aku kayuh petang tadi..Lainlah kalau kita penonggang profesional, boleh mengoptimumkan kelebihan teknologi terbaru. Sebab tu kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan basikal ni, jangan dengar sangat pendapat rakan dan jurujual.. beli berpada-pada je..Yang selalu terjadi, kawan beli kita beli, murah taknak..yang mahal saja jadi pilihan.. kawan upgrade lagi mahal, kita ikut upgrade..semata-mata tak nak ketinggalan ..kawan berkayuh pagi petang, kita simpan pagi petang..apa barang beb..


Blinker ni bukan saja berguna ketika berbasikal tapi amat berguna ketika bermotorsikal. Semasa berkonvoi diluar negara blinker seperti ini dapat memberi tanda pengenalan kepada rakan terutamanya diwaktu malam..siang boleh nampak sesama rakan, bila malam semua kenderaan lain turut berlampu maka susahlah untuk mengenali rakan kecuali bila grup kita memasang set seperti ini..Mudahlah untuk kita mengenal pasti rakan yang lain...Lip..lap..lip..lap..ha ha...kawan aku didepan tuuu...!

Kayuhan PLUS...

Ahad 26 Feb 2012. Selepas kayuhan solo LATAR, basikal tersadai. Bila ada geng ajak berkayuh Ahad, tanpa banyak soal terus setuju. 3 orang pun jadi..Sorang memang selalu kayuh bersama dan seorang lagi kenalan baru Dollah dari Selayang..He he dari perawakan dan potongan badan aku agak umur dalam 30an....


Cuaca cantik, tak panas sangat, sausana agak lembab sebab malam sebelumnya hujan. Trek ini turut menjadi homeground kepada kaki kayuh dari Sg Buaya. 



Tak tau macamana ladang ni dapat nama..nak kata ada air terjun tak pulak kami berjumpa airnya.
Brader Shukri ...sebaya aku dia nih..walaupun selalu pancit dan kerap tolak basikal, tapi mantap. ha ha..

Tujuan asal nak berkayuh ke Sg Buaya saja, jarak dalam 15 km pergi dan balik, tapi berubah fikiran. hari ni kami bawa tamu Brader Dollah yang pertama kali berkayuh disini. Kami bawalah trek yang agak jauh sikit. Country Homes-Kg Orang Asli-Ladang Waterfall- Tmn Garing Utama- R n R Rawang Utara-Tmn Emerald-Country Homes...Saja kami nak test semangat kental dia.. .( Pssst... sebenarnya saja nak mendajal dia ha ha.) Dulu bawak geng dari Tasik Puteri sebahagian yang ikut, tak mahu ulang lagi ke trek ini.. he he..Diorang cakap trek tak best...

Trek takdalah susah cuma yang tak seronok ikut trek ini laluan terbuka..panas. !, dan lagi terpaksa menempuh pelbagai halangan seperti diatas...menyusup bawah pagar..
atau terpaksa berkayuh dalam longkang...

sebelum tiba di R n R Rawang arah utara...Fuyoo motor tu walaupun harga melebihi 170k, tapi tak cukup versatil sebagaimana basikal kami...

Sebut saja dimana, lebuhraya...,

atau belukaraya... pasti boleh...tak boleh kayuh kami pikul...!

Pergh..tak nampak tanda-tanda brader Dollah ni akan pancit, dia yang pertama dulu sampai ke puncak bukit,  Kami pulak yang terjelir lidah bila memanjat laluan pintas  ini., dan sewaktu berkayuh bukit pacak di Emerald yang panjang dan curam dia mengayuh selamba saja berbanding kami yang terhegeh-hegeh nak tiba di puncak..Bro sorang lagi tu usah ceritalah...tak sampai suku jalan dah tolaaak..Tak menjadi untuk mengenakan dia..ha ha..


Apa barang bro takkan cuma 22km saja...pergh kami terkena beb, silap orang lah dan ternyata memang aku  tersilap.., brader dollah tu umur rupanya 46 tahun ...senior aku setahun tu..Dia bagitau lagi tiap minggu paling kurang kayuh 30km di laluan lebih extreme dari ini..oowh patutlah gagah dan nampak muda remaja...!

Argh..kalau gitu aku pun nak gagah dan nampak muda remajalah...! he he..

Saturday, February 25, 2012

Lambaian Kaabah...

Dulu selepas balik buat haji yang pertama pada 2004, kami terus mendaftar semula untuk haji kedua..Masa tu pendaftaran haji kali kedua boleh dibuat tanpa syarat berbanding sekarang yang hanya boleh mendaftar setelah usia haji pertama berusia lima tahun. Tanpa sedar 9 tahun telah berlalu dan minggu lepas kami terima surat dari pihak tabung haji supaya menghadiri kursus haji. Kebetulan masjid ditaman kami turut menawarkan kursus haji jadi mendaftar disana. Bermula Sabtu 24hb Feb 2012 sehingga sepuluh siri berikutnya kami akan menghadiri kursus tersebut. Persediaan memantapkan ilmu..mana tahu terpilih nanti.

Bukan bermaksud menidakkan peluang orang lain, jika terpilih lagi, kami mengharapkan haji kali ini lebih sempurna berbanding haji pertama dulu. Inilah peluang untuk memperbaiki kelemahan haji pertama dulu. Timbul juga simpati bila bersembang dengan rakan kursus lain yang mana terpaksa membuat rayuan supaya dipercepatkan giliran masing-masing. Seorang peserta memberitahu beliau mendaftar haji pada tahun 2007 dan giliran akan tiba pada 2016..! bermakna 9 tahun tempoh menunggu...sama juga dengan kes aku..itu dulu tak taulah sekarang..

Kekadang terdapat silap faham dikalangan orang ramai yang menyangka bila membuka akaun tabung haji dan menyertai kursus haji bermakna secara automatik akan dikira mendaftar haji dan layak menunaikan haji . Ada seorang peserta kursus yang terkeliru bila memberitahu sedemikian. Alamat tidak akan pergi ke Mekah le sampai bila-bila selagi tidak mendaftar pergi haji. Disebabkan kuota yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan peningkatan kesedaran orang ramai untuk menunaikan haji, seseorang terpaksa menunggu giliran yang lama sebelum tiba gilirannya.

Jadi kepada pembaca diluar sana segeralah mendaftar  sebelum pelbagai syarat lain dikenakan nanti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Apa tunggu lagi, pergilah mendaftar...!


Friday, February 24, 2012

Royal Enfield kini kembali...


Selalu orang memberi komen kepada mat-mat motor..tak sayang ke berhabis duit beli kenderaan yang hanya boleh naik dua orang..? dah tu pulak bila hujan terpaksa berteduh di bawah jambatan..kesihan..tetapi tahukah anda untuk komen pertama tu rasanya kurang relevan sebab kebanyakkan yang beli motor ni biasanya memiliki kenderaan famili lain. Orangramai sepatutnya berterimakasih kepada mat-mat motor kerana tanpa pengorbanan mereka , akan bertambah parahlah kesesakan jalanraya apabila masing-masing memandu kereta untuk ke sesuatu destinasi.

Tayar motor aku hanya mampu bertahan sehingga 18000km, perlu ditukar baru.

Sekiranya minyak murah, kesesakan tiada, guna lebuhraya percuma, aku pun akan memilih berkereta ke mana-mana.,,syiok duduk dalam aircond..Naik motor ni dahlah panas, resiko kemalangan tinggi, penyelenggaraan tak berapa murah ( kecuali motor kecik) dsb, tapi bila dah timbang-timbang bermotor lebih menjimatkan masa juga penjimatan kewangan maka kami tolak tepi masalah panas, hujan, berisiko dsb.

Ramai berpendapat bermotorsikal ni berbahaya..memang tak dinafikan, tapi tahukah anda risiko kemalangan ada dimana-mana, kalau memang nak terjadi sesuatu bencana dalam tidur pun boleh berlaku kemalangan. Jadi tak payahlah fikir yang bukan-bukan tentang nasib diri, yang kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi..Paling penting terapkan tunggangan yang selamat dan selebihnya bertawakal.

Jomlah bermotor seperti kami..ha ha..Cuba korang congak ok, berapa banyak duit minyak, duit tol duit parking dll yang korang boleh jimat..duit yang diselamatkan disini boleh korang guna untuk perkara lain seperti melahap makanan yang korang inginkan..kesihan aku tengok ramai orang sanggup mengikat perut untuk membeli makanan diingini semata-mata reserve duit untuk mengayakan tauke stesen minyak, operator lebuhraya juga pengusaha parkir kenderaan... Berdenyut kepala hotak aku bila sesekali bawak kereta.. terasa betul duit keluar.. asyik-asyik turunkan cermin kereta bayar tol.., tol lagi..., tol lagiii..! issh bawak 50 ringgit macam takda nilai dizaman ini bila berkereta ...lagi sakit hati, bayar tetap bayar walaupun jalan mengesot-ngesot macam siput...Apa barang...!

Amacam kalau korang sambar motor-motor klasik macam ni..Foto atas ehsan Big Bike Shop pengimport tunggal motor Royal Enfield ke Malaysia..pilih jangan tak pilih...!

Bullet 350..RM30557 OTR


Bullet 500 RM41889.45


Bullet 500

Bullet 350..

Ha ha..kalau berkenan telefonlah sendiri jurujual 03 89449822, email:  thebigbikeshop10@yahoo.com...cakap dengan Pak Berahim atau En Fadil...aku tolong promosi saja..

Wednesday, February 22, 2012

Upgrade motor...

Ramai sudah teman-teman  yang membeli motor saing dengan aku dulu telah bertukar motor baru. Trend selera penonggang motor ni nampaknya berubah  ikut peringkat umur. Yang muda akan kutuk kalau kawan-kawan sebaya membeli selain dari motor sport, walaupun tahu bawak motor meniarap ni akan sakit pinggang, sakit lengan dsb tapi terpaksa kontrol macho konon-konon selesa teramat. ha ha..Selalunya selepas puas bermotor sport akan upgrade ke motor bogel/naked kemudian Sport tourer atau DP  dan penghujungnya akan beralih ke motor ala-ala klasik pulak.

Tidak hairanlah motor ala-ala klasik mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sekarang, barangkali ramai mat-mat motor yang dahulunya tergila-gila dengan motor jenis lain telah sampai ke pringkat ini sekarang. Kedai Big Bike Shop di  Pusat Perdagangan Suria, Puchong yang membawa masuk motor Royal Enfield dikhabarkan tak menang tangan melayan permintaan/pertanyaan  orang ramai yang berminat membeli motor tersebut, Stok pertama dibawa masuk telah habis disambar pembeli.

Sempat aku bersembang dengan salah sorang pembeli yang menempah motor klasik tersebut semasa berkunjung ke bilik pameran motor itu baru-baru ini. Dia bagitau zaman menonggang motor laju, berjaket tebal telah berlalu, dah puas dah..sekarang ni walaupun masih mahu melayan keinginan bermotor tapi  memilih secara santaiii.. sebab tu motor klasik jadi pilihan...

Dulu memang aku  tak berapa percaya, kenapa pemandu agak berusia bila memandu tak sederas orang muda. Kita yang muda masa tu, mula la bising bila  mengekori mereka..hisssh bawak la laju sikit...bengkak je hati..rupanya sekarang baru aku faham. Sebagaimana orang muda, orang berusia pun mempunyai 'kelajuan nikmat' bila memandu...rupanya kelajuan nikmat turut berubah seiring dengan peredaran usia...

Macam tak caya je kelajuan nikmat aku masa bawak kereta sekarang antara 90-120km/jam saja., entah ..cubalah juga bawak laju, tanpa sedar nanti kelajuan akan berligar sekitar itu semula..dan kekadang rasa syok pulak bawak sekitar 70km/jam .sambil layan Radio Klasik Nasional..ha ha..Kelajuan nikmat bila bawak motor  pulak..antara 140-160 km/jam...laju ke..? bagi yang tak pernah bawak motor besar kelajuan motor sebegini sebenarnya rasa lebih kurang macam bawa kereta dengan kelajuan kereta 90-120km/jam saja...!

Aku adalah juga cuba tonggang uji motor klasik tu baru ni..ish-ish rasa macam sangat perlahan je. Aku rasa untuk pakai sesekali sekala ok kot.. tak jadilah aku nak upgrade/downgrade semua motor aku ke kategori motor ini lagi..barangkali belum jadi  pilihan utama aku lagi kot...

Ermm baki baki jiwa  muda masih ada lagi agaknya..he he..


Tuesday, February 21, 2012

Tukar tayar...






Bila belek dari sudut ni, bunga tayar nampak masih mekar mengambang,  tapi bila pandang dari belakang.., hu hu sudah botak mintak segera tukar...Bagi mat-mat motor korang mesti tahu aku ni spesis penonggang motor yang macamana....he he..langsung tak jumpa konar beb..dah check harga semalam di The Big Bike Shop,Puchong, sepasang dalam RM1040.


Issh...masa nak check tayar dari sudut ni ..,


Teringat yang ini...ha ha..


Tayar motor BM aku tu pun dah  sampai masa kena tukar juga..Entah kebetulan ke apa tak pasti pulak aku, bulan ni dan mendatang berbaris motor dan kereta mintak tukar tayar...hu hu.. Takpa aku dulukan motor Suzi  sebab ini motor harian aku...Pengalaman tayar motor pecah di Kuala Lipis mengajar aku jangan berkompromi soal penyelengaraan tayar, tanda tukar kelihatan mesti terus tukar., kalau tak..bersedialah untuk berbelanja lebih.  Sangat tidak berbaloi...!

Sunday, February 19, 2012

Seketika di Langkawi...


Dah lama kami tak berkunjung ke Langkawi. Kesempatan menghadiri kenduri kahwin anak senior kami Mohd Afiq Hamid di Arau Perlis pada 5hb Feb baru ni, terus saja kami ke sana. Biasalah bila hujung minggu sausana di jeti sesak dengan pengunjung yang turut ingin ke sana, Kesesakan disumbangkan oleh pengunjung dari negeri-negeri yang bercuti umum pada  hari Isnin dan Selasa sempena Maulid Nabi dan Thaipusam barangkali. Sebagaimana disangka, sukar untuk mendapatkan bilik penginapan. Kalau ada pun bilik yang mahal, sedangkan kami memerlukan minima 3 bilik untuk kami berEnam. Itu belum kereta sewa untuk bergerak ke sana mari semasa di pulau nanti. Aku dah congak-congak  dekat seribu ringgit akan terbang  termasuk tiket naik feri nanti.

Setelah puas mencari bersama agent  di Jeti Kuala Perlis, dapatlah kami menginap di homestay 3 bilik. Harga RM300 sehari termasuk sebiji kereta sedan Iswara. Kira murahlah tu apatah lagi homestay yang kami dapat baru saja 2 bulan beroperasi..serba serbi baru dan lokasi sangat berhampiran dengan jeti. Berkongsi pengalaman dengan pemilik homestay ini yang turut memiliki motel 20 bilik dengan kadar sewa antara 80-120 semalaman..Hujung minggu itu kesemua bilik penuh ditempah.

Seingat aku ini kali kedua kami tiba di Lengkawi melalui jeti di Kuah ini, manakala naik tadi kali pertama melalui jeti Kuala Perlis.,sebelum ini kami menggunakan jeti di Kuala Kedah. Impresi pertama bila mula berlabuh di jeti..ooh ok hebat bila melihat jeti sudah dinaik taraf...

Sebenarnya aku agak keberatan untuk ke pulau, kerana kami mempunyai masa hanya sehari untuk kesana sebelum berkejar semula ke KL untuk menghantar anak kembali semula ke kolej di Melaka pada hari Selasa 7hb Feb. Pada aku amat tidak berbaloi berhabis duit untuk berkunjung singkat. Tapi disebabkan tak mau berperang dingin dengan bini dan anak-anak yang sibuk sangat nak kesana...oklah..oklah . aku berpatah balik walaupun kami dah hampir sangat dengan Leburaya PLUS di Changlun. Tempoh ideal untuk bercuti di sana adalah 3H2M termasuk perjalanan pergi dan balik, barulah boleh meneroka segenap pelusuk pulau.

Tak banyak tempat yang boleh aku pergi...cuma dapat pergi ke Puncak Gunung Raya saja seterusnya meronda sebahagian pulau melihat sausana Langkawi terkini...itupun sorang diri sebab anak bini aku sibuk nak pergi bershopping di Pekan Kuah. Biasa le orang pompuan. Aku tak berminat sangat bab ni..lagipun semasa di jeti semalam sempat bersembang dengan anak tempatan., di Langkawi ni walaupun pulau bebas cukai hanya 3 barang  je yang ketara murah selain kereta,...coklat, rokok dan minuman keras.


Pemanduan dari kaki gunung walaupun tak sampai 20 km , aku rasakan tersangat lama untuk sampai ke puncak. Sesekali berdebar,takut-takut  terjadi apa apa kat kereta sewa aku.. Iswara agak berumur wei..lagipun sunyi saja sepanjang perjalanan. ada lah 2, 3 biji kereta berselisih sepanjang tempoh untuk kepuncak. Keunikan jalan ke tanah tinggi pastilah jalan yang berbelit-belit namun permukaan jalan tak berapa elok. Banyak penambahbaikan perlu dibuat untuk memikat ramai lagi pengunjung datang ke sini. Aku berpendapat perlu disediakan hentian/dataran tinjau dilokasi strategik untuk pengunjung menikmati keindahan pulau dari tanah tinggi.


Kedinginan dipuncak memang terasa pada ketinggian melebihi 1800m dari paras laut. Sungguh mendamaikan pemandangan dari puncak gunung ini..

 Diberitakan Langkawi adalah antara 10 pulau tercantik di dunia...

Satu-satunya hotel di puncak Gunung Raya dengan kadar bayaran RM400-1500 semalaman. Itupun habis ditempah. Kepada pengunjung tempatan mungkin dirasakan mahal, tapi bagi pengunjung luarnegara sangat berpatutan. Sausana yang mendamaikan sangat sesuai untuk merehatkan minda dari keserabutan hutan batu kota.


Ini bukan di Langkawi, tapi di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Sausana landskap jalanan seperti ini perlu diterapkan di Langkawi untuk menggamit pengunjung.sesuai dengan statusnya sebagai pulau pelancongan. Sebagai pengunjung luar, aku berpendapat masih banyak perlu dilakukan di Langkawi untuk bersaing dipersada dunia. Keindahan semulajadinya perlu diserlahkan lagi supaya lebih memukau. Kebersihan, tataatur landskap dsb perlu dipertingkatkan.

Kuah masih berserabut pada pandangan aku..

Friday, February 17, 2012

Kalau aku seorang wanita...

Semalam aku naik kereta dengan anak muda, umur 23 tahun...saja aku bukak topik pasal kahwin

" Bila nak kahwin..?.."

"He he..hujung tahun kot.."

"Ok-ok bagus-bagus, elok kahwin awal..., berapa hantaran...?"

" 10 ribu...."

Pergh...lepas terima jawapan mula la aku membebel sepanjang jalanan. Dia bagitau awek dia yang tentukan nilai hantaran,  barangkali atas restu  emak ayah jugalah kot. Diberitahu lagi nilai  hantaran semasa berligar sekitar amaun tu lah. Pada pendapat aku kepada emak..., ayah dan anak-anak usahlah menyusahkan diri memenuhi kehendak semasa, beranilah lari dari kebiasaan. Kalau betul-betul mampu, nak buat majlis 7 hari, 7 malam pun apa salahnya...Aku kesihan dengan pasangan muda yang ingin berkahwin sebenarnya. Perkara baik jika disukarkan dikhuatiri perkara tak elok mengambil tempat.

Adakah hantaran yang tinggi menjamin keutuhan rumahtangga..? sedangkan nabi memberitahu rumahtangga yang berkat bermula dengan mahar yang rendah... Kadar perceraian pasangan muda dilaporkan semakin meningkat saban tahun dan antara punca perceraian adalah disebabkan oleh masalah kewangan. Kita tidak hairan dengan trend ini kerana seawal memulakan kehidupan bersama, pasangan muda telah dibebani dengan pelbagai hutang...Hutang PTPTN, hutang kahwin, hutang kereta/motor, hutang kad kredit, hutang beli smartphone, hutang perkakas rumah dll. Bagaimana pula dengan sewa rumah, makan minum,.duit minyak, tol,parking, bayaran hantar anak ke rumah asuhan dan pelbagai perbelanjaan yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Padahal berapa sen sangatlah pendapatan mereka jika hendak dibandingkan dengan perbelanjaan yang terpaksa ditanggong..

Lima tahun pengalaman berkerja , aku tak fikir graduan sekarang mampu berkahwin sekiranya ingin memenuhi kehendak perbelanjaan perkahwinan sekarang..melainkan atas sokongan emak/ayah. Itu jika mak ayah mampu...kalau tak..? alamat memendam rasa je lah gamaknya...bagaimana pula dengan bukan graduan...? Jadi usahlah mencari penyakit membebani diri dengan kegembiraan palsu dengan mengenakan hantaran atau mengadakan majlis yang akhirnya kita juga yang akan menanggong akibatnya.

Sebab tu kepada anak-anak muda pompuan tirulah macam makcik ko yea..bini pakciklah ni...mana ada mintak -mintak hantaran...he..he pakcik dulu kahwin mana ada hantaran-hantaran nih...pakcik brutal bagitau keluarga sebelah perempuan, pakcik tak mampu nak bayar duit hantaran sebab pakcik nilaikan makcik ko tak ternilai...! sampai tak mampu nak membayor..ha ha..tapi alhamdulillah dapat juga anak lima..!  Dulu.., dalam masa kawan-kawan pakcik   bertungkus lumus mengumpul duit nak kahwin, pakcik dah dapat kumpul duit  beli rumah dan kereta..Sekarang, dalam masa kebanyakan kawan-kawan pakcik sibuk mengelek anak kecil, kami dah berkira-kira membela cucu....Jadi kalau setakat 10 ribu, 20 ribu hatta ratusan ribu wang hantaran  sekiranya masih boleh dinilai bermakna murahnya nilai diri...adakah kita inginkan sedemikian...20 ribu yang kita rasakan mahal sekarang , percayalah untuk  tahun-tahun mendatang nescaya akan dikatakan tersangat murah jua..jadi apa yang nak dibanggakan sangat .

Peringatan ini aku tujukan  untuk diri ini juga sebenarnya sebab aku pun mempunyai 4 orang anak dara..yang ini aku tak berapa risau, cuma bila terkenangkan aku juga memiliki seorang anak teruna...berdebar jugak aku..hu hu...






Wednesday, February 15, 2012

Gohed-Gostan...sangkut..!


Genap seminggu gangguan line internet., semalam baru pulih..hu hu..mujur hari ni Rabu..tak payah aku tulis panjang-panjang...ikut macam korang..paling tidak aku ada juga menaip ok..


Masih hidup ok..! Gambar dirakamkan di Pengkalan jeti Kuala Kedah...(maaf-maaf bukan jeti Kuala Kedah tapi Jeti Kuala Perlis, takut nanti ada orang nak ke sana  tangkap biawak ini..he he..)



Thursday, February 9, 2012

Selamat pengatin baru...

Aku suka idea ini. Lari dari kebiasaan. Banyak kawasan rekreasi boleh dimanfaatkan untuk sebarang majlis. Kalau selama ini, bila buat majlis perkahwinan selalunya perkarangan rumah, dewan atau hotel yang jadi tumpuan, majlis perkahwinan yang kami hadiri baru ni, membuka minda kami...buat dikawasan rekreasi. Ok ..kenapa tidak..?  Kelebihan buat disini, senang kawasan luas, tempat parkir banyak...sesiapa pun boleh hadir untuk menyaksikan detik bersejarah mempelai...cuma kesian juga kepada pengunjung kawasan rekreasi yang lain., nak mengunjung pun rasa segan-segan...


Aku rasa hanya yang berduit je mampu buat majlis seperti ini secara bersendirian..Apa kata kalau Kementerian Pelancongan berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau daerah dsb, buat majlis perkahwinan beramai-ramai ditempat awam seperti ini...tentu jimat belanja disamping  boleh mempromosi kawasan rekreasi seperti ini..



Orang Perlis rasanya tau tempat ni dimana...Berdekatan dengan Hospital Arau, kediaman MB, juga UMP. Lupa pulak nama tempat...usaha yang baik dari pihak kerajaan negeri/JPS Perlis atas usaha mengindahkan persekitaran sungai, namun masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengindahkan lagi kawasan ..Kebersihan, landskap persekitaran boleh diceriakan lagi.., air sungai tu macam cetek je alangkah elok sekiranya empangan atau kunci air dibina untuk mengawal paras air sungai...bila aktiviti hidup di sesuatu tempat aku percaya banyak penambahbaikan boleh dilakukan, sebab kawasan yang hidup dapat memberi nilaitambah ekonomi setempat.. pihak berkaitan nak melabur pun  rasa berbaloi, berbanding jika kawasan yang dibangunkan sepi dari pengunjung.. promosi berterusan diperlukan untuk menghidupkan kawasan supaya berterusan dikunjungi pengunjung dari dalam atau luar daerah, negeri , negara dsb..




Pasangan raja sehari, anak Pengarah JKR Perlis bahagian air, Afiq Shahid dan pasangan. Beliau merupakan anak senior kami sewaktu belajar di UK dulu. 25 tahun dulu, kami antara yang tolong tolak kereta sorong mamat ni...Dah  kahwin hang no...Selamat Pengantin Baru...

Wednesday, February 8, 2012

Milik siapakah motor ini...?

Sudah 4 peristiwa direkodkan sepanjang 2 bulan lebih aku memulakan kerja di tapak ini. Yang pertama,  Penemuan rangka manusia, dipercayai wanita yang ditindih dengan tayar lama supaya tidak dikesan didalam paya, sungguh menggemparkan sehingga berita dimuatkan di Berita TV , radio, rancangan 999 juga akhbar-akhbar. Tak taulah samada anda perasan ke tidak...

Kejadian kedua, Lori yang sedang menuang batu gunung terbalik dan melintang atas jalan raya...mujur tiada kemalangan dan kecederaan...cuma kecederaan mental...tension kami kena maki pengguna jalanraya yang teruk mengalami kesesakan jalanraya. hu hu...  lori tetiba terbalik nak buat macamana..

Kejadian 3. Lori yang dipandu warganegara China, terbalik dan mencederakan kelendan. entry semalam

Kejadian 4. Terbaru semalam baru disedari, motorsikal sudah  kena bakor..!..hissh macam takda tempat lain nak membakor motor, site aku juga yang ko pilih...!


Motif motor dibakar tak taulah kenapa...? biar polis menjalankan siasatan...dibakar sendiri atau perbuatan khianat pun kebarangkalian...sekarang ni berbagai benda pelik dilakukan  orang.


Nak kata motor terbabas semasa mengambil selekoh lalu terbakar, tak nampak pulak   kesan terbabas samada dijalanraya atau dalam perjalanan terjun ke tempat ini...kesan sompek pada batang cerucuk pun tak kelihatan..jatuh dari tempat tinggi, sedikit sebanyak kesan hentakan mesti boleh dilihat..kalau terbabas bersama penunggang,  mesti menjadi berita sensasi negara lagi site aku...


Yang herannya kenapa dibawak sejauh ini untuk dibakar..? kenapa tak dibakar saja di tempat pembuangan sampah diatas tu...Motor jenis kawasaki, tengok dari saiz tayar, motor ni tak lebih dari 250 cc...

Ada sesapa kehilangan motor..atau sesaja buat tak mengaku sebab dah bakor motor sendiri...? he he..

Tuesday, February 7, 2012

Bila apik layan konar...


Lokasi: Jalan Ampang- Hulu Langat
Tarikh: 4hb Feb 2012, Sabtu.

Tempat kejadian: site aku, berdekatan benar dengan tempat rangka mayat ditemui. Mujur juga kejadian berlaku ditempat kerja yang telah disiapkan, jika tidak , tak pasal-pasal aku pun kena soal siasat..mula la kata nanti ciri keselamatan kurang dititikberatkan bla, bla bla...Punca kemalangan tidak diketahui, Mungkin mengantuk, mungkin dipandu laju dan pelbagai kemungkinan lain..bila tanya pemandu dia jawab pendek "Tidak faham". Bila polis check pengenalan diri, rupanya dia orang cina China. Samada PATI atau bukan biar polis menyiasatnya..


Jalan baru saja diturap, selekoh sedap, jangan-jangan apik ni membesit dan hilang kawalan...

Mula-mula ingatkan pemandu seorang saja, rupanya ada seorang kelendan yang sedang mengerang kesakitan dibawah rimbunan pokok ini...


Habis tersiat kulit lengan..mengeletar menahan kesakitan..masa aku sampai pihak ambulan telah dihubungi oleh anggota polis yang kebetulan lalu disini...

Seorang hambaAllah memberi bantuan dengan membasuh luka...melihat cara bersahaja beliau membantu mungkin dia ni seorang doktor atau ahli Bulan Sabit Merah atau ahli St John..korang perhati muka mangsa ini yang merintih kesakitan..

Berat mata memandang barat lagi bahu yang memikul...

Saturday, February 4, 2012

Anjing atau tuan punya anjing sialan...!


Pagi-pagi wa sudah  hangin satu badan...Mujur jantung wa sihat lagi, kalau tak rebah wa dibuatnya. Pengalaman semalam mengajar wa berwaspada pagi nih...suboh semalam akak jiran lorong rumah wa sudah kena kejar dengan anjing. Kesihan wa tengok ..mencarut-carut dia..Bila wa lalu wa pulak jadi mangsa. Kurang hajor punya hanjing...!

Suboh tadi wa sudah bersedia dengan batang besi penyapu...bila lalu depan rumah tu..betul..! mula-mula menyalak tiba-tiba melompat melalui celah-celah pagar dan menerkam ke arah wa... siuut...! terkejut wa wei..ingatkan main acah-acah saja dari dalam pagar...! mujur wa naik basikal. sempat  memecut...kita nak pergi masjid leceh pulak kalau anjing gigit baju ...ok..ok..

Masa balik tadi wa sudah bersedia..hati betul berkobar-kobar..lu dekat wa libas...Tapi sangkaan wa silap, ingatkan anjing tadi berada didalam pagar rumah ..rupanya dia pun sudah tunggu wa dekat simpang tempat gelap...menyalak tidak , apa tidak tiba-tiba meluru ke arah wa...sialan luu..! apa lagi wa libass ..kena wei..! kena...! Kung..kung..kung..!Dia sudah lari, wa kejar..dia pusing terus melompat masuk pagar rumah...hati wa memang tak boleh tahan..nak jadi apa jadi lah...Loceng pagar wa tekan bertalu talu...! Argh peduli..wa kacau tidur lu ke apa, wa peduli apa...! ciss..,tak keluar-keluar, anjing tadi eksen saja menyalak dari belakang rumah tak berani tunjuk muka..datang sini..datang..! .lu dekat wa libass...tak lama  kemudian tuan rumah keluar, apa lagi siap la wa maki itu punya orang...Sialan tuan punya hanjing...!

Kepada pemilik anjing, lu orang mesti jaga lu punya binatang...jangan biar kacau orang awam...mau bela rimau ke apa, jaga lu punya harta.., biar bertambat dalam pagar...ini di biar bebas berkeliaran..hotak letak lutut ke hapa...! binatang mana tau apa-apa..yang sialan adalah tuan punya...dan lagi jangan biarkan binatang lu berak merata-merata...pernah jiran selang beberapa rumah semasa membawa hanjing berjogging, anjing dia sudah berak depan rumah wa.,taik sikit tak pe .selambak ko..!..".hei lu takda  hotak ka...! lu kasi pungut balik...!'

Aku dah berkira-kira, lepas ni kalau anjing tu masih tak diangkut majlis perbandaran.., dan masih eksen terkam-terkam orang..wa bukan akan libas dengan besi..tapi wa akan libas dengan parang...Grrrr...!

Friday, February 3, 2012

Jawatan kosong -gaji lumayan...


Gambar banner yang sempat aku tangkap sewaktu balik kampong baru-baru ni...any taker..? Jomm...!

Thursday, February 2, 2012

Kayuhan LATAR...


Tak perlu tunggu rakan, lepas jam 5 petang capai basikal terus kayuh...MTB kayuh atas lebuhraya pun kira boleh la...aunngkk...! bunyi macam landrover polis, berdesing bunyi tayar bila mula kayuh laju sikit... teringin jugak nak cari basikal touring ..  naik basikal untuk perjalanan jauh walaupun nampak macam remeh, tayar yang sesuai dapat mengurangkan keletihan...
Walaupun dengan tayar offroad, wa dapat kayuh 54km/jam..kalau tayar onroad dapat dua kali ganda kot ha.ha..tapi turun bukit curam la wei...ada menurun pasti ada mendaki..masa mendaki berapa laju wa kayuh tak boleh tunjuk la..

Not bad..jarak kayuhan hampir 35km..dengan kelajuan purata 18km/jam..santai...


Sikit punya letih badan cuma banyak ni kalori terbakar ...pekena sekeping roti canai , habis balik asal..! hu hu..


Aku pun suka touring atas jalan raya ni...bila baca kaki kayuh berbasikal dari satu destinasi ke destinasi lain teringin juga aku...kalau dapat kayuh basikal keliling Malaya pergh macam syok je..nak naik motor ronda dekat-dekat macam ni rasa dah takda uumph.., cuma yang leceh berkayuh atas jalan ni, panas beb,  itu yang menghalang nak join kaki kayuh lain...dahlah badan tak berapa nak putih..ha ha..