Ha ha..ada lagi rupanya teringat xpdc lama. Dulu trip seperti ini mungkin tak sebanyak sekarang...Sesekali mengimbau semula kenangan lama, syok juga...bila aku postkan cerita xpdc ini di forum-forum motorsikal dulu..berderu-deru orang menjengah blog aku...Bertahun entry peserta-ekspidisi-segitigaemas aku berada dicarta post popular di blog Yok Rempitan ini. Hanya baru ni dipintas oleh entry Kenyir-Felda-Aring-pertama-kali-lalu juga berkaitan expdc motor. Aku pun tak pasti kenapa ramai orang mencari maklumat pasal Felda Aring dan trafik terbawa ke entry ini.
Terkenang yang lama, menyuntik semangat untuk berxpdc lagi...manalah teman-teman..? menggeletar jari-jemari nak memulas throttle pergi xpdc. Aku teruja untuk ke Seam Reap, Jelajah Borneo dan Grand Xpdc Himalaya yang sangat dinanti-nanti.
Jomlah layan slide show yang aku ciplak dari entry fb Brader Rosli Kadir, salah sorang peserta xpdc..Ingat Brader Rosli ingat Abang Chik..teringat Kak Pah...ha ha..Nostalgia Kembara Segitiga Emas
No comments:
Post a Comment