Semalam aku naik kereta dengan anak muda, umur 23 tahun...saja aku bukak topik pasal kahwin
" Bila nak kahwin..?.."
"He he..hujung tahun kot.."
"Ok-ok bagus-bagus, elok kahwin awal..., berapa hantaran...?"
" 10 ribu...."
Pergh...lepas terima jawapan mula la aku membebel sepanjang jalanan. Dia bagitau awek dia yang tentukan nilai hantaran, barangkali atas restu emak ayah jugalah kot. Diberitahu lagi nilai hantaran semasa berligar sekitar amaun tu lah. Pada pendapat aku kepada emak..., ayah dan anak-anak usahlah menyusahkan diri memenuhi kehendak semasa, beranilah lari dari kebiasaan. Kalau betul-betul mampu, nak buat majlis 7 hari, 7 malam pun apa salahnya...Aku kesihan dengan pasangan muda yang ingin berkahwin sebenarnya. Perkara baik jika disukarkan dikhuatiri perkara tak elok mengambil tempat.
Adakah hantaran yang tinggi menjamin keutuhan rumahtangga..? sedangkan nabi memberitahu rumahtangga yang berkat bermula dengan mahar yang rendah... Kadar perceraian pasangan muda dilaporkan semakin meningkat saban tahun dan antara punca perceraian adalah disebabkan oleh masalah kewangan. Kita tidak hairan dengan trend ini kerana seawal memulakan kehidupan bersama, pasangan muda telah dibebani dengan pelbagai hutang...Hutang PTPTN, hutang kahwin, hutang kereta/motor, hutang kad kredit, hutang beli smartphone, hutang perkakas rumah dll. Bagaimana pula dengan sewa rumah, makan minum,.duit minyak, tol,parking, bayaran hantar anak ke rumah asuhan dan pelbagai perbelanjaan yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Padahal berapa sen sangatlah pendapatan mereka jika hendak dibandingkan dengan perbelanjaan yang terpaksa ditanggong..
Lima tahun pengalaman berkerja , aku tak fikir graduan sekarang mampu berkahwin sekiranya ingin memenuhi kehendak perbelanjaan perkahwinan sekarang..melainkan atas sokongan emak/ayah. Itu jika mak ayah mampu...kalau tak..? alamat memendam rasa je lah gamaknya...bagaimana pula dengan bukan graduan...? Jadi usahlah mencari penyakit membebani diri dengan kegembiraan palsu dengan mengenakan hantaran atau mengadakan majlis yang akhirnya kita juga yang akan menanggong akibatnya.
Sebab tu kepada anak-anak muda pompuan tirulah macam makcik ko yea..bini pakciklah ni...mana ada mintak -mintak hantaran...he..he pakcik dulu kahwin mana ada hantaran-hantaran nih...pakcik brutal bagitau keluarga sebelah perempuan, pakcik tak mampu nak bayar duit hantaran sebab pakcik nilaikan makcik ko tak ternilai...! sampai tak mampu nak membayor..ha ha..tapi alhamdulillah dapat juga anak lima..! Dulu.., dalam masa kawan-kawan pakcik bertungkus lumus mengumpul duit nak kahwin, pakcik dah dapat kumpul duit beli rumah dan kereta..Sekarang, dalam masa kebanyakan kawan-kawan pakcik sibuk mengelek anak kecil, kami dah berkira-kira membela cucu....Jadi kalau setakat 10 ribu, 20 ribu hatta ratusan ribu wang hantaran sekiranya masih boleh dinilai bermakna murahnya nilai diri...adakah kita inginkan sedemikian...20 ribu yang kita rasakan mahal sekarang , percayalah untuk tahun-tahun mendatang nescaya akan dikatakan tersangat murah jua..jadi apa yang nak dibanggakan sangat .
Peringatan ini aku tujukan untuk diri ini juga sebenarnya sebab aku pun mempunyai 4 orang anak dara..yang ini aku tak berapa risau, cuma bila terkenangkan aku juga memiliki seorang anak teruna...berdebar jugak aku..hu hu...

"pakcik tak mampu nak bayar duit hantaran sebab pakcik nilaikan makcik ko tak ternilai...!" --> Saya suka ayat yang ini!
ReplyDeleteMungkin sudah sampai masa kita ubah tradisi menyusahkan ni kepada yang lebih menyenangkan semua pihak. :D
he.he otak kena cargas be...!
ReplyDeleteSaya pernah ikut kawan pergi jumpa bakal pak mertua dia dulu sebelum kahwin.. nak minta kebenaran kahwin dan kebenaran nak masuk meminang...
ReplyDeleteSaya ingat lagi perbualan mereka..
kawan saya: Pak cik.. saya berkenan dengan anak pakcik.. kami dah lama kawan.. kalau boleh saya nak masuk meminang..
Bakal pak mertua: berapa hang ada nak masuk meminang..
kawan saya: saya ada takat 5 ribu saja.. kalau pak cik bagi.. saya masuk.. kalau tak bagi.. tak dak upaya lah..
bakal pak mertua: kalau macam tu.. suruh orang tua hang mai masuk..
kisah yg menjadi kenangan yg tak akan saya lupakan...
entahlah macam telor pulak ada gred-gred..ha ha..
DeleteZaman sekarang baru bertunang upacara sudah sambut macam hari bernikah takut tengok mereka berbelanja.
ReplyDeleteitulah, kita berhabis tak kena pada tempatnya..lainlah kalau tabung kecemasan sudah tersedia...hu hu..
Delete