Kekadang rasa syok jugak bila semua anak dah besar dan duduk di asrama...bila berjalan tak gaduh nak balik cepat.. Kepala otak sudah lapang..takda nak fikir pasal kerja sekolah anak tak siap lah, pakaian anak belum bercucilah..barang makanan belum berbelilah bla..bla.bla..untung-untung kahwin cepat dulu. ha ha..Kepada anak anak muda yang sudah ada pasangan, tunggu apalagi..? Daripada korang ke hulu ke hilir tanpa ikatan lebih baik kahwin segera. Argh korang bukan malaikat...ingat jalan berdua-duaan tu tak meremangkan bulu roma ke..? jangan cakap la..Tetapi yang sedang belajar di U tu jangan menggatal awal sangat pulak ok..sabarlah, paling kurang sehingga tahun akhir pengajian..
Ada orang cakap jangan kawin muda sangat, nanti tak sempat enjoy..betul ke..? Pada aku nak enjoy masa muda macamana kalau duit pun sengkek memanjang. Lebih baik masa muda bina kehidupan. Bila anak dah besar, ada masa qada keriangan yang tak sempat dikecapi masa muda-muda dulu...Jadi kepada pembaca muda sekalian, sekiranya dah ada yang berkenan dihati jangan tunggu lama-lama..buat majlis ringkas -ringkas. sudahlah...Duit hantaran tu sebenarnya korang boleh berbincang hati ke hati..Kalau mata duitan sangat, tulis saja cek kosong... berapa banyak nak tulis..tulislah...tapi jangan di bank in sudah..ha ha..
Kalau ikut formula orang yang berjaya, kena angankan apa yang diimpikan. Yang lecehnya bila tengok yang itu teringin, terpandang yang ini berkenan...isshh apasal lah Porshe Cayman ni parking kat sini..mujur berangan tak kena bayar...
Aku curi-curi pandang juga siapa pemilik Porshe kuning ini...rupa-rupanya milik sorang wanita tuanpunya kafe ini...berdasarkan artikel yang terdapat di kedai cenderahati, beliau merupakan waris generasi ke 3 pemilik ladang Tea Bharat ini...aku agaklah sebab muka dia iras-iras atok dia yang fotonya jelas terpampang di kedai...
Aku suka pemandangan sebegini..sungguh mendamaikan dan nyaman..minum teh berlatarbelakangkan ladang teh Bharat..
Jom pekena teh...!
Kang, kawin muda baguih. Tapi kena ada tanggungjawab laa. Ini jadikan alasan pulak, kawin muda lepas tu bercerai sebab tak sempat enjoy. Sebenarnya dia yg tak der tanggungjawab. Btoi ka pandangan saya nie?? Hehehe..Yg penting, carik pasangan yang memahami minat kita..settle.
ReplyDeletekalau kita perhati semangat utk kahwin biasanya datang ketika memasuki 20an...jika bertangguh sehingga memasuki usia 30an..ramai yang terlajak sehingga 40an...seperti sebahagian kekawan saya...hidup membujang beb..
ReplyDelete