Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak fikir...ini saja pandangan aku kepada mereka yang taksub sangat nak berdemo di Dataran Merdeka harini. Sebenarnya aku jadi semakin keliru akan tujuan sebenar mereka nak berdemo...setelah aku tengok video debat antara Ambiga dan KJ, semakin menyampah aku dengan puak-puak ini... antara lain, boleh ke si Ambiga kata kesuntukan masa untuk pindah venue berdemo sebab notis yang pendek....la nak notis panjang macamana lagi..? .ini bukannya zaman dulu kena pakai telegram untuk maklumkan berita secara pantas..lagipun bukannya nak buat persiapan pentas grand macam nak sambut hari kemerdekaan atau terpaksa menyediakan logistik hebat macam penganjuran F1.. setakat untuk melalak berdemo ..bukan ke 'Any time, any place..' Orang dah bagi tempat berdemo tu dah kira bagus...kata pejuang hebat...tempat pun nak memilih, sebab tu aku ragu akan tujuan sebenar mereka berdemo...
Adakah kita inginkan Malaysia nanti jadi seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Tunisia, Syria dll. Bergolak tak pernah aman..Nak puaskan hati semua orang memang mustahil...Aku ragu, adakah kesemua pendemo tu tau apa yang mereka inginkan...atau jadi pak turut saja..
Argh daripada aku berserabut fikirkan hal mereka, lebih baik aku ronda 1 Malaya lagi...sambil selesaikan urusan kerja , lawat anak dan orang tua dikampong dapat jugak tipiskan tayar motor BM yang baru tukar pada mileage 69500km pada 26hb April baru ni. ha ha..
Jom Perak-P.Pinang-Kedah- Kelantan-Trengganu-Pahang...jumpa Sabtu 28hb Apr 2012 , 10 pagi di
R n R Rawang ok...